Saturday, November 20, 2010

HaPpy BiRthDay ZAiNaRiah!

It's 20th November today & it's my darling Zainariah's birthday! Zainariah is one of the bestest treasure that Allah ever gave to me. We get to know each other over the past 7 years during our schooldays in SMK Taman Tasik and since then we became so close macam adik beradik.. She's kinda talkative and a bit emotional type. Walau di luar dia nampak kerek but deep inside she's a very lovely and caring friend of mine. She's always there whenever I need her and never failed to include me in most of her activities even when she clearly knows that I'm not around.. *except bila dia dah balik rumah dia atau mandi la..hehe*. Life feels so incomplete without her. She's a good reporter undisputely. That's why every day she will at least call me once from her office..just to keep me update on what she faced and feels and also her current plans and activities. Seriously! *dats why if I failed to pickup her call, dia akan merajuk..adoii, kalah loving couple..* Itu pun sometimes boleh jadi issue utk gado-gado syg. Hehehe.. About secrets, we shared most of em together. Regardless whether it is something nice or bad things to be heard and of cos, our laugh and tears either.  

"HAPPY BIRTHDAY sayang! Sweet 26th. Sy doakan semoga kamu dirahmati Allah dgn kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman serta berbahagia selalu hendakNya. Sempena ulangtahun kelahiran kamu, I wanted u to know that u are among the most IMPORTANT person in my life! *instead of the another 3 mangkuk tingkats*. Kamu sahabat sy, dunia dan akhirat.. Sy syg kamu sangat-sangat Zai! Semoga persahabatan kita diredhai Allah dan kekal selamanya. Amin.." :)

Here's the Birthday Girl!

**Sahabat yg lain don't feel offended ya. Of cos each one of u has your own speciality to me.. Demi Allah, sy sayang semuanya. This is just one of my way to express my deepest gratitute to the people I care, cherish and love. :)

Let's cook: Ketam Masak Telur Masin!

Happy lunch hour semua! Tengahari-tengahari gini sure perut sume orang tengah berkeroncong kan? Anda semua dah lunch ke? Makan ape hari ni? Ok ok, talking about dishes, sy skrng ini adalah sgt teringin nak makan ketam.. *walaupun sebenarnya in d first place tak berapa gemar..* Ketam skrng ni dah la tengah mahal. Mahu sekilo dalam belas-belas ringgit. Keinginan ni semua gara-gara baru lepas membantu seorang sahabat ni mencari resepi 'Ketam Masak Telur Masin' ni. All this while kalau masak ketam selalunya resipi bercili, masak lemak, kari atau sweet sour. Tp yg ni nampak menarik! Chinese style. Terliur sgt. Nak cuba la nanti! On mama & papa's anniversary. Jom tgk resipinya.

Wuuu.. sedapnye nampak! nyum nyum~
Bahan-Bahan
 
Beberapa ekor ketam. Kalau besar, 4 ekor (apa-apa jenis pun bole)

7 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Potongan capsicum pelbagai warna (merah, hijau n kuning)
2 biji telur masin
2 sudu butter
1/2 tin susu cair
1/2 cwn stok ayam (kiub ayam pun bole kalau takde)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

 
Cara memasak

 
1. Bersihkan ketam dan goreng dlm minyak secara deep-fry. Asingkan bila sudah masak.

2. Panaskan butter. Tumis daun kari dan cili padi sehingga naik bau. kemudian masukkan capsicum.

3. Pecahkan telur masin dan lenyek bahagian kuning telur yang keras itu...kalau tak, nanti ia berketul-ketul.

4. Masukkan susu cair, telur masin serta stok ayam. Perasakan dengan gula dan garam.

5.Letakkan air dan biar sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ketam yang telah
digoreng. Biarkan seketika sehingga ketam dan kuah tadi mesra alam.

6.Masak sehingga kuah pekat dan kelihatan bersalut di dada ketam.

Ok..siap! Selamat mencuba! Nanti sy post resipi lain lagi ya! *ikut rasa teringin sy..* hehehe~

Friday, November 19, 2010

Tanda-tanda Hati Kita Keras!

Sukar melakukan amar maruf nahi munkar? Mungkin salah satu dari tanda berikut ada pada kita. Jom kita tengok!
 Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

**artikel diambil dari iluvislam.com

Wednesday, November 17, 2010

Triple Happiness.. :) :) :)

Salam semua! Malam ini adalah malam raya. Malam aidiladha yg penuh keberkatan..dan malam ini juga sebenarnya telah membawa tiga kali ganda kegembiraan buat sy! Alhamdulillah. Jom sy cerita..
 
At last..back home in Semenyih! About a month time rasanya dah tak balik. Since pakatan merajuk dgn mama perihal issue malas-nak-sebut dah tu.. Sy sampai rumah mama about 10.30 pm. Saing dgn nyanya. Cuak rasanya nak melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Macam mana la reaction mama agaknya. Marah lagi ke dia? Papa sy tahu dia tak ada. Sure dia pergi takbir raya punya. 

