Monday, November 1, 2010

Jodoh

Artikel ini diambil dari page seorang teman. Sekadar utk share. Jujurnya dalam hati ni sememangnya terasa sangat. Seolah terkena batang hidung sendiri.

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semula. Akhirnya ia dibuang.

 Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi. Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya. Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan. Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL..

Rasa macam nak call je bekas tunang sekarang ni. Tak pasti utk memohon maaf buat kali yg ke berapa. Tapi sy tahu dia masih terluka. Semoga Allah melindunginya..


Sunday, October 31, 2010

Cukuplah Allah Bagiku

Sy sgt suka kisah ini. Ia sangat menyedarkan sy bahawa cukuplah sekadar kita bergantungan kepada Allah dalam setiap urusan kita. Moga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.
 
Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'. Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya, kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya.

"Anak siapa wahai anakku?" anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata, "Wahai pak cik, saya seoranag anak yatim piatu."

Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata, "Mahukah kamu menjadi anak angkatku?" 

Anak kecil itu berkata, "Apakah jika aku lapar engakau akan memberiku makanan?" Orang itu menjawab "Ya!!"

Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku
pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan, "Ya!!"

Anak kecil itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab, "Wahai anakku,aku tidak dapat melakukan itu"

Anak kecil itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala. "Aku juga tidak sanggup"


Akhirnya anak itu berkata, "Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat ku inginkan akan mengampuni keslahanku pada hari kiamat" (Surah As-Syu'ra:Ayat 78-82)

Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata, "Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa bertwakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya."

Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungannya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah. Dia merasakan cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal. Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sndiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni, esok dan seterusnya?



Duhai Hati, Janganlah Terkorban Dengan Dunia

Let's share
Courtesy from iluvislam.com

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah? Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi? Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati. Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita? Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja? Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah? Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...



Pengapit Ni Bila Lagi?!


Kahwin.. Satu topik yg amat sensitif bagi sy. Bet to all folks out there yg belum berumah tangga too. At the age of 26 now, siapa yg tak nak kahwin, married, nikah atau berumah tangga betul tak? Especially for those yg sudah punya partner, tunang, couple, boyfriend, girlfriend semua tu kan.. Dalam hati sure dah meronta-ronta dan dah ada macam-macam perancangan. Preparations sana sini. Time-time ni la semua benda serba tak kena. Masa yg sikit punya panjang pun rasa macam tak cukup. Itu buat yg dah di 'booking' atau yg 'tunggu masa'. Yang belum berpunya, takde boyfriend, girlfriend, atau dalam kata yg lebih sedih, takde siapa yg nak tu lagi la kan? Sure lagi hebat rasa resah gelisah dlm jiwa masing-masing. Maklum la, umur dah makin meningkat tapi in a relationship pun belum. Haihh..

Begitu la juga apa yg sy rasa. Last Saturday, 30 Oct 2010 sy diberi penghargaan utk menjadi pengapit a.k.a bridesmen orang buat kali yg ke 7. Kali ni for my housemate at UMT dulu. Ma namanye. Ntah apa la yg ada pd sy ni yg sahabat-sahabat sy ni dok suka sgt suruh sy jd pengapit. Apapun, terima kasih la buat semua yg mempercayai sy. Sy tahu ianya satu amanah besar dr si pengantin. =)

Memang best perasaannya jadi pengapit ni. Dapat kain free (sponsored by pengantin), makan sesama pengantin di meja beradab dan dapat enterframe lebih dalam gambar. Hahaha.. Tapi yg paling tak bestnye ialah bilamana si pengapit diajukan soalan cepumas. "Ni pengapitnya bila lagi? Pengantinnya dah sudah..". Buat si pengantin yg kebanyakannya tahu status si pengapit tetapi tidak tahu akan perkara sebenar akan menjawab, "Owh..dia dah tunang dah. Tak lama lagi tu." Si pengapit dgn tenang dan tersimpul malu akan menjawab persis statement artist, "InsyaAllah. Bila tiba masanya. Doakan ye."

