Friday, December 31, 2010

Azam dan Kurus..



Sehari je lagi utk tirai 2010 berlabuh pergi dan InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, maka dapatlah kita melangkah ke tahun baru 2011 Masihi. Hmm..Lazimnya dgn kedatangan tahun baru, orang akan kaitkannya dgn azam. Bagi yg penuh bersemangat, sure akan list down kan berjela-jela azam yg berhasrat utk dilaksanakan. Maka nya, same goes to me also. Sy dah list down kan a few mcm dlm entry Maal Hijrah sy sebelum ni. Tahun-tahun sebelumnya, mostly yg sy azamkan, Alhamdulillah tercapai. However my biggest challenge will definitely be yg satu ini iaitu KURUS!

Urgghh..stress sy memikirkannya. Susahnye nak reduce! I miss my weight back in my first year in UMT. *zaman-zaman laku*. Dalam 59 kg je masa tu.. *sesetengah org dat figure might be weight. but as for me, it's ideal* Tak caya? Meh tgk gambar sy masa first year dulu eh..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaaa!!

waaa~ sy mahu jadi macam ini balik!



Dulu during my early years in university, sy kaw-kaw diet. NO rice at all! kalau teringin sgt nak makan nasi, just sesudu dua je. As a replacement to rice, I ate maggi mee once in 2 days. Haih~ nampaknye I need to have that courage back! If not, cane nak naik pelamin ni? *ecehh. gedik!* Hopefully I managed to get back dat figure by 2011. Dengan kesibukan kerja dan belajar, harap-harap tak lah sy gaduh sangat nak mengunyah je. *iyolah* Apapun, nantikan saja ya. InsyaAllah fara..u can do it!

Monday, December 27, 2010

With My New Passion!



Can't believe that I'm actually in the midst of having a desire towards Maggi mee! Owh NO! I've no idea since when but what I know is I will definitely crave for it even in the middle of the night! This is crazy & even NOT good! Owh come on fara, please be more health conscious..


Merepek kan? Yesterday itself I shop for 3 packets of different Maggi flavors straight away. Tak hengat! And while lunch time this evening, it suddenly pooped out from my mouth, "sedapnye kalau dapat makan Maggi!". Tapi betul tak kalau sy cakap yg Maggi with a touch of egg & veggies can be sOo tempting! Kari flavor will always be my no.1 favorite. 


Owh my God! I myself tak tahan dah while posting this. Will gonna cook it now! Catch u later~


Slrrpppp!

Saturday, December 25, 2010

Rapunzel : A Tangled Tale




Kalian suka tgk wayang? Kalau suka, genre apa yg kalian suka tgk? As for me, sy suka tengok cite kartun *sbb org ckp sy pun kartun*, tapi bukan sebarang kartun. Sy prefer yg Walt Disney punya especially yg fairy tales coz I'm grown with it. Dulu when I was a kid, my dad suke beli video tape cartoon Disney. Itu lah hiburan kami yg diulang tayang almost everyday sampai lebam. Lagipun dulu mana ada astro bagai yg ada macam-macam rancangan ni. Other than that, sy juga sgt meminati cite magic-magic ni *cth cite Harry Potter & Narnia. Memang tak pernah miss tgk wayang.*

Semalam sy tgk cite Rapunzel with my housemie. It's a about a poor captured in a tower blonde who has a long magic hair that shines when she sing. Also, it has a healing powers! Best sgt tgk cite ni. I rate it as 5 star! All the characters and scenery are drawn well. Lagu-lagu dia pun best! It brings me back into my childhood life! Sgt fantasy.. Byk lawak yg bersahaja especially from Maximus, the royal horse. Maximus ni physical je kuda, tp sifat sume cam doggy. Mmg comel! *patut la Anek minat gile ngn kuda ni..*


For those yg tak tgk lg, tgk la. Sangat worth it. If tak sempat, tengok DVD pun bole. Nak kualiti gambar setanding cinema, beli lah yg original,k.. Hehehe. Daa~

Wednesday, December 22, 2010

Worth More than Gold :')





Yesterday I took a half day leave for an appointment with my instructor. While waiting the clock to strike at 4, I went to meet one of my bestie back in Mgcc named Lydia. Coincidence she's off yesterday, so I took a chance to meet her at Bangi Kopitiam @TTDI Jaya. It's been 3 months after my last day there and since I left, Lydia has been requesting to have a date with me for several times. Jadi semalam la baru berpeluang utk melepaskan rindu di hati masing-masing.. Owh rindunyer!


