Sunday, June 5, 2011

Islamic Story


Kitab Cinta @ TV Al-Hijrah. Kalian pernah tgk tak cite ni? Lakonan Fazura dan pelakon dr seberang yg berlakon cite sinetron Akso & Madina tu.. *ntah ape ntah nama dia*. Best kan? Sy suka cerita ni. Cerita cinta yg berbaur islamik. Lakonan Fazura dlm cerita ni sungguh berkesan. Walaupun hakikatnya di luar Fazura seorang yg tidak bertudung, tapi jelas hikmahnya apabila dia melakonkan watak Mustika dlm drama ni. Ini diakui sendiri oleh Fazura. Fazura nampak ayu dan manis sungguh bila bertudung. *Mudah-mudahan Allah membukakan pintu hatinya utk bertudung suatu hari nanti..Aminn*

Fenomena drama atau filem bercorak Islamik ni sebenarnya telah lama bertapak di negara jiran kita, Indonesia. Kalau nak dikira, memang byk antaranya sinetron Mutiara Hati, filem Ayat Ayat Cinta juga Ketika Cinta Bertasbih. Malaysia pun patut memperbanyakkan lg drama-drama dan filem Islamik seperti ini. Siapa kata drama dan filem bercorak Islamik ni tiada sambutan. Buktinya, filem Nur Kasih The Movie berjaya mencatat kutipan RM3.5juta dlm tempoh seminggu tayangannya. Ia rentetan dari sambutan luar biasa drama Nur Kasih yg ditayangkan di TV3 suatu ketika dulu. Hikmah dr drama ini sebenarnya berjaya memberi kesan kepada penonton. Tak percaya? Berapa ramai yg berangan-angan utk menjadi seperti Nur Amina sejurus selepas menyaksikan peribadi yg ditonjolkan oleh Tiz Zaqyah dlm drama itu? Betul tak?


Dgn terhasilnya drama dan filem sebegini, maka lebih banyak nilai-nilai murni yg dpt diterapkan dlm diri penonton. Bukannya dgn drama yg byk adegan peluk-peluk dan berpegangan tangan bagai. Sedar atau tidak, drama sebeginilah sebenarnya yg byk mempengaruhi budaya org Islam kita skrg. Pasangan muda ke sana ke mari berpelukan & beraksi terlampau bagai sudah bernikah tanpa segan silu. *nauzubillah..peringatan utk diri sy juga*.

Sy tabik dgn pendekatan yg diterapkan oleh TV Al-Hijrah. Sungguh! Setiap drama yg ditayangkan akan ditapis terlebih dahulu. Sy pernah terbaca dlm akhbar dulu sebelum TV Al-Hijrah ini diimplementasikan yg mana semua drama yg ditayangkan akan bercorak keislaman dan tiada adegan-adegan yg tidak sepatutnya akan dibenarkan dlm tayangan. Semua produser drama yg ingin menayangkan drama mereka dlm stesen TV ini perlu patuh pd garis panduan yg telah ditetapkan oleh mereka. Bagus kan?! Sama-samalah kita menyokong stesen TV Al-Hijrah ni.


Hiburan itu tidak salah, tetapi berpada-padalah dlm berhibur. :)

*Teringat saat ketika menemani seorg sahabat ke ujibakat pengacara TV Al-Hijrah. Hehe..*

Sepi kerana Rosak!

Harap maklum semua..lappy sy rosak! *sob sob*.. Itu sbbnya semenjak dua ni dah tak update kuma kuma ni lg.. Ni pun pinjam lappy adik. Courtesy from him. *thank u adik!*

 
Sy tak boleh hidup tanpa lappy! *mengikut kajian, generation-Y mmg macam ni*. Sejak lappy rosak ni, renyah la. Byk benda tak bole buat. Tak bole google database customer, takleh update kuma kuma, takleh baca islamic article online, takleh bukak fb & paling tak best, tak bole buka farmville.. *sian tanaman byk mati* hehe~

Sebenarnya screen lappy sy yg rosak. Bila on kan lappy, screen dia putih je.. Nasib ngah cuti sem. Kalau tak sure jenuh berulang alik ke cc tuk buat assignment. Kalau repair ni sure melayang paling koman dua ratus. Hajat di hati nk beli netbook. Tp nanti la dulu.. Byk lg yg nak disettlekan..