Haih.. dalam kes sy, tak ikhlas sebenarnya jawapan yg sy berikan. Mmg betul tak ikhlas. Rasa macam nak beritahu je semua org akan hal sebenar. "Pelamin anganku musnah makcik.." Tapi, demi tidak mahu merosakkan mood majlis, itu lah jawapan yg terbaik yg boleh sy beri. Apapun mmg betul, semua tu ketentuan Allah. InsyaAllah ada jodoh, kahwin la sy. Bukan sy tidak pernah merancang, namun soal jodoh, Dia Yg Maha Menentukan segalanya. Sy tetap sabar dan redha. 

Haih Fara, rasanya kalau tak mahu ditanya macam-macam lg, buat-buat bersara la dr dunia pengapit ni ye. Hee~ Ok la. Tak mahu rosakkan mood. Let's check it out d pictures..

Saat lafaz sakinah.. Jojo rileks je. Syabas Jo!
Alhamdulillah. Halal sudah.
Ecece.. Jeling menjeling..
Masa utk bersanding & menepung tawar
 

Mainan Hati

Kau hadir kembali. 
Kembali menagih cinta mu yg dulu. 
Kau begitu setia. 
Sesetia pantai yg dipukul ombak.
Tetap di situ walau badai dtg menjelma.

Kau tulus.
Tak dinafikan kau pernah mengusik hati ini.
Pernah bertahkta seketika.
Kala hatiku dilanda gelora.

Kau beriku harapan. 
Juga sebuah janji.
Janji utk setia menanti.
Selagi aku belum sah dimiliki.

Kini kau kembali.
Tepat. Saat hatiku rapuh.
Aku resah.
Bimbang hatiku kembali disembuh.
Dan aku kembali lentur.

Ya Rabb.
Aku takut. Aku keliru. 
Bersungguhnya dia hingga menghadapMu di Tanah Suci. 
Bertemunya kami kembali atas kudratMu.
Andai benar ini ketentuanMu.
Aku pasrah. 
Aku redha.

Satu pintaku Tuhan.
Agar tiada lagi mainan hati.
Selepas ketetapan ini nanti kau beri.
Kerna cinta itu anugerahMu.
Anugerah terindah buat sepasang hati.
Aminn.

Friday, October 29, 2010

Happy 26th Birthday Ecah!

It's Ecah's 26th Birthday Bash! ..and together with her hubby, we managed to make a surprise for her! Glad to see her happy faces. Let's check it out!~

 Date: 23rd October 2010
Time: 9.30 pm
Venue: Renjana Condominium, Taman Dagang Jaya, Ampang
Theme: Red & Black

Rancangan Birthday Bash Ecah ini originally adalah ide sy. Sengaja sy pilih utk buat surprise buat Ecah krn rasanya dah 2 tahun kami tak dapat menyambut hari lahirnya bersama semenjak dia berkahwin. Tahun lepas bila kami nak sambut, dia da admited dah sbb nak bersalin. Alhamdulillah, rezeki dia tahun ini. :)

 Ecah's Birthday Cake.. Her favourite Chocolate Indulgence. 
With love from us and her hubby.

Sambutan hari lahir ecah kali ini mendapat full co-operation dari hubbynya, Syed. Thanks Syed! U've been a great actor. Rancangan awal sambutan adalah konon-kononnya Syed perlu memberitahu Ecah bahawa dia mahu membawa Ecah makan malam sempena hari lahirnya. Sementara Ecah bersiap, Syed akan turun ke bawah sebentar utk berjumpa jirannya (tapi sebenarnya berjumpa dgn kami dan naik semula bersama-sama ke rumahnya dalam jam 9.00 malam). Malangnya sehingga jam 9.00 malam, jemaah terakhir yakni Bebear masih lg belum tiba. Resah kami dibuatnya sehingga tiba-tiba Ecah menghubungi Syed bertanyakan mengapakah dia berjumpa dgn kawan sebegitu lama. Syed yg ketika itu juga sudah panik dgn segera naik semula ke atas. Rancangan ditukar. Syed memberitahu Ecah kononnya dia mahu ke tandas sebentar. 