We had a very loooong chat. From one topic to another. Started on the Mgcc updates till usik-usik manja on Lydia's scandal. Minum sekadar white coffee je tp sembang berjam-jam. Kalau ada Dayah kan lagi best, tambah gamat la jawabnye.. :p


Before that, belum sempat nak duduk, Lydia hand over to me a non-woven bag. Lydia said, "Nah..ni hadiah birthday u. I hope u like it..". *Before this she did call me right after she shop for that thing semata-mata to say that she has bought me something.* No wonder la dia beriya-iya nak jumpa. Tak nyempat-nyempat minah ni.


Right after I receive the non-woven bag, I almost shout! Know what, she gave me this..




and this..!




and what a surprise, they are..




a Charles & Keith handbag and wallet!! Subhanallah.. Sy tak tau nak ckp ape. I always wanted to have a C&K bag..cuma buat masa ni, budget agak terhad.. And now, I can't believe I got not only one, but both of em in one time! 


I asked Lydia, "U ni, kenapa susah-susahkan diri belikan I menda-menda camni Lydia?!" *I know that C&K is not that cheap.* But Lydia's answer makes me touched.. "Biasa je la. I memang dah ada allocation utk semua wonderpets..and it's in the budget. Rezeki u. Besides, our friendship is worth more than this." Tambah tak tau nak ckp apa. Nak nangis pun ada. Sy tau Lydia sgt sygkan sy sbb dia pernah cakap yg dia anggap sy mcm kakak dia. But demi Allah, I never expect sampai dia berhabis macam ni. As for me, sebuah persahabatan yg tulus cukup sekadar dgn saling mengingati, menyayangi & mendoakan. 




Apapun, "Thank u Lydia..I 143 always!". As well, thank u Allah for showering me with all those lovely people around me! I LOVE em all~ Alhamdulillah..



Saturday, December 18, 2010

I'm A Student Again!



"We fell down the first time we tried to walk. We almost drowned the first time we tried to swim. So why worry about failure? Worry about the chances we miss when we tried to walk and swim." *huh..dah macam status FB* hehe.. But that was what my father told me. My always-be idol. :)

Today is the day where I become a student again. Alhamdulillah.. Can't describe the feeling right after I step into Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam for registration. I burst out tears immediately by the time all the new students stood up to sing the 'UiTM Di Hatiku' song. It is my dream to pursue my study up to the highest level and this is it..the beginning and the milestone for my thousand miles journey. Thank you Allah for the opportunity!


My life will sooner become much more busier. Working in the day and classes in the evening will requires me a contribution of high commitment. I will definitely need to sacrifice my leisure time. Perhaps fara, no more jimba-jimba time. Owh sedihnye! Huhu.. (T T)


Whatever it is, I always believe in this powerful quote: "The more u sweat in peace, the less u bleed in war." So what I need to do now is to work hard and focus. Go for it fara..u can do it! InsyaAllah. Together let's pray!

Kelip Kelip + Seafood Jeram + I-City!

Salam & Hi to all.. Ok, hari ni sy nak share about my ONE nite fantastic trip to Kuala Selangor, Jeram & I-City, Shah Alam last week with my nyanya and my other 3 bffs. Percaya tak? Only ONE night requires for a FUN and FULFILLING adventure.. *iyo iyo jek*



Ingat lg, masa kecik kecik, bila balik kampung, sy suka tunggu kelip-kelip memunculkan dirinya di celahan pokok depan rumah opah. Masa tu, kalau nasib sy baik, dapat la sy tengok. Muncul 2-3 ekor pun da cukup utk buat sy teruja. Yela, kalau nak tunggu jumpa kelip-kelip kat KL, hmm..mmg takkan ade la.

