Sebagaimana kasihnya Rasulallah SAW kpd umatnya, sebegitu jugalah kasihnya anakanda baginda, Fatimah az-Zahra terhadap umat Islam. Mari kita susuri bukti kasih puteri baginda sehingga membawa seluruh umat Islam ke syurga pada akhirnya.
Ketika Tuhan memerintahkan Nabi SAW untuk mencarikan suami bagi anaknya, Nabi SAW memanggil seluruh sahabatnya tanpa diskriminasi dan mengatakan, ”Tuhan perintahkan aku untuk menyampaikan bahwa siapapun yang mampu menyelesaikan bacaan Al-Qur’an malam ini boleh menikahi putriku, Fatimah, jika dia menerimanya.”Malam itu, semua sahabat berusaha menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an, kecuali Ali bin Abi Talib yang pulang kerumah untuk tidur. Ketika Bilal mengumandangkan adzan subuh, semua orang berkumpul di masjid termasuk Nabi saw. Ketika Nabi menanyakan siapa yang sudah menyelesaikannya, tidak seorangpun menjawabnya, karena amat susah menamatkan 30 juz dalam waktu 7-8 jam saja. Namun Ali bin Abi Talib berkata,” Ya Rasulullah SAW, aku telah menamatkan seluruh Al-Quran semalam.” Sahabat-sahabat yang lain melihat ke arah Ali ra dan berkata,” Bagaimana kamu menyelesaikannya ? kamu kan tidur semalaman.” Dijawab Ali,” Tidak, aku memang menyelesaikannya.” Kata Nabi SAW,” Siapa saksimu, Ali?“ . Jawab Ali, “ Allah adalah saksiku dan engkau, ya Nabi SAW adalah juga saksiku. Aku membaca “Laa ilaha ill Allah, Muhammad Rasulullah 3x –Astaghfirullah 70x – Surat Al Fatiha 1x – Surat Al Ikhlas 3x – Surat Al Falaq 1x – Surat An Naas 1x -Laa ilaha ill Allah 10 x - Shalawat Nabi, Allahumma solli alaa MUhammadin wa alaa ali muhamaddin wa salim 10 x.” Nabi SAW pun berkata, “Sebagaimana Allah memberi kesaksian, aku juga memberi kesaksian bahwa Ali telah menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an. Jika kalian membaca seperti apa yang dibaca Ali berarti sama dengan Khatam Al Quran.”
Lalu Nabi bertanya pada putrinya, ” Ya Fatimah, apakah engkau menerima Ali sebagai suamimu? “ Fatimah menjawab,”Dengan satu syarat.” Semua sahabat mulai memandang pada Ali, Fatimah dan kemudian kepada Nabi. Ketika Nabi SAW berfikir mengapa Fatimah mengajukan syarat itu, malaikat Jibril turun dan berkata pada beliau, ” Ya Nabi, jangan tergesa-gesa mengambil keputusan, Allah yang mengatakan padamu untuk menanyakan syarat apa yang ingin dia ajukan.” “Apa syaratmu, Fatimah ? “ tanya Nabi. Fatimah pun menjawab, “ Syarat itu bukan karena Ali, tapi dari diriku sendiri. Jika dipenuhi aku menerimanya, jika tidak aku menolak untuk menikah dengan Ali.” Jibril mengingatkan Nabi akan pesan Tuhan untuk menanyakan apa syarat yang diinginkannya. Kata Jibril, “ Sekarang dengarkan apa yang Allah letakkan pada hati Fatimah, sebagai manfaat dan darjat para wanita dalam kerohanian. “ Sekali lagi Nabi bertanya “ Apa syaratmu, Fatimah ?” Jawab Fatimah," Aku selalu mendengarmu berdoa bagi umatmu siang dan malam. Engkau mengatakan Ya Allah, izinkan aku memimpin umatku untuk-Mu! Ampuni mereka ! Sucikan mereka! Angkatlah semua dosa-dosa, kesulitan dan beban-beban mereka!". "Aku mendengarmu ya Rasulullah, dan melihat bagaimana engkau menderita demi umatmu. Dari apa yang engkau tuturkan, aku tahu bahwa ketika wafat, dalam kubur, dan kiamat nanti engkau akan selalu menyebut, "Umatku..Umatku!" pada Allah. "Sebagaimana cintamu pada umatmu seperti itu juga yang ada dalam hatiku. Aku ingin seluruh umatmu sebagai mas kawinku. Jika engkau menerimanya, aku bersedia menikah dengan Ali." Yang diminta oleh Fatimah ra adalah seluruh umat Nabi, semua tanpa terkecuali.