Takpe la, ujian dr Allah. Byk hikmah disebaliknya. Mudah-mudahan ada rezeki utk sy menyelesaikannya nanti. Doakan semua! :)

Monday, May 9, 2011

Red Velvet Cake





Alhamdulillah.. Berjaya juga akhirnya sy dapatkan recipe utk buat my most favorite cake, Red Velvet Cake! Something about this cake ialah this is the legendary ruby colored red velvet cake with heavenly creamy rich frosting. This is an elegant cake, moist and delicious with a wonderful chocolate taste. Hmm..nampaknye ia bakal menjadi aktiviti ibu dan anak dgn mama sy nanti. Ok, mesti cuba ni.. Come,let's check it out!


Red Velvet Cake Recipe
Ingredients:
Cake Ingredients:
1 stick butter, softened
1 1/2 cups sugar
2 eggs
2 ounces red food coloring
2 Tablespoons cocoa (heaping)
1 cup buttermilk
2 1/4 cups cake flour
1 teaspoon vanilla
1 teaspoon baking soda
Frosting Ingredients:
3 Tablespoons flour
1 cup milk
1 cup sugar
1 teaspoon vanilla
1 cup butter
Directions:
Red Velvet Cake Directions:
1. In a larger mixer bowl, cream together butter and sugar.
2. Add eggs one at a time, beating well after each addition.
3. In another bowl, mix red food coloring and cocoa until cocoa is completely dissolved. Add to the creamed mixture.
4. Mixing on low speed, add buttermilk and flour alternately, beginning and ending with flour. Mix well but do not over-beat to ensure a light fluffy cake.
5. Add vanilla flavoring, mix well.
6. Blend the baking soda into the batter.
7. Transfer into two floured and greased 9 inch round cake pans.
8. Bake in preheated 350 degree F oven for 25-30 minutes. Cool.
Frosting Directions:
1. Blend into a small saucepan the 3 tablespoons of flour and the cup of milk. Add the milk to the flour slowly, avoiding lumps.
2. Cook over medium heat, stirring constantly, until mixture resembles glue.
3. Cool completely.
4. Cream together sugar, butter, and vanilla until fluffy.
5. Add to cooked mixture. Beat, high speed, until very fluffy. Frost cooled cake.
Resipi ni di ambil dari blog kenalan. Tak sabar nak cuba. *teruja lebih sebabnya ialah cake feveret*. Ok la.. Happy baking! 

Sunday, May 1, 2011

It's Semester Break!





Hari ni 1st May, Hari Buruh! Subhanallah.. dah 1 May sudah.. dan sy pun, dah mula semester break! Bestnye! yeehaa~ Alhamdulillah, selesai sudah 1 semester. Perjalanan masih panjang, namun syukur krn dikurniakan kekuatan utk bertahan..

Semester break ni semestinya pelbagai rancangan yg telah sy aturkan utk memenuhi kelapangan yg ada. 1st thing all.. more time to be spent with my family! Asal cuti je sy akan pulang ke Semenyih. Sesuatu yg sy tak dapat luangkan tika jadual pengajian penuh. Mujur kedua org tua sy faham akan keadaan sy. 2nd thing.. Menambah bilangan muka pengajian al-Quran sy. Tak dinafikan adakalanya sy tertinggal juga barang sehari dua. Mudah-mudahan cuti yg terluang sy dpt manfaatkan utk membaca lembarannya dgn lbh byk lg. 3rd thing.. Focus on my work dan juga, misi mencari kerja lain. Kerja yg normal working hrs shj. *hehehe*. 4th thing.. More time to be spent with my besties and lastly.. d 5th ones, curi sendikit masa barang sehari dua utk bercuti. yeahh~ I need a vacation!