Kelip-kelip merupakan makhluk ciptaan Allah yg sgt unik. Terfikir juga macam mana kelip-kelip boleh ada lampu di buntut nya yek. Berkelip-kelip pulak tu..dah macam lampu kelip-kelip yg kita selalu pasang masa dah nak dekat raya tu kan? Hehehe.. Apapun, itulah salah satu bukti kekuasaanNya. Dia Maha Menciptakan apa sahaja. Subhanallah.. :)

Bercerita tentang kelip-kelip ni.. Our journey starts to Kuala Selangor. Kami bertolak ke sana ngam-ngam lepas maghrib dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih dari Ampang (kami ikut jalan lama). Kat Kuala Selangor ni ada dua tempat yg common nya orang datang utk tgk kelip-kelip ni. Satu di Kampung Kuantan dan satu lagi di Firefly Resort. Bezanya disini cuma dari segi pengangkutan yg digunakan utk melihat kelip-kelip tersebut. Kalau di Kampung Kuantan, pengangkutan yg digunakan adalah sampan manakala di Firefly Resort, pengangkutan yg digunakan adalah bot. Kami memilih utk ke Firefly Resort walaupun pd asalnya bercadang ke Kampung Kuantan. Bukan apa, bila dgr je nyanya mention perkataan sampan, tiba-tiba kami jadi cuak dan seram sejuk. Tambahan lagi bila dikatakan sungainya berbuaya! *wallahualam* Eee..takot!~ 




Sesampainya di sana, bot dah get ready menunggu kami. Seriously teruja! Rasa macam nak terlompat-lompat pun ada. Hehehe.. Tp bila dah masuk bot, perasaan seram sejuk tu dtg balik. Apa tidaknya, keadaan gelap gelita & air sungai pun nampak tenang je *org kata don't sangka clear wata no boya!*. However, right after sampai di seberang, I'm..speechles! Cantiknya kelip-kelip Tuhan je yg tau! Memang teramat sangat banyaknya kelip-kelip yg muncul. Siapa-siapa yg perasan sure boleh tgk mulut sy terlopong seketika. Haha.. Sayangnyer tak dapat nak tangkap gambar sbg bukti coz no flash camera allowed. About 20 mins, we get back to shore. Kesimpulannya, memang berbaloi bayaran RM15 seorang yg dikenakan dgn pengalaman yg diperolehi. Lepas ni sy sure datang balik! This time might be with my gffs pulak. 




Puas tengok kelip-kelip, our journey continues to Jeram pulak. Makan besar. Nyam nyam. Seafood..yeay~ Yg ni pun another best part nyer. Total kami makan just RM113 je. Nak tau apa yg kami makan? Nasi putih utk 5 org, ketam masak cili, siakap 3 rasa, udang besar masak sweet sour, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, satay 20 cucuk & fresh juices. Murahkan?! Sgt recommended utk pergi lg!



Ok,ok.. Dah kenyang masing-masing, now it's time for us to go home. Utk blk ni, kami ikut federal highway. Tup, tup.. Masa lalu tepi highway ni, tetiba terpandangkan I-City on our left. Ntah macam mana, kami automatically membelok, maka singgah la kami ke I-City. *Lagipun zai, piton & bebear tak pernah pergi lg*. Sekarang ni nak masuk ke I-City pun dah kena bayar. RM10 per car. Huh..dulu free je. Macam biasa la, apa lagi yg ada kat I-City tu selain tempat utk bergambar. 'click..click..click..' tak sedar jam dah nak dekat 3 pagi. Nasib baik esoknya sabtu. 

Orait, that's all about our ONE day trip with One word to describe..BEST! Okie..nanti sy update plak cerita perihal my first day in RHB ya. Catch u later..


Thursday, December 16, 2010

Welcome to d world Batrisyia!

Lamanya tak update. About a week dah rasanya. Ikutkan, ada banyak yg nak di share. Tapi tak daya la nak cite semuanya. Ok ok. Satu, satu ya.. :)


Firstly, nak share perihal sahabat sy, Nur Aishah yg baru seminggu melahirkan seorang puteri. Sesuai dgn tajuk di atas, on 9 Disember 2010 bersamaan dgn 3 Muharram 1432 H, lahirlah cahaya mata kedua sahabat sy itu di Hospital Ampang jam 2.30 petang. Alhamdulillah, Sharifah an-Nur Batrisyia namanya. Sgt comel puterinya itu. Hmm..cepat sungguh masa berlalu.. Ecah kini dah beranak dua! Sy? Partner pun belum ade lg.. Huhu.. 