Apa yang kemudian dikatakan Nabi SAW ? Karena mas kawin seperti yang diminta Fatimah bukanlah terletak ditangan beliau. Nabi kemudian menunggu kedatangan Malaikat Jibril yang lama tidak juga menampakkan dirinya. Ketika akhirnya Jibril as datang, dia mengatakan : ” Allah menyampaikan Assalamu'alaikum kepadamu dan menerima permintaan Fatimah. Allah SWT menganugerahan apa yang dimintanya sebagai mas kawin untuk menikah dengan Ali.” Segera Nabi berdiri dan solat 2 rakaat sebagai rasa syukur pada Allah SWT. Fatimah mementingkan pengorbanannya bagi umat Nabi SAW. Tidak seorang umat pun yang akan berada diluar mas kawin Fatimah, kerana jika Allah menarik satu umat dari mas kawin itu, maka pernikahannya dengan Ali dianggap tidak sah. Fatimah akan membawa seluruh umat Nabi dibawah sayapnya untuk dibawa menuju surga. Ini hanya dari keagungan seorang muslimah saja sehingga mampu membawa semua umat manusia menuju surga. Bagaimana dengan muslimah-muslimah setara lain dalam Islam?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya." ~(al-Baqarah: 216)
Wednesday, October 20, 2010
Tuesday, October 19, 2010
Baju Buat Mama
Hari ni training half day lagi.. Sampai end of next week. Bestnye kalau hari-hari keje macam ni. Balik keje tadi teman Ayen gi cari baju utk annual dinner sekolah dia. Masa tengah duk tolong-tolong dia pilih baju, hati tertarik pada satu maxi dress ni. Terdetik utk belikan buat mama. Sy tau, mama mungkin still terasa ati lg regards to the issue putus tunang tu. Takpe la, weekend ni balik umah mama. Nak celebrate birthday nyanya sekali. Hopefully mama dah ok sbb semalam masa msg mama nk beritahu yg sy nk sit for the MBA interview, she did reply wishing me gud luck. Itulah nama dia ibu, walau macam mana terasa pun dia dgn kita, jauh di sudut hatinya tetap akan mendoakan yg terbaik buat kita.
"I love u mama! Ila mintak maaf for everything."
Cantik tak? Hope mama will like it. Boleh juga mama pakai buat menghadiri kelas mengajinya di surau. =)
Jom Pergi Bercuti!
Otak suda tepu.. Jiwa sedikit kacau.. Jadi, mari pergi bercuti!! Lama dah rasanye tak pergi bercuti. Sesekali, untuk meredakan tekanan, we need to go for a vacation. Reward and pamper ourself to gain back our strength & enhance our productivity.. Ecehh, macam keje kuat nau sy ni.. Ni sume kesan dari menjawab test yg ntahapapa semalam tu la..
Hargailah dia sebelum terlewat
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .
Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan wanita ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .
Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan wanita ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".
Sunday, October 17, 2010
With my sleeping disorder syndrome..
