Monday, February 28, 2011

What Cake Are You?

Kalian suka makan kek tak? Sy suka sangat! Tapi tengok baker juga. Especially cakes from Secret Recipe and Heavenly Cake. Tahukah anda, cake juga sebenarnya melambangkan personaliti anda. Jadi mari kita check!


Carrot Cake



Anda sangat ceria, suka ketawa, orang suka mendampingi anda kerana keceriaan kamu dan mempunyai ramai kawan yang setia. Hatinya lembut dan kadang-kadang sedikit aneh juga.


Berries Cheese Cake



Anda romantik & penyayang orangnya. Suka mengambil berat tentang orang lain. Namun anda juga kadang-kadang boleh jadi seorang yg sangat pemarah dan annoying.


Ice Cream Cake



Anda suka bersukan, tetapi anda lebih suke menonton perlawanan daripada menyertainya. Sedikit materialistik, pentingkan diri sendiri dan tidak suka diarah.


Chocolate Cake



Anda seksi, dan bersedia untuk memberi dan diberi. Sangat kreatif, suka mengembara, mempunyai cita2 yang tinggi, dan sentiasa bersemangat. Luar nampak dingin tapi sebenarnya sangat panas di dalam. Suka ketawa.


Lemon/Orange/Citrus Cake



Anda pembahas yang bagus, seksi, sangat teliti dan guru yang berkesan. Suka menjadi diva kadang-kadang tetapi kamu masih mempunyai ramai kawan.


Vanilla/Chocolate Icing Cake



Anda ceria, giler-giler, kelakar. Kurang motivasi, dan kurang mendapat perhatian. Orang sekitar suka bersama kamu, tetapi mereka takut membuatkan kamu marah. Sangat setia dalam berkawan.


Brownies



Anda sukakan pengembaraan, suka idea-idea baru dan sentiasa menjadi penyelamat keadaan. Kire super hero la ni.. Anda juga kelakar dan setia orangnya.


Haaa..jadi sekarang suda tahu kan personaliti anda bagaimana. Tapi jangan la percaya 100%. Kajian tak semestinya tepat kan? My favorite cakes are chocolate cake, cheese cake & Red velvet cake. Bercakap mengenai kek ni, sy nak syorkan kpd anda satu kedai kek dimana kek dia memanglah teramat sangat sedapnya! Despite of Secret Recipe yg kita sedia maklum itu. Nama kedai kek ini..Heavenly Cake. Lokasinya di Pavilion KL. Memang terbaek la. Mari review..


Red Velvet Cake
RM9.90/pc
Cake ni memang sedap sgt! Even cakenyer nampak simple but d cream are superbly nyummy! 



Blueberry Cheese Cake
RM9.90/pc
This cake I dare to rate it as 5 star! Serious. d combination of d fresh berries n d cheese make this cake were super demn nyummy!


Jadi apa lagi! For cake lovers, try it now!~



Monday, February 21, 2011

Anugerah Seri Angkasa 2010



Semalam, I attended Anugerah Seri Angkasa @ PWTC. First time in my entire life attending majlis sebegitu. It started when I received a call from a good friend of mine, Zurina.. 

"Fara, kau tgh buat apa?" 
"Takde buat ape. Dok rumah je. Tak brp sihat."
  "Adoi, come on la Fara. Go out! Have a life. Takmo la sedih je." *marah plak minah ni*
"Hee..abes tu nak buat ape?"
"Kau nak ikut aku tak pergi Anugerah Seri Angkasa? Jom la. Leh kenal-kenal org baru. Aku ade tickets ni."
"Err..Anugerah Seri Angkasa? Ape tu..?"

Serius sy tak pernah dgr apa itu Anugerah Seri Angkasa. Tak amek port pun all this while. However sy accept d invitation from her. Sangat terharu sebenarnya as Zurina is very concern on me. Dia cuba menceriakan sy as she don't want me to keep on bersedih hati. *I love u Na!*


Sesampai je kami di dpn hall, keadaan sudah sesak. Tp mujur kami dpt masuk awal. Masuk je dlm dewan, flash camera sana sini dan sy seperti terpinga-pinga tambahan lagi kami duduk sebaris dgn artis. Rupanya ticket kami adalah courtesy from Suria.fm. Kawan Zurina *yg dia kenal masa gi audition pengacara RTM* kerja sana rupanye. Sedikit blur sy tika itu sbb it was my very first time.


Majlis quite ok and seriously I'm enjoying my fun time there especially bila dpt tgk ex-bofren sy iaitu Anuar Zain perfom live in front of me *cheh..perasan!*. :D The MC's iaitu Afdlin, Daphne & Honey mmg sempoi habis. Paling best masa commercial break, lawak Kanchana Dewi *yg berlakon as Kamala dlm sitcom Puteri tu* mmg kelakar tahap tak bleh blah.. Surrounded by artist ketika itu serta kerlipan flash lights here n there membuatkan sy terfikir, "Owh, begini rupanya kehidupan glamour." Namun tidak la sy *in* dgn cara kehidupan begitu. Penuh dgn kontroversi, fitnah dan kegemilangan dunia yg sementara je. 

Habis majlis, we went for a dinner @ Sukhumvit, Kg.Baru. Sadly, selera sy mmg dah takde as perut sudah penuh dgn angin. Apapun, sgt enjoy dan gembira malam itu. Despite it, I get to know with Zurina's fwens too. Again, thank u so much Zurina. Thank u for ur great effort. U really make my day! :D



Wednesday, February 9, 2011

Surat Buat Si Kuma-Kuma.



