Sunday, January 9, 2011

Senyumlah.. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui Apa yg Terbaik utk Kita



Ketika kumohon kepada Allah kekuatan
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat

Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan

Allah memberiku masalah untuk diselesaikan

Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan

Allah memberiku akal untuk berfikir

Ketika kumohon kepada Allah keberanian

Allah memberiku bahaya untuk kuatasi

Ketika kumohon Allah sebuah cinta

Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk ku tolong

Ketika kumohon kepada Allah bantuan

Allah memberikanku kesempatan

Aku tak pernah menerima apa yang kupinta

tetapi aku menerima segala yang kuperlu

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup

pintu yang lain terbuka
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita

Orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal hal terbaik

mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat

kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaNya.

Waktu kita lahir, kita menangis dan orang orang di sekeliling kita tersenyum

jalanilah hidup kita sehingga pada waktu kita meninggal, 
kita tersenyum dan orang orang di sekeliling kita menangis.



Petua Mengurangkan Masalah Angin dalam Badan



Kalian selalu tak sendawa tak semena-mena? Maksudnya, sendawa atau keluarkan angin melalui mulut bukan disebabkan oleh faktor kekenyangan *bukan kentut tau!*. Kalau kalian mengalami simptom sebegitu, jelaslah bahawa kalian sama spesis dgn sy. Banyak angin dalam badan. Kadang boleh sendawa 4-5 kali tanpa henti. Hehe.. :p


Di sini sy ada satu petua yg ingin dikongsi. Petua ini diforwardkan oleh sahabat sy, Erni. Thank u Erni. Nampak sgt sy selalu sendawa depan dia. :p Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah




Saidina Ali berkata; 

 Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.  



Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Senang jer.. Apa yang perlu anda buat ialah, 
1.   Cium atau hidu lah bau epal. 
2. 
  Kemudian, makanlah epal tersebut. 


Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan tau. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahuwajhah. InsyaAllah membantu. Selamat mencuba!




Surah Al-Inshirah : Semoga dipermudahkan segalanya





Salam semuanya. Almost 5 days dah sy tidak meng'update' e-diary kesayangan sy ni. Sorry sangat2 as I'm still trying to adapt myself with d new environment. New workplace dan belajar sambil bekerja, segalanya sgt baru buat sy. Tak mahu mengeluh lagi. InsyaAllah. Walaupun agak ketat jadual harian sy on weekdays, namun masih diberi kelapangan olehNya on weekends. Alhamdulillah. :)


Hari ni sy nak share sedikit tentang tafsir dan kaifiat membaca surah Al-Inshirah, surah ke 94 dalam mukjizat Al-Quran kita. Sy pasti semua umat Islam sgt familiar dan telah hafaz surah ini. Semenjak kecil lagi, *time-time kita mengaji muqaddam* kita semua telah dituntut untuk menghafaz surah-surah yg mudah. Dalam solat fardhu atau sunat kita juga sy pasti surah ini antara surah yg sering kali kita baca. Secara tak langsung, surah ini sgt dekat dgn kita. 


Memahami isi surah ini membuatkan sy benar-benar merasa malu. Malu pada Allah yg sesungguhnya Maha Mengetahui apa yg terbaik utk sy. Betapa seringnya sy berkeluh kesah tanpa memikirkan hikmah kesulitan yg diberi serta janjiNya akan ganjaran buat mereka yg bersabar. Begitulah sy.. Seringkali rasa terbeban bila diuji tatkala terlalu banyak nikmat yg telah dikecapi. Semoga Allah mengampuni sy dan melindungi kita semua dari perasangka buruk terhadapNya. Nauzubillah..




Isi Surah

  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ   Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ   Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ   yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ   Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا   Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا   sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ   Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ   dan hanya kepada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap.

Sudah tahu intipatinya? Mari kita susuri pula kebaikan mengamalkannya. 