Lama dah rasanye tak pergi bercuti.. Destinasi yg bermain di minda skrg ni ialah Cameron Highlands dan Langkawi! Dgn siapa lg kalau tidak dgn mangkuk tingkats sy yg 3 org itu. Tak sabar rasanye. Ok la. Will continue later.. Mahu siap-siap ke kelas tafsir bersama mama. Utk semua mahasiswa & mahasiswi d luar sana yg turut sama bercuti semester.. Selamat bercuti! See ya~


Wednesday, March 16, 2011

The Muslim's 15 Rules For Life

Something remarkable to share. Sgt bagus utk kita sebagai seorang Islam mengamalkannya. Moga keindahan peribadi muslimin yg menjadi pakaian kita bisa menjadi contoh yg dapat menyentuh hati-hati 'mereka' yg barangkali belum mendapat hidayah dariNya. InsyaAllah.. Aminn~



Zina Hati

Tersentuh sy membaca post dari seorang sahabat blogger ini.. Hampir menitis air mata sy saat membacanya. Subhanallah.. betapa sy menyesali sikap sy yg adakalanya terlalu mengikut hati.. Let's share. Semoga kita semua dijauhi dari perkara yg bisa menjerumuskan kita ke arah penzinaan hati..

"Isu kali ni agak berat saya kira. Tapi disebabkan ramai yang pernah bertanyakan kepada saya tentang perkara ni, maka saya kongsikan di sini.

Saya kira saya bukanlah orang yang selayaknya untuk berbicara tentang perkara ni. Sekadar berkongsi sebutir dua pendapat berdasarkan pengalaman sendiri dan juga pengalaman orang lain.



Seorang junior pernah bertanyakan pada saya, "Kak, bagaimana kalau kita sukakan seseorang kemudian kita teringatkan dia? Adakah dikira zina hati?"
Saya tersenyum. Pada mulanya, saya berikan artikel ini untuk dibaca. Kemudian barulah saya 'bersyarah'.
Yang semulajadi itu fitrah

Sukakan seseorang itu fitrah. Teringatkan seseorang juga fitrah. Dua situasi yang berbeza tetapi membawa kepada satu bentuk co-existence antara kedua-duanya. Andai kata kita sukakan seseorang, tentulah teringat. Bahkan musuh yang dibenci pun kadang-kadang terlintas di fikiran. Bukankah itu juga dinamakan 'teringat'? Dan bila teringatkan seseorang pula, perkara tersebut kebiasaannya terjadi tanpa sedar. Dari sudut psikologi ia dinamakan minda separa sedar (subconscious mind). Perkara yang di luar kawalan.

Bila ia terjadi di luar kawalan, itu bermakna perkara tersebut adalah perkara yang semulajadi bukan? Dan semulajadi juga dikira sebagai fitrah. Apa yang pensyarah saya katakan sebagai pre-installed software dalam diri setiap manusia semasa dilahirkan, itulah fitrah.

Sebagaimana yang kita tahu, Islam itu agama fitrah. Dan fitrah bukanlah sesuatu yang salah kerana mana mungkin Allah menciptakan hamba-Nya dengan sesuatu yang salah dari segi hukumnya.

Maka situasi di mana kita menyukai dan teringatkan seseorang bukanlah perkara yang salah. Jadi belumlah dikira sebagai zina hati. Tetapi kemungkinan yang terjadi rentetan daripada peristiwa tadi yang boleh menjerumuskan pelaku tersebut ke dalam kancah maksiat yang haram hukumnya seperti zina hati.