Excitednya sy bila dpt tau Ecah dah selamat melahirkan puterinya yg comel itu. Terasa seperti baru  semalam sy menemani Ecah saat dia ingin melahirkan putera sulungnya dulu. Sekarang jikky pun dah setahun lebih! :) Ingat lagi, resahnya menunggu Ecah di luar labor room. Dari jam 12 tengah malam hingga hampir ke jam 3 pagi ibu ecah, makciknya dan sy menunggu di luar bilik. Alhamdulillah, segalanya selamat. Demi seorang sahabat yg sgt sy sayangi, sy tak kisah mengorbankan waktu tidur sy sungguhpun esoknya sy bekerja. Indahnya saat itu. Naluri keibuan sy kuat merasakan bahawa saat melahirkan itu merupakan momen yg terindah dalam hidup seorang wanita yg bergelar ibu. Bak kata Ecah, sakit melahirkan itu mmg tak boleh nak digambarkan. Namun sejurus selepas menatap wajah bayi yg dilahirkan, hilang segala perit jerih kesakitan tersebut. Adoii..Bestnye! Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur sy utk menjadi seorang ibu juga. Aminn~


Comelnyer dia tido..


Petang tadi sy menemani Ecah ke klinik utk pemeriksaan tahap 'kuning' an-Nur. Alhamdulillah dah surut. Something yg sy baru tahu dr Ecah, kalau nk prevent baby dr kena penyakit kuning, jgn pakaikan & dekatkan baby dgn baju atau apa-apa yg berwarna kuning. Ye ke? Maknanya di sini, jenuh la anak-anak raja kita sume kena penyakit kuning yek..Hiks~ :p

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432!




Salam Maal Hijrah semua! Subhanallah, it's been 1432 years after our beloved prophet, Rasulallah SAW's glorious steps of making hijrah from Makkah to Madinah. Peristiwa hijrah ini memberikan lembaran baru kepada seluruh umat Islam bukan sekadar melalui perkiraan kalendar yg dimulai dgn 1 Muharram, tetapi juga dgn pengajaran yg sarat didalamnya. Hijrah Rasulullah saw dan para sahabat ke Madinah Al-Munawwarah telah menjadikan dakwah Islam berpindah ke satu tahap dakwah yang baru di mana kaum muslimin bebas beribadah dengan lebih selamat dan terbuka.


Semalam, sy berkesempatan meniti detik-detik countdown awal Muharram 1432 H di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seronok nyer rasa lebih-lebih lagi apabila ianya dapat disambut bersama-sama dgn mama, papa, adik dan nyanya. 


Me and my beautiful mama. :)
Antara jemaah yg hadir..

Ok lah, bersempena dgn kedatangan bulan Muharram ini, mari kita berkongsi secara ringkas serba sedikit tentang rentetan peristiwa hijrah baginda Rasulallah SAW.
  • Kafir Quraisy berazam utk membunuh Nabi Muhammad SAW
  • Malaikat Jibril memberitahu kpd Nabi Muhammad SAW berkenaan dgn rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah SWT kpd Nabi utk berhijrah ke Madinah.
  • Nabi Muhammad SAW memberitahu Saidina Abu Bakar tentang rancangan hijrah ini.
  • Mereka keluar dan Makkah dan pergi ke Gua Thur.
  • Orang-orang Quraisy mencari Nabi Muhammad SAW sehingga sampai ke gua.
  • Abu Bakar gelisah dan takut dgn keselamatan Nabi ketika di gua.
  • Turunnya ayat al-Quran surah at-Taubah: 40.
  • Mereka keluar dari gua setelah bersembunyi selama 3 hari.
  • Suraqah mengejar Nabi Muhammad SAW dan janji baginda kpd Suraqah.
  • Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah.
  • Pembinaan Masjid Nabawi.
  • Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.
    Nah, bagaimana kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yg terkemudian sekali ini dapat mengambil iktibar dari peristiwa hijrah baginda seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan kita? Hmm..Lazimnya kita sering mendengar azam-azam baru yg sering kali diwar-warkan pada setiap kali menjelangnya tahun baru. Justeru sbg umat Islam, 1 Muharram merupakan permulaan yg terbaik utk kita memulakan lembaran hidup. Azam sy? Hmm..