  • Sabda nabi ' Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi satu kelapangan daripadanya.
  • Barangsiapa biasa membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardu, nescaya Allah mempermudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membaca surah ini nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripadanya segala kesukaran dalam segala urusan. Dihilangkan segala sifat kesal, jemu serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barang siapa membaca surah ini 9 kali sesudah solat fardu nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Sayang sekali kalau kita tidak merebut kebaikan yg telah Allah sediakan utk kita ni. Itulah hikmahnya Allah menurunkan Al-Quran sbg mukjizat buat umat Islam. Setiap satu huruf yg dibaca itu ada pahala dan  kebaikannya. Bukan susah pun. Bila-bila pun kita boleh mengamalkannya. Sambil-sambil kita memandu, menempuh kesesakan di jalan raya, sambil naik lrt. Dari kita dok menyumpah seranah, lebih baik kita membaca surah ni. Memberi banyak kebaikan dan menjadi satu doa buat kita. Betul tak? Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya. InsyaAllah. :)


Sunday, January 2, 2011

Jangan Ada Benci


Sedihnya sy hari ni.. Allah je yg tahu. All this because of the perfume that I accidentally took out under my bed. That perfume is meant for my hantaran to him. :'( Sedihnya.. sedihnya! Lebih-lebih lagi bila mengingatkan that yesterday, 01-01-2011 was supposedly to be our nikah & reception day.

Suddenly timbul rasa menyesal since I had remove him totally from my life. I know that currently he must be in a deep frustration as I've broke the promise on not to remove him from my FB. I'm sorry R. I'm really really sorry.. :'( Trust me, I did this for our own good..

However, one thing I hope he may know.. Sy tak pernah benci dia. Never ever I did not and will not! Sy redha atas segalanya. Demi Allah. Mudah-mudahan dia juga begitu..


Andainya ada di antara kita nanti

Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati


Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan

Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku


Past is past. Let bygones be bygones. Sy doakan semoga dia berjumpa dgn seseorang yg jauh lebih baik dari sy. InsyaAllah. Wanita yg baik utk lelaki yg baik..dan lelaki yg sgt baik sepertinya, pasti akan bertemu jodoh terbaiknya. InsyaAllah. Aminn~


Saturday, January 1, 2011

Coret Coret 2010



Officially today, we have left behind the year of 2010 with full of memories. Alhamdulillah.. seribu kesyukuran dipanjatkan kepadaNya krn masih lg diberi kesempatan utk melangkah ke tahun baru 2011. Kepada semua, Selamat Tahun Baru diucapkan. Semoga segala apa yg direncanakan termakbul hendakNya. InsyaAllah. 


2010 has left we with so much of stories. There's successiveness, happiness and not to except, tears of sorrow too. Namun, sy sangat bersyukur pd Allah atas segala apa yg telah sy lalui. Segalanya Alhamdulillah menjadikan sy cukup kuat utk meniti jatuh bangun kehidupan yg penuh dgn mehnah ujian. Sesungguhnya ujian kegembiraan dan kedukaan dalam sesebuah kehidupan membuktikan bahawa kita sentiasa dalam perhatianNya. Let me share some of the stories happened in my life along the blissful year of 2010..


Kehidupan




  • Alhamdulillah. Syukur yg teramat sgt krn masih diberi kesempatan utk hidup dan menikmati segala suka duka, pahit manis sehingga ke hari ini. 
  • Namun, sesuatu yg menyedihkan bilamana diri ini seringkali jauh dariNya di saat terlalu dekat kasih sayangNya. Ibadahku sekecil zarah cuma berbanding nikmat dan kurniaan yg melangit luasNya. Astarghfirullah. 
  • Sy masih leka, masih leka sehingga sering mengabaikan kalamNya. Waktu gembira, sy habiskan masa berjam lamanya namun waktu utk berkhalwat dgnNya di atas sejadah, boleh dikira sejauh mana. :'(
  • Mudah-mudahan dgn kedatangan tahun baru 2011 ini, sy bisa menjadi insan yg jauh lebih baik dari tahun yg sebelumnya. InsyaAllah.


Keluarga



  • Alhamdulillah. Keharmonian dan kasih sayang keluarga kami masih utuh malah bertambah ceria dari tahun yg sebelumnya.  :)
  • Adik mendapat keputusan SPM yg agak membanggakan kami sekeluarga. Juga kejayaannya menjejakkan kaki ke universiti menambah senyuman di wajah mama dan papa. *Alhamdulillah, akhirnya kesemua adik beradik kami berjaya ke menara gading*.
  • Tahun ini papa genap berumur 60 tahun. Semoga papa dikurniakan dgn kesihatan yg baik & sentiasa berada di dalam rahmat Allah selalu. Kami anak-anak akan sentiasa sayangkan papa. 