Kemungkinan 1

Macam belajar probability dalam Additional Mathematics pula gayanya. Sekali-sekali seronok juga kan. Bukannya selalu. :)

Andai katalah situasi di atas terjadi kepada seorang hamba Allah yang kata orang, Islamnya hanya pada nama, atau mungkin belum mempunyai pegangan agama yang kukuh, jahil ataupun belum ada kesedaran terhadap ilmu yang diperoleh, kemungkinan besar dia akan melayan perasaan tersebut (angau, kata mereka) sehingga menyebabkan dirinya lalai daripada kewajipan lain. Itu baru mukadimah. Kalau terus-terusan angau, lebih banyak kemungkinan bakal terjadi yang mampu mengheret dirinya ke lembah maksiat yang lebih besar yang hanya bermula dengan zina hati. Na'uzubillah.

Kemungkinan 2

Dan sekiranya situasi di atas terjadi kepada seorang hamba Allah yang soleh; berakhlak mulia dan sentiasa menjaga hubungan dengan Allah dan manusia di sekelilingnya, maka dapatkah kalian jangkakan apakah yang akan dilakukan oleh hamba Allah tersebut? Mungkin saja dia berdoa agar dijauhkan daripada perkara yang tidak elok dan beristighfar kerana mungkin bisikan itu datangnya dari syaitan. Ataupun seseorang yang sudah dikhitbah lalu teringatkan 'si dia', tiada salahnya berdoa yang terbaik buat 'orang sana' selagi mana ingatan itu tidak melalaikan. Ada pahala bukan? Nah, adakah sesuatu yang mendatangkan pahala itu boleh menyebabkan seseorang melakukan maksiat secara sedar dan terang-terangan?

Soal hati

Pokok pangkalnya ialah hati. Hati yang menjadi raja pada diri. Hati yang menentukan baik buruknya kelakuan seseorang.

Abu Hurairah melaporkan dalam hadis,

"Hati adalah umpama raja dan anggota tubuh badan sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, pengawalnya tentulah bertugas dengan baik juga. Apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, sudah tentu pengawalnya pun begitu juga."
Hadis ini diperkuatkan lagi oleh pengakuan Rasulullah,
"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk maka buruklah seluruh badannya. Ketahuilah ia adalah hati."
Hati itu tempatnya di dalam. Tak dapat dilihat. Cannot be seen. Ternyata yang benar-benar mengetahui isi hati seseorang manusia itu tentulah tidak lain dan tidak bukan cuma Dia yang Maha Mengetahui. Dia jugalah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Maka pada Dia sajalah tempat kita bermohon agar ditetapkan hati, moga-moga dihindarkan dari hasutan syaitan dan nafsu durjana serta dikuatkan hati untuk terus menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Penutup

Pesan buat saya, kamu, mereka dan kita; jagalah hati. Bagaimana? Jagalah hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hablun minallah dan hablun minannas. Moga dari situ lahirlah iman yang sempurna.


"Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jangan terlalu dirisaukan soal zina hati dan zina yang lain. Tetapi risaulah seandainya iman kita belum sempurna. Jom muhasabah!

Ya Allah, sesungguhnya kami mohon kepada-Mu iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang bermanfaat, keyakinan yang benar-benar teguh serta agama yang lurus.

Ya Allah yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami dalam agama-Mu dan amalan taat kepada-Mu."


Monday, February 28, 2011

What Cake Are You?

Kalian suka makan kek tak? Sy suka sangat! Tapi tengok baker juga. Especially cakes from Secret Recipe and Heavenly Cake. Tahukah anda, cake juga sebenarnya melambangkan personaliti anda. Jadi mari kita check!


Carrot Cake



Anda sangat ceria, suka ketawa, orang suka mendampingi anda kerana keceriaan kamu dan mempunyai ramai kawan yang setia. Hatinya lembut dan kadang-kadang sedikit aneh juga.


Berries Cheese Cake



Anda romantik & penyayang orangnya. Suka mengambil berat tentang orang lain. Namun anda juga kadang-kadang boleh jadi seorang yg sangat pemarah dan annoying.


Ice Cream Cake



Anda suka bersukan, tetapi anda lebih suke menonton perlawanan daripada menyertainya. Sedikit materialistik, pentingkan diri sendiri dan tidak suka diarah.