 Tema adalah merah & hitam. Kek, hidangan dan hadiah 
juga berwarna merah. Kebetulan!

Org kuat ni merangkap dalang terbesar disebalik
rancangan sambutan. Terima kasih Syed!

5 min kemudian Bebear tiba dan kami segera naik ke rumah Ecah dan menyalakan lilin dlm kadar segera. Usai lilin dipasang, kami segera menghubungi Syed menyuruhnya membuka pintu. Sebaik pintu dibuka, rupa-rupanya kali ni giliran Ecah pula ke tandas. Hai..macam-macam. Kami masuk dan menunggu di ruang tamu dengan sabar sambil memegang kek yg mana lilinnya makin mencair. Sebentar kemudian, Ecah keluar dari bilik air dan..

 SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ECAH!!

"Wei..ape ni?!" kata Ecah dalam nada terkejut.

 Jelas kelihatan Ecah masih terkejut dgn surprise ini.. 

Kami bersama dgn birthday mommy ini.

Ecah sangat gembira dgn cara sambutan hari lahirnya kali ini dan tak putus-putus mengucapkan terima kasih pada kami. Kami juga begitu. Disebalik sambutan hari lahirnya, jauh di sudut hati sy memanjatkan kesyukuran yg tidak terhingga kepada Allah SWT atas nikmat persahabatan yg dikurniakanNya pd kami. Sungguhpun status Ecah dan kami telah berbeza, namun itu tidak menghalang kami untuk terus bersahabat. Semoga ianya berkekalan selamanya. "Selamat Hari Lahir Ecah. Semoga dirimu dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu. Amin.. Kami sygkan kamu Ecah!" :)

 Kartu comel

 BFF forever! Semoga persahabatan kita diredhai & kekal selamanya.

Thursday, October 28, 2010

Kisah YBB di sebuah Parlimen Nasi Kandar

Al-kisah, pada satu malam yg agak-agak sejuk hingga menyebabkan krisis kelaparan negara, sy telah bertemu dengan 2 orang ahli dewan undangan negeri sy yakni YBB (Yg Byk Bunyik) Zai Sasai dan YBB (Yg Byk Bantah) Piton Pitbull di sebuah Parlimen nasi kandar kegemaran kami iaitu Restoran Kedah bagi membentangkan Bajet Majlis Sambutan Hari Lahir seorang lagi ahli dewan kami yakni YBB (Yg Bertambah Boncet) Ecah Si Mak Buyung. 

Selesai kami bersidang dan menggulung apa-apa yg patut tanpa kehadiran YBB (Yg Bz Bebenor) Fuang Bebearon, juga dalam keadaan mulut yg sedang rancak nyot nyet mengunyah jamuan masing-masing, tetiba di kepala sy teringatkan akan Rancangan Malaysia ke-26 kami berkenaan dgn Program Cuti-Cuti Cinta yg mungkin dilaksanakan lewat akhir tahun ini. Setelah mengambil kira pelbagai faktor-faktor ekonomi, politik dan sosial, gulungan yg berjaya dibuat adalah seperti berikut:


1. Pangkor, Perak
Ada potensi utk kesana since sy yakni YBB (Yg Baik Beautiful) Fara Comel sudah begitu expert dgn jalan menuju ke sana.. *konfiden itu penting!*
Keputusan: Dalam pertimbangan.

2. Terengganu
Satu lagi area of expertise sy yakni YBB Fara Comel lantaran pernah mengaji disana. Pun begitu, malangnya disaat akhir, ide ini ditolak lantaran terlalu jauh, bisa melibatkan kos yg byk (masing-masing tak sempat nak kumpul).
Keputusan: Ditolak mentah-mentah. 