Cinta


  • Agak sedih kala membicarakan perihal yg ini. Kerana jika diikutkan perancangan, hari ini, 01-01-2011 sepatutnya sy sudah pun sah bergelar seorang isteri. :'(
  • Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Siapa menduga, perhubungan yg di bina lebih 6 tahun lamanya akhirnya kecundang juga.
  • 25 November 2010, menjadi saksi berakhirnya sebuah ikatan secara rasmi. Alhamdulillah, Allah memberikan sy kekuatan hati dan jiwa utk menempuhi ujian yg Maha besar buat sy.

Kerjaya


  • 24 September 2010, merupakan hari terakhir sy di Maybank setelah lebih 2 tahun menabur bakti dan mencari rezeki di sana. Sedih di hati kala itu hanya Allah sahaja yg tahu. Namun demi sinar kerjaya yg lebih gemilang, hidup harus di teruskan juga.
  • Terlalu banyak pengalaman yg ditimba sepanjang berada di sana. Di Maybank, sy mula belajar apa itu erti sabar dan mengenali setiap inci ragam manusia. Yang baik, tersangatlah baik. Yang macam hantu, nauzubillah. Main maki je. Ish-ish..
  • Perkara paling berat yg perlu sy ambil kira sebelum membuat keputusan tersebut adalah sahabat rapat sy di sana yg kami gelar sbg Wonderpets. Sedihnya rasa since we are so close to each other. I will definitely won't forget u guys.


  • 13 December 2010, I reported my duty to RHB. Tawaran semakin baik diterima. Alhamdulillah. Keputusan ini dibuat begitu singkat dan drastik setelah cuma 1 bulan lebih berada di Ambank. Tak tahu mengapa gerak hati sy sgt kuat utk ke RHB. Rahsia Allah, mungkin rezeki sy lebih baik di sana. InsyaAllah. Amin~

Cita-Cita


  • Alhamdulillah. Cita-cita sy utk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana tercapai juga akhirnya. Sangat bersyukur pada Allah di atas keizinanNya yg satu ini. Mudah-mudahan dengan kemasukan pengajian ke peringkat Sarjana ini, sy selangkah utk menjadi seorang pensyarah. InsyaAllah.
  • Belajar dan berkerja dalam waktu yg sama. Walaupun agak sukar memikul tanggungjawab tersebut, namun sy berdoa semoga perjuangan sy dipermudahkan Allah. Moga dgn pencapaian sy ini juga bisa menjadi pembakar semangat buat perjuangan adik tersayang.

Sahabat


  • Sahabat bertambah ramai. Alhamdulillah. Mengenali mereka merupakan satu rahmat dari Yang Maha Esa. Ukhuwah fillah abadan abada. Syukur.
  • Sesuatu yg amat menggembirakan juga bila mana sy dapat menjejaki sahabat sedari kecil saya kembali. Sekian lama mencari, akhirnya bertemu juga. Alhamdulillah, Anek masih seperti yg sy kenali dulu. :)
  • Namun masih juga sy kehilangan seorang dua sahabat yg pada waktu sekolah berjanji utk menjadi teman sejati. Kehilangannya bukan apa, hanya kerana salah faham yg sebetulnya boleh diperbaiki *kurang kasih sayang bak kata Zai*. I admit, terlalu ramai yg perlu sy berikan perhatian dan mana mungkin utk sy penuhinya dalam masa yg serentak. Tak mengapalah, semoga Allah merahmati hidup mereka.
  • Sangat berterima kasih dan bersyukur pdNya atas anugerah sahabat karib yg sentiasa di sisi lebih-lebih lagi tatkala waktu sukar yg menyebabkan sy hampir tersungkur.
  • Tahun 2010 juga menyaksikan ramai sahabat membina masjid, mengikat pertunangan dan melahirkan cahaya mata. Tahniah buat semuanya. Semoga berbahagia ke hendakNya. Amin~

"Ahlan Wasahlan 2011. Selamat Tinggal 2010. Semoga Dirahmati Allah selalu!"