Chocolate Cake



Anda seksi, dan bersedia untuk memberi dan diberi. Sangat kreatif, suka mengembara, mempunyai cita2 yang tinggi, dan sentiasa bersemangat. Luar nampak dingin tapi sebenarnya sangat panas di dalam. Suka ketawa.


Lemon/Orange/Citrus Cake



Anda pembahas yang bagus, seksi, sangat teliti dan guru yang berkesan. Suka menjadi diva kadang-kadang tetapi kamu masih mempunyai ramai kawan.


Vanilla/Chocolate Icing Cake



Anda ceria, giler-giler, kelakar. Kurang motivasi, dan kurang mendapat perhatian. Orang sekitar suka bersama kamu, tetapi mereka takut membuatkan kamu marah. Sangat setia dalam berkawan.


Brownies



Anda sukakan pengembaraan, suka idea-idea baru dan sentiasa menjadi penyelamat keadaan. Kire super hero la ni.. Anda juga kelakar dan setia orangnya.


Haaa..jadi sekarang suda tahu kan personaliti anda bagaimana. Tapi jangan la percaya 100%. Kajian tak semestinya tepat kan? My favorite cakes are chocolate cake, cheese cake & Red velvet cake. Bercakap mengenai kek ni, sy nak syorkan kpd anda satu kedai kek dimana kek dia memanglah teramat sangat sedapnya! Despite of Secret Recipe yg kita sedia maklum itu. Nama kedai kek ini..Heavenly Cake. Lokasinya di Pavilion KL. Memang terbaek la. Mari review..


Red Velvet Cake
RM9.90/pc
Cake ni memang sedap sgt! Even cakenyer nampak simple but d cream are superbly nyummy! 



Blueberry Cheese Cake
RM9.90/pc
This cake I dare to rate it as 5 star! Serious. d combination of d fresh berries n d cheese make this cake were super demn nyummy!


Jadi apa lagi! For cake lovers, try it now!~



Monday, February 21, 2011

Anugerah Seri Angkasa 2010



Semalam, I attended Anugerah Seri Angkasa @ PWTC. First time in my entire life attending majlis sebegitu. It started when I received a call from a good friend of mine, Zurina.. 

"Fara, kau tgh buat apa?" 
"Takde buat ape. Dok rumah je. Tak brp sihat."
  "Adoi, come on la Fara. Go out! Have a life. Takmo la sedih je." *marah plak minah ni*
"Hee..abes tu nak buat ape?"
"Kau nak ikut aku tak pergi Anugerah Seri Angkasa? Jom la. Leh kenal-kenal org baru. Aku ade tickets ni."
"Err..Anugerah Seri Angkasa? Ape tu..?"

Serius sy tak pernah dgr apa itu Anugerah Seri Angkasa. Tak amek port pun all this while. However sy accept d invitation from her. Sangat terharu sebenarnya as Zurina is very concern on me. Dia cuba menceriakan sy as she don't want me to keep on bersedih hati. *I love u Na!*


Sesampai je kami di dpn hall, keadaan sudah sesak. Tp mujur kami dpt masuk awal. Masuk je dlm dewan, flash camera sana sini dan sy seperti terpinga-pinga tambahan lagi kami duduk sebaris dgn artis. Rupanya ticket kami adalah courtesy from Suria.fm. Kawan Zurina *yg dia kenal masa gi audition pengacara RTM* kerja sana rupanye. Sedikit blur sy tika itu sbb it was my very first time.


Majlis quite ok and seriously I'm enjoying my fun time there especially bila dpt tgk ex-bofren sy iaitu Anuar Zain perfom live in front of me *cheh..perasan!*. :D The MC's iaitu Afdlin, Daphne & Honey mmg sempoi habis. Paling best masa commercial break, lawak Kanchana Dewi *yg berlakon as Kamala dlm sitcom Puteri tu* mmg kelakar tahap tak bleh blah.. Surrounded by artist ketika itu serta kerlipan flash lights here n there membuatkan sy terfikir, "Owh, begini rupanya kehidupan glamour." Namun tidak la sy *in* dgn cara kehidupan begitu. Penuh dgn kontroversi, fitnah dan kegemilangan dunia yg sementara je. 