3. Penang
Pernah dilawati bersama-sama oleh 3 YBB lain selain sy juga YBB Ecah Si Mak Buyung. Manjadi lokasi kegemaran 3 YBB tersebut lantaran di negeri ini mereka dapat menikmati rojak passembor smpi 20 hengget! *mencekik je tau!*
Keputusan: Dalam pertimbangan. 

4. Langkawi
Semua ahli sgt teringin tetapi ide ini tidak relevan krn teramat sgt lah melibatkan kos yg tinggi! Tambahan pula tabungan ahli semuanya berada pd tahap inflasi.
Keputusan: Ditolak mentah-mentah.  

5. Perlis
Mak aih jauhnya! 
Keputusan: Ditolak mentah-mentah.   

6. Johor
Berhajat mahu shopping kain di Tangkak serta menghilangkan kejakunan YBB Piton Pitbull dgn melawat Danga Bay, JB.
Keputusan: Dalam pertimbangan. 

7. Cameron Highland
Owh yg ini adalah lokasi feveret kami. Cuaca ala-ala sejuk-sejuk bedi, panas plak suam-suam kuku. Tempat nk snap-snap pics pun mmg byk. Dulu masa kami pergi ade bajet hotel sebilik ada 2 katil besar baru rm88.00.
Keputusan: Dalam pertimbangan.

8. Bukit Tinggi 
Haa..yg ni silap sebenarnye ni. Yg ni sememangnye akan pergi 6hb November ni. yeay~ can't wait!
Keputusan: Mmg akan pergi.

9. Genting Highland 
Had ni mmg da lama bebenor teringin nk pergi. Yet still tak pergi2 jugak. Last sekali pergi masa darjah 2. Sedeh! Tp YBB Zai Sasai ckp on d way blk dr Bukit Tinggi nnt bole la singgah sana kalo sempat. yeay lagi~
Keputusan: Dalam pertimbangan.

10. Kelantan

Sama seperti Terengganu. ide ini ditolak lantaran terlalu jauh, bisa melibatkan kos yg byk (masing-masing tak sempat nak kumpul). Akan terpaksa pergi jika tiba-tiba YBB Piton Pitbull berkawen dgn Memeh tahun ini. hahahaha~
Keputusan: Ditolak mentah-mentah. 

11. Sarawak dan 12. Sabah
Abaikan. Itu sebabnya dah dipangkah siang-siang. Sgt tak relevan utk dilaksanakan tahun ni. Beli tiket last minute je mau makan ratus-ratus.
Keputusan: Ditolak mentah-mentah. 

13. Melaka
Yg ni mmg tak bole bla. Kerap nau gi melaka nyer. Dah mcm sebelah rumah dah. Sampai dah tahap muak! Jadi..
Keputusan: Ditolak mentah-mentah. 

14. Seri Menanti

Ni ide YBB Zai Sasai. Ntah sejak bila plak la dia jadi seorang pencinta sejarah. Teringin nak tengok istana lama katanya. Layankan aje la..
Keputusan: Dalam pertimbangan.

Ok. Ok. Selesai bersidang isu Program Cuti-Cuti Cinta, timbul pulak isu yg lebih menyayat hati.. Aku teringin Nak Makan.. Sedih nau bunyi nye kan. YBB Zai Sasai ni la yg selalu ngan ayat sedih dia ni. Tak padan ngn badan yg da semakin membulat. Hai..tekak bila dah dilayan dgn nafsu, segala benda nak makan. Amboi sedap je ngata org, kau pun sama fara.. Huhu.. Baiklah mari lihat gulungannya..



