Sunday, June 5, 2011

Islamic Story


Kitab Cinta @ TV Al-Hijrah. Kalian pernah tgk tak cite ni? Lakonan Fazura dan pelakon dr seberang yg berlakon cite sinetron Akso & Madina tu.. *ntah ape ntah nama dia*. Best kan? Sy suka cerita ni. Cerita cinta yg berbaur islamik. Lakonan Fazura dlm cerita ni sungguh berkesan. Walaupun hakikatnya di luar Fazura seorang yg tidak bertudung, tapi jelas hikmahnya apabila dia melakonkan watak Mustika dlm drama ni. Ini diakui sendiri oleh Fazura. Fazura nampak ayu dan manis sungguh bila bertudung. *Mudah-mudahan Allah membukakan pintu hatinya utk bertudung suatu hari nanti..Aminn*

Fenomena drama atau filem bercorak Islamik ni sebenarnya telah lama bertapak di negara jiran kita, Indonesia. Kalau nak dikira, memang byk antaranya sinetron Mutiara Hati, filem Ayat Ayat Cinta juga Ketika Cinta Bertasbih. Malaysia pun patut memperbanyakkan lg drama-drama dan filem Islamik seperti ini. Siapa kata drama dan filem bercorak Islamik ni tiada sambutan. Buktinya, filem Nur Kasih The Movie berjaya mencatat kutipan RM3.5juta dlm tempoh seminggu tayangannya. Ia rentetan dari sambutan luar biasa drama Nur Kasih yg ditayangkan di TV3 suatu ketika dulu. Hikmah dr drama ini sebenarnya berjaya memberi kesan kepada penonton. Tak percaya? Berapa ramai yg berangan-angan utk menjadi seperti Nur Amina sejurus selepas menyaksikan peribadi yg ditonjolkan oleh Tiz Zaqyah dlm drama itu? Betul tak?


Dgn terhasilnya drama dan filem sebegini, maka lebih banyak nilai-nilai murni yg dpt diterapkan dlm diri penonton. Bukannya dgn drama yg byk adegan peluk-peluk dan berpegangan tangan bagai. Sedar atau tidak, drama sebeginilah sebenarnya yg byk mempengaruhi budaya org Islam kita skrg. Pasangan muda ke sana ke mari berpelukan & beraksi terlampau bagai sudah bernikah tanpa segan silu. *nauzubillah..peringatan utk diri sy juga*.

Sy tabik dgn pendekatan yg diterapkan oleh TV Al-Hijrah. Sungguh! Setiap drama yg ditayangkan akan ditapis terlebih dahulu. Sy pernah terbaca dlm akhbar dulu sebelum TV Al-Hijrah ini diimplementasikan yg mana semua drama yg ditayangkan akan bercorak keislaman dan tiada adegan-adegan yg tidak sepatutnya akan dibenarkan dlm tayangan. Semua produser drama yg ingin menayangkan drama mereka dlm stesen TV ini perlu patuh pd garis panduan yg telah ditetapkan oleh mereka. Bagus kan?! Sama-samalah kita menyokong stesen TV Al-Hijrah ni.


Hiburan itu tidak salah, tetapi berpada-padalah dlm berhibur. :)

*Teringat saat ketika menemani seorg sahabat ke ujibakat pengacara TV Al-Hijrah. Hehe..*

Sepi kerana Rosak!

Harap maklum semua..lappy sy rosak! *sob sob*.. Itu sbbnya semenjak dua ni dah tak update kuma kuma ni lg.. Ni pun pinjam lappy adik. Courtesy from him. *thank u adik!*

 
Sy tak boleh hidup tanpa lappy! *mengikut kajian, generation-Y mmg macam ni*. Sejak lappy rosak ni, renyah la. Byk benda tak bole buat. Tak bole google database customer, takleh update kuma kuma, takleh baca islamic article online, takleh bukak fb & paling tak best, tak bole buka farmville.. *sian tanaman byk mati* hehe~

Sebenarnya screen lappy sy yg rosak. Bila on kan lappy, screen dia putih je.. Nasib ngah cuti sem. Kalau tak sure jenuh berulang alik ke cc tuk buat assignment. Kalau repair ni sure melayang paling koman dua ratus. Hajat di hati nk beli netbook. Tp nanti la dulu.. Byk lg yg nak disettlekan..

Takpe la, ujian dr Allah. Byk hikmah disebaliknya. Mudah-mudahan ada rezeki utk sy menyelesaikannya nanti. Doakan semua! :)