Kehadapan diariku Si Kuma-kuma,


Apa khabar lamanmu kini? Semoga semuanya berada dalam keadaan teratur hendaknya. Sy pula..sedikit penat kuma-kuma. Tidak, teramat penat sebenarnya. Penat dgn segala perkara yg berlaku dlm hidup sy. Ujian demi ujian datang bertamu, bersilih ganti tanpa henti. Sy tak kuat utk menghadapi semuanya dlm masa yg sama. Terkadang diri ini rasa seperti ingin pergi jauh, jauh dr segala apa yg menghimpit diri. Menghentikan pengajian yg baru bermula dan meninggalkan segala perjuangan yg belum selesai. 


Sy letih kuma-kuma. Letih berpura-pura seolah-olah diri ini tidak ada apa-apa. Bermanis muka pd semua, sedangkan tangisan itu peneman setia. Sy serik berkongsi kisah duka. Mengenangkan adakalanya tidak semua seikhlas mungkin mendengar. 


Namun sy bersyukur kuma-kuma. Kerana Ya Rabbi itu sentiasa di sisi menemani. Menghulurkan sifat ar-Rahman dan ar-RahimNya tanpa henti. Memapah sy penuh kasih agar segera kembali.


Alhamdulillah.. lega rasanya bila gelora di hati dapat di luah. Hatta dgn hanya bertinta. Terima kasih Tuhan. Terima kasih utk kehadiran kamu sebagai diari. Setidaknya sy tidak perlu merasa terhutang budi. 


Doakan yg terbaik buat sy ya Si Kuma-kuma. Semoga mendung yg berarak kan segera berlalu pergi dan sy bisa menulis kepadamu lagi. Jaga diri, hiasi peribadi.


Salam sayang,
Fara.

Saturday, February 5, 2011

Isteri suka berleter? Baca ni.





I discover this from a page of a friend of mine. Sangat relevan buat mereka yg merasa terbeban dgn leteran isterinya.


Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya. Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya. Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut. Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar. 

Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah. Khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya, membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar. Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?. Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka

Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal, syahwat. Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari. Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora. 

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya. Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat. Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar. Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.

2. Isteri sebagai pemelihara Rumah

Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya. Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia. 

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran. Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan

Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak

Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan.Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan

Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat, tawar-menawar, kerana harga melebihi bajet. 

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji. Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini. Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.





Thursday, February 3, 2011

Bila Azreen pun bertunang..

Salam semua! Lama dah rasanya sy tak update blog ni. Dah bersawang sana sini dah rupanya. Maaf sangat-sangat si kuma-kuma. Kesibukan yg melanda sangat tidak boleh dielakkan. Ini pun sy cuba utk curi sedikit masa sebentar setelah penat bersengkang mata.




Ok, kali ini sy mahu bercerita perihal majlis pertunangan salah seorang daripada sahabat terapat sy iaitu Azreen. Hari ini 3 Februari 2011 (CNY u ols), maka selamatlah Azreen mengikat tali pertunangan bersama tunangnya, Fathi setelah hampir 2 tahun berkenalan. *Berkurangan la seorang lagi anak kapal Gff*. Azreen sgt cantik mengenakan busana berwarna krim keemasan. Hantarannya 5 berbalas 7. Sy sangat gembira dapat meraikan hari yg agak bersejarah buatnya itu. Juga bertambah gembira kerana dapat menyumbangkan kreativiti membuat sirih junjung untuknya..sungguh pun terlupa utk meletakkan tembakau, gambir dan kulit kayu manis bersama. *aiyakkk*




Gembira, gembira juga. Namun jauh di sudut hati agak terasa juga dgn pertunangannya. Sy memang akan terasa bila sahabat yg rapat dgn sy punya komitmen sebegini. Masakan tidak, dengan terikatnya pertunangan beliau, maka sy sejengkal bakal kehilangannya. Azreen is one of my best friend & my biggest secret keeper since high school. Dah 11 tahun dah kami berkawan. Bagi yg kurang mengenalinya, akan merasakan yg she's kinda soft, ala-ala ayu gitu..tapi sebenarnya, ish-ish..sgt kerek. Haha.. Seingat sy selama sy bersahabat baik dgn dia, tak pernah sekali pun sy bergaduh dgnnya as dia merupakan seorang yg sgt tolerate. Dia sentiasa ada saat sy memerlukan. Temankan sy makan bila sy lapar, assistant sy kala shopping, partner sy bila tgk wayang & selalu jd mangsa culik sy bila suddenly sy terasa nak kidnap org.. *Kami selalu kena sound ngn emaknya sbb selalu merayap when I came to fetch her.haha..* Sy ingat lg, kami berdua pernah keluar di tengah-tengah jam 2.30 pagi ke downtown hanya kerana kebosanan. Hmm..lepas ni, things will surely be different. Azreen pun dah tak boleh nakal-nakal dah.. Ok.ok. The sense of lost has started to interrupt here.. :'(




Apa pun, terima kasih kpd encik tunangnya krn awal-awal lagi telah memberi keizinan serta berjanji utk tidak menghalangi Azreen dari keluar bersama dgn sy lagi..sungguhpun bila titlenya telah berubah menjadi 'Puan'. 21 Mei ni Azreen bakal melangsungkan perkahwinannya. Sy doakan semoga masjid yg bakal dibina disulami dgn mawaddah dan hasanah. Sy sayangkan kamu Azreen! Selamanya kamu sahabat sy, dunia dan akhirat. Aminn.. :)