Malam ni Ayen ku syg tido di rumahku. Tapi takde aktiviti apa pun yg kami lakukan kerana dia seawal jam 10 lagi sudah tido. Bole tahan awal mek ni tido. Dah macam panda sorang lg tu dah (Sorang lagi sahabat sy yg kuat tido. Zurina namanya. Kalau tido mesti kena cukup 8 jam. Haih..pelik camne mereka ni bole tido lama-lama). Hmm..sy? Ntah la..lately ni memang sgt susah utk tido malam. Normally lepas subuh baru bole tido. Itu pun sy akan terjaga balik dalam jam 10. Haih..tak tahu la macam mana hari isnin ni nanti. Dah la nak mula berkerja di tempat baru. Normal working hours plak tu. Tak macam di MBB dulu yg mana ikut syif.
Dek kerana tak dapat melelapkan mata maka perlulah sy melakukan aktiviti lain selain online. Jadi alternatif terbaik adalah menjahit manik sementara menunggu tanaman farmville sy masak. Hahaha..jgn tak tahu, sy kini kembali menjadi petani maya yg tegar. jadi buat kalian yg mana adalah fb fren sy, jika bertani juga, maka sila-silalah add sy sbg neighbour ya. :p
Ok ok. Berbalik balik pada aktiviti menjahit manik, sy sememangnya mempunyai hobi yg satu ini. Sy amat gemar menjahit manik. Bagi sy, satu kepuasan sekiranya dpt memakai baju yg bermanik jahitan tangan sendiri. Kalau nak ke kedai untuk upah, mesti mahal. Jadi sementara diberi Allah bakat sebegini, lebih baik manfaatkan seadanya. Betul tak? Nanti bila-bila free sy upload pic antara baju bermanik sy ye. Ok la. Mahu sambung menjahit.. Selamat malam!
Dek kerana tak dapat melelapkan mata maka perlulah sy melakukan aktiviti lain selain online. Jadi alternatif terbaik adalah menjahit manik sementara menunggu tanaman farmville sy masak. Hahaha..jgn tak tahu, sy kini kembali menjadi petani maya yg tegar. jadi buat kalian yg mana adalah fb fren sy, jika bertani juga, maka sila-silalah add sy sbg neighbour ya. :p
Ok ok. Berbalik balik pada aktiviti menjahit manik, sy sememangnya mempunyai hobi yg satu ini. Sy amat gemar menjahit manik. Bagi sy, satu kepuasan sekiranya dpt memakai baju yg bermanik jahitan tangan sendiri. Kalau nak ke kedai untuk upah, mesti mahal. Jadi sementara diberi Allah bakat sebegini, lebih baik manfaatkan seadanya. Betul tak? Nanti bila-bila free sy upload pic antara baju bermanik sy ye. Ok la. Mahu sambung menjahit.. Selamat malam!
Saturday, October 16, 2010
Wanita Pertama yang Masuk Syurga
Salam sahabat semua. Selamat pagi. Sekadar berkongsi kisah wanita terbilang. Semoga bisa menjadi pedoman dan ikutan buat semua. Mari kita susuri siapakah wanita hebat ini.. =)
Sumber dari buku yang berjudul, Wanita yg di kasihi
Hasil penulisan, Fatimah Hj. Omar.
Rasulullah SAW telah memuji seorang wanita solehah yg telah memainkan peranan yg tepat dan patut dicontohi oleh semua wanita di akhir zaman. Allah muliakan dia dengan memberi anugerah wanita pertama masuk syurga. Sedangkan dia adalah seorang wanita miskin, tidak terkenal, tinggal pula di hujung kampung. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW memberitahu anaknya Fatimah bahawa ada seorang wanita miskin tinggal di hujung Kota Madinah bernama Muti'ah, beliau wanita yg mulia di sisi Allah dan ia akan masuk ke syurga lebih dahulu drp Fatimah.