Habis majlis, we went for a dinner @ Sukhumvit, Kg.Baru. Sadly, selera sy mmg dah takde as perut sudah penuh dgn angin. Apapun, sgt enjoy dan gembira malam itu. Despite it, I get to know with Zurina's fwens too. Again, thank u so much Zurina. Thank u for ur great effort. U really make my day! :D



Wednesday, February 9, 2011

Surat Buat Si Kuma-Kuma.



Kehadapan diariku Si Kuma-kuma,


Apa khabar lamanmu kini? Semoga semuanya berada dalam keadaan teratur hendaknya. Sy pula..sedikit penat kuma-kuma. Tidak, teramat penat sebenarnya. Penat dgn segala perkara yg berlaku dlm hidup sy. Ujian demi ujian datang bertamu, bersilih ganti tanpa henti. Sy tak kuat utk menghadapi semuanya dlm masa yg sama. Terkadang diri ini rasa seperti ingin pergi jauh, jauh dr segala apa yg menghimpit diri. Menghentikan pengajian yg baru bermula dan meninggalkan segala perjuangan yg belum selesai. 


Sy letih kuma-kuma. Letih berpura-pura seolah-olah diri ini tidak ada apa-apa. Bermanis muka pd semua, sedangkan tangisan itu peneman setia. Sy serik berkongsi kisah duka. Mengenangkan adakalanya tidak semua seikhlas mungkin mendengar. 


Namun sy bersyukur kuma-kuma. Kerana Ya Rabbi itu sentiasa di sisi menemani. Menghulurkan sifat ar-Rahman dan ar-RahimNya tanpa henti. Memapah sy penuh kasih agar segera kembali.


Alhamdulillah.. lega rasanya bila gelora di hati dapat di luah. Hatta dgn hanya bertinta. Terima kasih Tuhan. Terima kasih utk kehadiran kamu sebagai diari. Setidaknya sy tidak perlu merasa terhutang budi. 


Doakan yg terbaik buat sy ya Si Kuma-kuma. Semoga mendung yg berarak kan segera berlalu pergi dan sy bisa menulis kepadamu lagi. Jaga diri, hiasi peribadi.


Salam sayang,
Fara.

Saturday, February 5, 2011

Isteri suka berleter? Baca ni.





I discover this from a page of a friend of mine. Sangat relevan buat mereka yg merasa terbeban dgn leteran isterinya.


Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya. Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya. Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut. Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar. 

Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah. Khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya, membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar. Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?. Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka

Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal, syahwat. Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari. Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora. 

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya. Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat. Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar. Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.

2. Isteri sebagai pemelihara Rumah

Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya. Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia. 

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran. Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan

Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak

Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan.Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan

Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat, tawar-menawar, kerana harga melebihi bajet. 

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji. Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini. Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.





Thursday, February 3, 2011

Bila Azreen pun bertunang..

Salam semua! Lama dah rasanya sy tak update blog ni. Dah bersawang sana sini dah rupanya. Maaf sangat-sangat si kuma-kuma. Kesibukan yg melanda sangat tidak boleh dielakkan. Ini pun sy cuba utk curi sedikit masa sebentar setelah penat bersengkang mata.