    1. Tekad pada diri sendiri & pada Tuhan:
        - Berusaha menjadi insan yg lebih kuat, sabar dan bersyukur dlm meniti liku-liku hidup.
        - Istiqamah utk solat di awal waktu.
        - Istiqamah membaca at least sehari selembar al-Quran.
        - Mesti khatam al-Quran sekurang kurangnya 3 kali dalam setahun.
        - Mahu membiasakan diri mengucap dan menyebarkan salam. 
        - Kurangkan another 10kgs. Biar rajin cket.


    2. Tekad pada keluarga:
        - Spend more time with family. *Open table dgn family at least once in a month*
        - Bawa keluarga bercuti pada akhir tahun 2011. Sy mahu bawa mereka ke Sabah! 
        - Tanggung separuh dari perbelanjaan pengajian adik. *biar mama dan papa beristirehat je*


    3. Tekad pada sahabat:
        - Belajar utk lebih menghormati, memaafkan dan menerima mereka seadanya.
        - Sentiasa ada dgn mereka saat mereka memerlukan.


    4. Tekad pada kerjaya:
        - Met all the targets assigned to my team.


    5. Tekad sy pada pengajian:
        - Cemerlang dalam pengajian sy. At least CGPA 3.30 every semester. *tak nak set target tinggi-tinggi sebab tahu setakat mana kemampuan dgn keje nyer lg.*


    InsyaAllah. Hopefully terlaksanalah semuanya. Sebelum ni asyik pending aje. Tahun baru 1432H ini benar-benar membawa satu makna baru dalam hidup sy. Di mana bermulalah kehidupan sy dgn status yg baru serta kerjaya dan tahap pengajian yg baru. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkanNya. Sama-samalah kita berdoa ye. Aminn~


    Senaskah yassin dan buku doa-doa yg diterima sbg cenderahati.
    Mama di pintu masuk Masjid Negara.

    Friday, December 3, 2010

    My Last Day In Ambank

    *sob sob*.. hari ni is my last day in Ambank. Notis 24 hours. Sedih ke? Tak berapa sgt la. But still, rasa sedih jgk. Sat tadi Kak Mah (kakak counter) baru tanye, "Nape awak nak resign fara? Awk baru je sebulan lebih kat sini..Tak best ke keje sini?". Owh sedihnye bila Kak Mah tanye macam tu. Since sy tidak mahu mengguris perasaan mereka yg baik-baik di sini, sy memberi jawapan persis statement artis, "Fara dapat sambung belajar kak. Sambung master. Full time. Jadi fara terpaksa resign..". MasyaAllah, ampunkan aku Tuhan sbb terpaksa menipu. 

    Memang betul sy dapat sambung pengajian ke peringkat Master. Tapi sy ambil mod part time je. Reason sebenarnya sy resign ialah kerana sy dapat pekerjaan baru di RHB. Seperti yg sy beritahu sebelum ni. As a Team Leader. Alhamdulillah, rezeki sy. Syukur.. Cuak juga nak start di tempat baru ni. Apapun, sy mengharapkan agar segalanya dipermudahkan olehNya.. :)

    Ok la. Tak leh lama-lama ni. Dah la last day kat sini hari ni. Nanti update lg ye. Bye!