Mendengar cerita itu, Fatimah sgt ingin melihat dan berkenalan dgn wanita solehah yg dimaksudkan oleh ayahandanya itu. Apakah amalan yg telah dilakukan sehingga mendapat penghormatan yg begitu tinggi dari Allah. Setelah mendapat penerangan tentang tempat tiggal wanita itu, Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut setelah mendapat keizinan drp SaidiNa Ali r.a. Setibanya Fatimah di rumah wanita tersebut, beliau begitu terperanjat krn wanita itu tidak membenarkan ia masuk ke rumahnya krn ia belum meminta izin dari suaminya yg pergi bekerja. Dengan perasaan tenang Fatimah pulang setelah dinasihatkan supaya dtg keesoknya krn dia akan meminta kebenaran dari suaminya membenarkan Fatimah masuk ke rumah sekiranya diberi izin oleh suaminya.
Pada keesokan harinya, Fatimah datang lagi tetapi kali ini bersama dua org anaknya Hasan dan Husin. Entah kenapa tergerak hatinya utk membawa anaknya. Sekali lg dia terperanjat krn wanita itu menolak kedatangannya. Kata wanita itu,
“Saya hanya diberi izin oleh suami saya utk puan seorg sahaja, sdgkan bersama puan ada 2 org lg yg belum diizinkan suami saya”. Wanita itu memohon berbyk-byk maaf krn x dpt membenarkan Fatimah dan 2 org anaknya masuk ke rumah. Terpaksalah Fatimah pulang sekali lg dgn perasaan terharu melihat kejujuran wanita itu menjaga amanah suaminya lebih2 lg amanah Allah yg menyuruh taat kpd suami.
Pada kali ke-3 kedatangan Fatimah disambut dgn baik oleh wanita itu dan tidak putus2 meminta maaf atas apa yg berlaku, ia berkata:
“Sesungguhnya saya sekali-kali tidak pernah melanggar perintah suami saya”.
Dia melayan Fatimah dgn sebaik-baiknya, menyediakan hidangan yg termampu olehnya. Senyum ramah menjadi perhiasan hidupnya. Walaupun dia miskin harta tetapi kaya dgn budi bahasa, sopan santun dan berakhlak. Kata-katanya lembut dan tidak gopoh. Rumahnya teratur, bersih dan kemas, mmg sedap dipandang walaupun tiada perabot mewah dan barang2 antik.
Setelah hari hampir petang, wanita itu meminta izin drp Fatimah utk melakukan sesuatu. Beliau meminta izin ke dapur dan menyediakan segelas air, sepiring makanan dan sebatang tongkat dan diletakkan di tepi dinding berhampiran dgn muka pintu. Setelah itu ia masuk ke dlm bilik, Fatimah hanya memerhatikan saja tingkah lakunya. Tidak lama kemudian ia keluar dri bilik dgn pakaian yg cntik, rambut diandam serta wajahnya berseri-seri disertai dgn bau yg amat harum. Ia kemudian pergi ke ambang pintu dan berdiri seolah-olah menanti seorang tetamu yg akan tiba. Sedikit pun dia tidak menghiraukan tetamunya yg ada di dlm rumahnya yg memerhatikan gelagatnya. Fatimah hairan melihat gelagat perempuan itu lalu bertanya:
“Mengapa puan berkeadaan yg agak aneh ini?’”.
“Saya sebenarnya sedang menanti kepulangan suami saya. Biasanya disaat inilah ia pulang dr bekerja,” jawabnya kepada Fatimah yg masih dlm kebingungan.
“Apa pula kaitan dgn air dan makanan serta tongkat yg puan letakkan di tepi dinding itu,” tanya Fatimah lagi.
“Air ini disediakan kalau dia dahaga, terus sahaja saya berikan tanpa saya membuang masa pergi ke dapur dan suami saya tidak lg tertunggu-tggu. Makanan ini saya sediakan kalau suami saya lapar. Dan tongkat ini disediakan kalau saya didapati bersalah oleh suami saya, akan saya suruh ia pukul sebagai denda di atas kesalahan saya.”