1. Steamboat MAEPS
Teringin nak makan steamboat ni sebabnya ade kisah disebaliknya yg mana pada satu hari tu tekak sy terasa kepingin sgt nak makan steamboat. Jadi sy pun mengajak la jemaah YBB-YBB ni semua utk mencuba cawangan baru Flamming Steamboat ni di Danau Kota. Sebaik sahaja sy masuk ke dalam kereta, si YBB Zai Sasai yg bijak bestari ni tiba-tiba mahu mengubah haluan dgn mengajak kami ke Steamboat MAEPS di Serdang. Jenuh gaduh dgn YBB yg sorang sbb dia insist jugak nak kesana. Lalu sy yg baik ni pun beralah la walhal jam ketika itu hampir menunjukkan ke angka 10 malam. Sesampai je di sekitar MAEPS tu lebih kurang jam 10.30, tak semena-mena si YBB Zai Sasai ni berterus-terang dgn wajah yg tanpa rasa bersalah mengatakan yg dia sebenarnya tak pasti pun lokasi kedai steamboat itu di mana. Boleh tak?! Dengan segera beliau menghubungi rakannya utk bertanyakan lokasi yg sebenar. Tahu apa kata kawannya? "Kedai tu bukak sampai pukul 10.30 malam je.." Sy yg bagaikan singa lapar ketika itu rasa macam nak sekeh-sekeh, tempeleng-tempeleng dan belasah-belasah je beliau on d spot. Geramm! Sudahnya steamboat ntah kemana, tempat yg dituju akhirnya ke Parlimen Nasi Kandar Kedah ni juga. grrrr~ 

2. Restoran di Bangi

Yg ini YBB Piton Pitbull ni punya ide. Ide ni tercetus sebaik sahaja mendapat tahu bahawa kedai steamboat MAEPS tersebut telah pun di tutup operasinya pd hari yg sama. Tapi yg lagi buat sy rasa nak sembelih beliau adalah bila ditanya kedai tu kat mana, beliau boleh jawab, "Ntah doh. Tak tau ar kedai tu kat mana. Yg aku tau kat Bangi je.." Adoyai. Lagi sy rasa mcm nak bunuh je kedua-dua YBB ni. Geramm!! 

3. Restoran Makanan Arab di Cyberjaya
YBB Zai Sasai yg teringin ni..gara-gara tak sudah-sudah mendengar cerita dongeng dr ofismate dia ttg keenakan makanan arab ni.. 

4. Seafood Terminal Bangsar
Haa..yg ni sy yg betul-betul teringin! Dari bulan puasa tahun lepas lagi. Semenjak usaha sy menjejaki restoran ini di Bukit Antarabangsa menemui kegagalan. Rupa-rupanya dah berpindah ke Bangsar restoran ni. Makan kat sini best giler. For RM39.00++, kita boleh enjoy any seafood e.g Ikan. Semua jenis ikan ada. Kerapu, siakap, bawal, kembong. Nak masak ape? Cakap je, nnti org tu akan masak. Then makan la sampai kenyang. Jadi, harus pergi! 

5. Brothers, Damansara
I've no idea on this. Yg ni YBB Zai Sasai yg teringin nak pergi. Apa yg menarik kat tempat ni pun sy tak tahu. 

6. Nasi Kandar Kedah
Abaikan. Ni la lokasi persidangan ini dijalankan. 

7. Pasemboq Penang
Mengikut YBB Zai Sasai, ada kemungkinan yg teringin utk menikmati pasemboq ini adalah YBB Beberon kerana beliau pernah membayar amaun sebanyak RM20 semata-mata utk menikmati pasemboq ini. Wallahualam. 

8. Ikan Bakar, Umbai, Melaka
Hahaha..walaupun in the first place tadi ada mention yg kami sudah muak utk ke Melaka namun jika ke sana semata-mata utk menikmati ikan bakarnya, kami sanggup! Sebabnya, walaupun dah beberapa kali ke sana, namun tak pernah sekali pun kami bersama-sama menikmati keenakan ikan bakarnya. 