Ok, kali ini sy mahu bercerita perihal majlis pertunangan salah seorang daripada sahabat terapat sy iaitu Azreen. Hari ini 3 Februari 2011 (CNY u ols), maka selamatlah Azreen mengikat tali pertunangan bersama tunangnya, Fathi setelah hampir 2 tahun berkenalan. *Berkurangan la seorang lagi anak kapal Gff*. Azreen sgt cantik mengenakan busana berwarna krim keemasan. Hantarannya 5 berbalas 7. Sy sangat gembira dapat meraikan hari yg agak bersejarah buatnya itu. Juga bertambah gembira kerana dapat menyumbangkan kreativiti membuat sirih junjung untuknya..sungguh pun terlupa utk meletakkan tembakau, gambir dan kulit kayu manis bersama. *aiyakkk*




Gembira, gembira juga. Namun jauh di sudut hati agak terasa juga dgn pertunangannya. Sy memang akan terasa bila sahabat yg rapat dgn sy punya komitmen sebegini. Masakan tidak, dengan terikatnya pertunangan beliau, maka sy sejengkal bakal kehilangannya. Azreen is one of my best friend & my biggest secret keeper since high school. Dah 11 tahun dah kami berkawan. Bagi yg kurang mengenalinya, akan merasakan yg she's kinda soft, ala-ala ayu gitu..tapi sebenarnya, ish-ish..sgt kerek. Haha.. Seingat sy selama sy bersahabat baik dgn dia, tak pernah sekali pun sy bergaduh dgnnya as dia merupakan seorang yg sgt tolerate. Dia sentiasa ada saat sy memerlukan. Temankan sy makan bila sy lapar, assistant sy kala shopping, partner sy bila tgk wayang & selalu jd mangsa culik sy bila suddenly sy terasa nak kidnap org.. *Kami selalu kena sound ngn emaknya sbb selalu merayap when I came to fetch her.haha..* Sy ingat lg, kami berdua pernah keluar di tengah-tengah jam 2.30 pagi ke downtown hanya kerana kebosanan. Hmm..lepas ni, things will surely be different. Azreen pun dah tak boleh nakal-nakal dah.. Ok.ok. The sense of lost has started to interrupt here.. :'(




Apa pun, terima kasih kpd encik tunangnya krn awal-awal lagi telah memberi keizinan serta berjanji utk tidak menghalangi Azreen dari keluar bersama dgn sy lagi..sungguhpun bila titlenya telah berubah menjadi 'Puan'. 21 Mei ni Azreen bakal melangsungkan perkahwinannya. Sy doakan semoga masjid yg bakal dibina disulami dgn mawaddah dan hasanah. Sy sayangkan kamu Azreen! Selamanya kamu sahabat sy, dunia dan akhirat. Aminn.. :)

Sunday, January 9, 2011

Senyumlah.. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui Apa yg Terbaik utk Kita



Ketika kumohon kepada Allah kekuatan
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat

Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan

Allah memberiku masalah untuk diselesaikan

Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan

Allah memberiku akal untuk berfikir

Ketika kumohon kepada Allah keberanian

Allah memberiku bahaya untuk kuatasi

Ketika kumohon Allah sebuah cinta

Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk ku tolong

Ketika kumohon kepada Allah bantuan

Allah memberikanku kesempatan

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta

tetapi aku menerima segala yang kuperlu

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup

pintu yang lain terbuka
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita

Orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik

mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat

kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.

Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum

jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, 
kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.



Petua Mengurangkan Masalah Angin dalam Badan



Kalian selalu tak sendawa tak semena-mena? Maksudnya, sendawa atau keluarkan angin melalui mulut bukan disebabkan oleh faktor kekenyangan *bukan kentut tau!*. Kalau kalian mengalami simptom sebegitu, jelaslah bahawa kalian sama spesis dgn sy. Banyak angin dalam badan. Kadang boleh sendawa 4-5 kali tanpa henti. Hehe.. :p


Di sini sy ada satu petua yg ingin dikongsi. Petua ini diforwardkan oleh sahabat sy, Erni. Thank u Erni. Nampak sgt sy selalu sendawa depan dia. :p Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah




Saidina Ali berkata; 

 Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.  



Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Senang jer.. Apa yang perlu anda buat ialah, 
1.   Cium atau hidu lah bau epal. 
2. 
  Kemudian, makanlah epal tersebut. 


Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan tau. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahuwajhah. InsyaAllah membantu. Selamat mencuba!