Fahamlah Fatimah, seterusnya ia bertanya lagi. Mengapa pula puan bersolek dan berpakaian yg sgguh ghairah setelah itu pergi ke tepi pintu dan mengangkat kain pada hal menampakkan aurat adalah haram?
“Saya berbuat demikian adalah semata-mata utk suami saya. Kalau ia melihat saya berkeadaan begini di waktu ia berkeinginan maka mudahlah ia menyampaikan maksudnya,” jelas wanita tersebut.
Kini fahamlah dia, itu rupanya amalan yg dilakukan oleh wanita itu yg mendapat kemuliaan dari Rasulullah. Sebenarnya, sememangnya Fatimah adalah seorang wanita yg paling mulia di dunia. Beliau akan menjadi ratu di syurga nanti. Manakala wanita yg tersebut dlm kisah ini akan menjadi pengiringnya. Beliau yg mula-mula masuk ke syurga krn beliau ditugaskan utk menjadi penarik tali kuda Fatimah. Jadi dgn demikian beliaulah mula-mula masuk ke syurga. Inilah sebenarnya yg dimaksudkan oleh Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud:
“Wahai anakku Fatimah, perempuan manapun yg beribadah spt ibadah Siti Maryam bin Amran, tetapi tidak diredhai oleh suaminya, maka Allah tidak akan menerima ibadahnya”.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
“Seorang wanita yg solehah itu lebih baik dari seribu lelaki yg tidak soleh”.
~Subhanallah..
Interview vs Reporting
"Fara, ada terima surat dari UiTM tak?", suara sahabatku Mira kedengaran separuh menjerit di hujung talian.
"Surat dari UiTM? Surat apa Mira?", tanyaku seakan bingung.
"Surat interview untuk sambung master.", tambah Mira lagi.
"Ntah la Mira, aku belum check post box lagi. Kau ada dapat ke?", tanyaku lagi.
"Sebab aku dapat la aku tanya. Pergi check post box kau cepat. Nanti sms aku balik. Beritahu dapat ataupun tak ye. Interview tu dah la hari Isnin ni. Tapi kan fara, Isnin ni bukan ke first day kau start keje kat tempat baru?", panjang lebar penerangan Mira.
"Hah..apa?! Isnin ni Mira?! MasyaAllah. Macam mana ni? Ok ok. Aku check post box dulu. Nanti apa-apa hal aku call kau balik ye Mira.", kataku mengakhiri perbualan.
"Biar betul hari Isnin. Mati lah aku. Kenapa la hari Isnin. Sepanjang aku cuti dekat sebulan itu hari takde la pulak UiTM ni nak wat interview. Haih..", omelku pada Ayen yg kebetulan menemani ku utk makan malam. Sepulangnya ke rumah, dengan segera aku mengintai peti suratku yg berhabuk itu. Benar ada surat. Tepat sekali dari UiTM. Sah, temuduga tersebut akan dijalankan pada hari Isnin ini, 19 Oktober 2010. Subhanallah.. Pening kepalaku dibuatnya. Benar kata Mira. Isnin ni la reporting day aku kat tempat baru, Isnin ni jugak la interview MBA tu. Dugaan, dugaan.. Menyambung pengajian ke peringkat sarjana sememangnya adalah cita-citaku dan ianya amat penting buatku. Aku tak nak tertangguh lagi. Hal inilah yg mendorongku utk meninggalkan tempat kerja lama kerana mana bisa aku menyambung pengajianku jika berkerja syif. Hmm..nampaknya aku harus juga menghubungi majikan baru ku mohon pengecualian utk melapor diri pada hari Isnin ni. Kalau mereka tidak benarkan, nampaknya terpaksalah aku melepaskan jawatan tersebut dan berusaha mencari pekerjaan lain. Namun utk menangguhkan pengajian lagi, tidak sekali. InsyaAllah niat yg baik akan diberkati. "Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Amin.."