    Ezdiani: My Long Lost Childhood Bestfriend

    Kalian pernah ada sahabat sewaktu kecil tak? Sahabat yg semasa kecil dulu merupakan teman berlari-lari dan bermain-main riang? Alangkah indahnya jika persahabatan itu masih berkekalan sehingga hari ini kan? Ok la, pagi ni sy nak menceritakan perihal sahabat zaman kanak-kanak sy dulu. Ezdiani namanya atau panggilan manjanya, Anek. Kenapa sy mahu bercerita tentangnya? Kerana sy sesungguhnya sgt excited setelah berjaya utk keep in touch dgnnya kembali dan berbual panjang dgnnya melalui FB chat petang semalam.
    Sy dan Anek mengenali antara satu sama lain semenjak sy berada dalam darjah 3 dan dia berada dalam darjah 2 di sekolah rendah. Masa kecil-kecil dulu, tak kira waktu, kami selalu bermain bersama-sama dgn sahabat yg lain di padang depan rumah kami. Antara permainan yg kami selalu main adalah spt galah panjang, rounders dan lompat gelung. Sewaktu kecil, Anek selalu sakit-sakit dan dia sebetulnya kurang lincah dari adik-adiknya yg lain. Kami agak rapat dan persahabatan kami berlarutan sehinggalah ketika sy di tingkatan 1 dan dia masih lagi dalam darjah 6 di Convent Bukit Nanas. Namun begitu, setelah berjaya dgn cemerlang dlm UPSRnya, Anek berpindah masuk ke sekolah berasrama penuh. Semenjak dari itu, kami terus terputus hubungan hinggalah baru-baru ini dimana kami berjaya bertemu kembali dalam laman sosial FB. Gembira di hati hanya Tuhan sahaja yg tahu bila mana kami dapat bertemu kembali. Apa tidaknya, after 13 years! Syukur Anek masih mengenali sy. Alhamdulillah, usaha sy menjejakinya akhirnya berhasil. Thank you Allah! Tak sabar nak jumpa dgnnya pada cuti Awal Muharam nanti. Pasti macam-macam cerita yg akan kami bualkan nanti.. Berikut adalah antara bait-bait chatting yg sempat sy copy bukti bahawa kami sgt merindui antara satu sama lain.
    Faradilla Elinda Ghazali:
    since aku dpt keep in touch ngn kau blk
    and get to know about ur blog
    setiap hari aku baca update kau
    sume entry kau aku dah baca
    berjam-jam lamanya
    sbb bagi aku, itu je caranya utk aku get to know anek aku yg dulu..
    Ezd Airaniez:
    fara...
    serius aku nak nangis terharu ni
    patutla rmai kwn2 sayang kat ko
    celebrate besday ko..
    untungnya dorg kawan ngan ko
    13 thn aku lost ko
    wah..ruginya
    :(
    Faradilla Elinda Ghazali:
    eh jgn la ckp mcm tu
    aku bersahabat dgn org lillahi taala
    same goes to u
    dats why aku put some effort utk cari kau blk
    :)
    nasib kau knl aku lg
    Ezd Airaniez:
    Subhanallah..cptla hr selasa
    jumpa ko..
    serius aku peluk2 ko
    huhu

    Tak sabarnye nak sampai ke hari Selasa ni. Jumpa Anek, yeay~ Mudah-mudahan ukhuwah dan persahabatan kami kembali erat seperti dulu. Aminn..

    Nur Ezdiani Binti Shukran Jamil

    Thursday, December 2, 2010

    Tidur tengahari: Sunnah Rasulallah SAW

    It's 1.00 pm and of cos it's lunch hour time! I'm sure each and everyone of u has your own favourite spot for lunch.. Either kat cafe ke, pantry ke, stalls ke or cud be in the surau too! Yang gemar membawa bekal demi utk berjimat cermat atau tapau, sure pantry jadi pilihan. Yang suka makan bersama officemate yg lain, sure ade gerai atau restoran kegemaran sendiri. As for me, sy lebih suka menghabiskan masa lunch time sy ni dgn merehatkan diri di surau atau dlm erti kata lain Zzzz.. Hehe..itulah kegemaran sy since di Mgcc dulu. Haih, teringat those sweet memories bersama chael, dona, lily, mimi and dayah.. 


    Tidur sebentar pada waktu tengahari ni bagus tau. Ianya salah satu dari amalan Rasulallah SAW. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih'  disebutkan: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Mahadi juga menyebutkan di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' sebagaimana: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa
    di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


    Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.




    Mengikut satu kajian yg telah dijalankan selama 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri, telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).


    Nahh..masih tak percaya lagi? Kalau tak percaya jugak, sila cuba sendiri. Tapi jgn pulak sampai terlajak tidur berjam-jam. Tak pasal-pasal dpt show cause letter nanti.. So fwens, let us increase our productivity in this interesting way. Bila produktiviti meningkat, by end of the financial year, sure KPI meletup-letup. Bila KPI meletup-letup, sure BONUS atau rezeki bertambah! See, indahnya sunnah Rasulallah SAW kan? Ok la, selamat mengamalkannya!

    Wednesday, December 1, 2010

    Terima kasih Imamku..Aku hanya wanita biasa.

    Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

    Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

    Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

    Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

    Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

    Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

    Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

    Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

    Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

    Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

    Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

    Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..