9. Buffet Durian SS2 dan Williams, Kelana Jaya
D first person who introduce me to this buffet durian was my darling Erni Isfahani. Ingat lagi, first time datang sini adalah bersama dgn cik Maryam. Sakan makan durian masa tu. Punya teruja nak makan sbb buffet. Bayar RM10 then makan la sampai kenyang. Sy mmg hantu durian. Begitu juga dgn YBB-YBB yg lain except for YBB Zai Sasai yg bole la layan tp tak la segila YBB Piton Pitbull. Williams tu ala-ala Murni. Selalu sgt dah makan. Just tak pernah bawa YBB-YBB ni pergi je. 

10. Manhattan Fish Market
Sedaaaaaaaaappnye kalau dapat makan Clamp Chowder with garlic sauce dia.. Haih. Kali terakhir kami makan bersama-sama ialah pada tahun lepas ketika menyambut Hari Lahir YBB yg lahir pd bulan November. *benci! sgt jimat kos!* Nak pergi lagi~!



 

I'm back!

Hai semua! Sy suda kembali. It's been a while nampaknye sy tak meng'update' tinta si kuma kuma sy ini. Huhu.. Mahu tahu mengapa? Sy adalah demam.. 3 hari sy demam bermula dr 23/10-25/10. Kasihan kan? Tapi Alhamdulillah.. sekarang sy sudah sihat. Terima kasih yg tak terhingga buat sygku Ayen juga Mira kerana telah menemani sy utk satu malam dan membekalkan ubat-ubatan buat sy. Syg kalian sgt-sgt! Muah~

Sepanjang 'kehilangan' sy ni actually byk juga aktiviti yg kalau diikutkan boleh sy kongsikan. Huhu..ini lah sy, walau demam macam mana sekalipun, pastinya tak reti nak duduk diam! Jom ikut sy baca entri-entri sy yg lain. Weee~

Thursday, October 21, 2010

Romantika Owh Romantika!

Have u ever been to Romantika? It's kinda shop for ur English style deco..and of cos it's one of my favourite spot too. Kedai ni ala-ala KK Home Deco Mart. Tapi if I were to compare, I strongly suggest for Romantika. Their prices are much more cheaper than KK ones. Geramnye tengok all those decos! Walau tak dapat beli semua, cuci mata pun jadi la. I always dream to have an english style deco in my apartment. At the moment, belom lagi la.. But I'll try to deco em little by little. So far my room dah ala-ala dah kot. Hahaha.. 

I went here today with Zai & Shyza. Saje nak tengok2 outlet baru kedai ni after they moved from the one near Ampang Point to Galaxy Ampang. Giler besar okeh outlet baru ni. Almost as big as the one yg kat Metro Point, Kajang tu. Seriously, memang rambang mata. All those deco adalah sangat cantik and at very affordable prices too! If I were to have at least RM1k on my hand just now, memang confirm lebur. Ish, ish.. Fara, Fara.. Control your spending habits. Nafsu tu. MasyaAllah.. Ok la, nak cerita panjang pun tak guna, check this out & see it for yourself!

Romantika Home Deco
3rd Floor, Galaxy Ampang,
Ampang, Selangor 

 Mai pilih.. mai pilih.. Tea set rose kat sini sah cantik-cantik!

See dat price? Ni baru betul, 'Let our price do the talking!'

Kalian tgk la harga jam ni.. mana tak sy rambang mata? kat kedai lain tak dpt harga ni.. serious!
  
haha..this is the best thing..teddy sebesar ini u can get it at rm78.00 only! how i wish to have it as my bday prezzie..hehehe.. *blinking eyelashes*


My Very First Follower!

It's Ms.Zainariah then! Thank you darling for being my very first fan! Happy reading to u & do not hesitate to leave me any comments eh. 

To my sayang-sayang yg lain.. Sila-sila la jadi follower sy juga! I want all of u to be in the list.. U know who u are to me kan? Sokongan kalian sangat-sangat bermakna bagi sy & I'm very proud to have all of u! Keep supporting me darlings! Will wait for your comments eagerly. I really love u guys so much! Forever..