Friday, October 15, 2010
Erti Cinta by Maya Karin
Petang-petang gini tengah-tengah kita merehatkan diri, minum teh sambil cicah biskut jagung, elok kita damaikan telinga mendengar sesuatu yg sweet.. Terima kasih pd 'teman' yg mendedikasikan lagu ini.. Lucu bila ingat blk. :)
Supper @ William's
Kalian pernah pergi William's tak? Kat Kelana Jaya punye? Kalau kalian pernah pergi, ape yg kalian suka makan? Sy tak pernah pegi pon. This is my very first time! Tu pun di bawa oleh Cik Dona dan Cik Yati. Pepagi buto plak tu. Jam 1 pagi.. Huhu..sangat tidak bagus corak pemakanan yg sebegitu! Boleh menyumbang ke arah kenaikan pound sterling. Asalnya kami mahu ke Murni di SS2. Tp Murni tutup plak. Naseb ada William's sbg option. Kalo tak sia2 je. Jauh plak tu dari pandan nak ke KJ. Tapi sgt berbaloi tau makan kat William's ni. Walaupun kedainye ala-ala warung mamak tepi jalan biasa, tapi makanan dia bole tahan sedap! Portion besar plak tu. Ice blended dia pon terbaek dr ladang. Pendek kata berbaloi-baloi. Kalo ase-ase macam tak berapa nak lapar, dinasihatkan utk tidak order byk. Nanti tak habis, membazir. Tak baik membazir tau. Membazir itu amalan syaitan.. Burpp~ Alhamdulillah. Kenyang..
Kami order:
1. Chicken Kip RM20.00
2. Meatball Marinara RM15.00
3. Ice blended Mango Lychee RM4.00
4. Ice blended Mango Nata de Coco RM4.00
5. Ice blended Avocado Stoberi RM6.00
5. Ice blended Avocado Stoberi RM6.00
Ice blended from left: Mango Lychee, Avocado Stoberi (sy punye! terbaik weh. highly recommended!), Mango Nata de Coco.
Yg ini ialah Chicken Kip. Sedapp giler okeh! Dalam ayam ni ade cheese (mcm Chicken Cordon Bleu yg kita mkn kt Secret Recipe tu). Then siders dia ialah mashed potato and fried pita. Topped with mushroom marinara sauce!
Kulit Baru!
Pagi tadi sy menemani sahabat sy, Ruby ke Low Yat. Laptopnya rosak. Pagi-pagi lagi dia sudah menelefon sy dlm nada tergesa-gesa. Seperti cacing kepanasan pun ade. Dah kalau namanya student, di tambah lagi dgn due submission assignment yg tinggal beberapa hari je lg, sebarang masalah yg timbul dari gajet tersebut bisa memberikan impak emosi yg besar kpd mereka. Sian Ruby.. sanggup pulak dia amek cuti dek krn itu. Hujung tahun ni sy pun pasti begitu juga! *cett, perasan. macam la dah dapat offer!* Mudah-mudahan InsyaAllah. Dalam hati dah meronta-ronta. Hai lah MBA...
Ok. Setelah minggle around mencari penyelesaian ke atas gajet si Ruby, sy suggest padanya utk me'make-up'kan sikit lappy nyer itu. Baru la semangat nak buat assigment tu itu lebeh! Jadi, utk itu, kami pun bertindak mencari 'kulit' lappy yg baru. Comel-comel. Suddenly teringatkan 'cinta hati' sy di rumah. Mahu make up kan nya juga lah. Ahaks.. Lalu sy sendiri pun mencarinya satu utk cinta hati sy itu dan..
Taraaa!!
Cinta hati sy telah berwajah baru! comel kan?!
Siap di tambahkan dgn batu Swarozski lagi.. Jangan jeles Ruby.. ahaks!
Subscribe to:
Posts (Atom)