Setibanya di muka pintu, saya memberikan salam. Mama tengah tgk tv dgn adik rupanya. Mama pandang sy, ada segaris senyuman di wajahnya. Lega hati sy. Lantas sy segera bersalaman dgn mama dan mencium pipinya. Owh, rindunya pada mama.. Tp sy tahu mama lebih lagi merindui sy. Thank you Allah! Usai melepaskan rindu, sy terus ke bilik utk meletakkan bagasi. Terkejut sy sejurus membuka pintu bilik bila mana sy lihat ianya dlm keadaan kemas dan bersih. Cadar juga telah diganti baru. Rangka katil dan drawer yg tertanggal sisinya juga telah dibaiki. Seingat sy, sy meninggalkan bilik ini dulu dalam keadaan huru hara. Tilam terbogel, rak solek berhabuk *tanda protes kononnya*. Hmm..ini mesti kerja papa. Tetiba sy merasa sebak. Sungguh kedua ibu bapa sy ini sebenarnya sgt sayangkan sy walau bagaimana marah sekalipun mereka. Alangkah berdosanya sy. "Mama, papa..ila mintak maaf.." Apapun, syukur mrk sudah tidak marahkan sy lagi.. :)

Dats my mama.. Sgt syg padanya!
Selesai mandi dan isyak, sy duduk di ruang tamu belakang utk menonton tv. Tiba-tiba adik memberitahu sy yg dia berjaya mendapat tawaran dari UiTM utk menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam jurusan Pentadbiran Awam. Syukur Alhamdulillah. Gembira sungguh sy mendengarnya. Sememangnya itu minat adik dr sekolah. Segala subjek yg berkaitan dgn hafalan ni dia suka. Nampaknya sy dan adik sama-sama dapat melanjutkan pelajaran serentak di universiti yg sama walaupun pd peringkat yg berbeza. Patutlah mama nampak gembira je. Terima kasih Allah! Terima kasih di atas kurniaanMu.. InsyaAllah sy akan berusaha dgn tekun sekali supaya bisa menjadi inspirasi serta tauladan yg baik buat adik kesayangan sy itu. :)
Introducing..my lil brother bear. Comel kan? Ade sesape nk jadi adik ipar sy? Sila submit borang ye..

Jam 1.45 pagi, sy kembali ke bilik sesudah selesai menggosok baju..*maklumla, esok pagi nak raya..* Sebelum nak bertinta ni, sy berguling-guling sebentar di atas katil. Tup tup.. Sy menerima satu sms dari seorang sahabat yg telah berlaku sedikit salah faham di antara kami. Sungguh sy terkejut menerima sms drpdnya sbb slps isyak td ada juga terdetik dihati sy utk melakukan perkara yg sama. *malunya rasa bila mana sahabat sy itu terlebih dahulu memohon maaf..* Apapun sy sgt bersyukur! Kini kekeruhan itu telah dijernihkan kembali dan ukhuwah juga telah kembali bertaut. Alhamdulillah. Terima kasih sekali lg Ya Allah! Moga semakin bertambah kasih syg antara kami.. :)

Dats the triple happiness yg sy maksudkan. Alhamdulillah..terasa bahagia sangat malam ni. Mudah-mudahan kebahagiaan ini berpanjangan. :) Nampaknya sang pelangi sudah kembali menyemarakkan warnanya. Membawa pergi sang hujan dgn hikmahNya. Aminn~ Ok la. Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Tuesday, November 16, 2010

Tunangan Orang Tanpa Sedar?!

Satu artikel yg menarik utk dibaca. Tapi dalam masa yg sama meresahkan sy juga. A bit stress sbb belum officially putus dgn bekas tunangan sy sebelum ni. Tapi hati sudah mula dibukakan Allah utk org lain. Urghhh~ stress, stress.. Ya Allah tunjukkanlah sy jalan.. :'(

Percaya atau tidak, kita boleh ber'tunang' tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin tidak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku.."
"Kahwinlah dengan kita bila2.."

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
Lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Seseorang laki-laki tidak boleh meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya (orang lain sesama muslim) sebeulum laki-laki yang meminang terdahulu meninggalkannya (telah putus hubungan pertunangan), atau tunangan terdahulu itu mengizinkannya". (H.R. Bukhari)
 
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalannya ialah bila ibu bapa tiada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti tidak baligh lagi (baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh (tidak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haa..sure anda yg pernah melalui situasi di atas ternganga.. Ha ha, aiyok..tak tahu. Ok, ok..tutup mulut anda semua skrg. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Perlu rujuk pada pihak yg lebih arif sebenarnya. Susah-susah, tak payah la tunang-tunang ni. Nikah je terus..*sambil refer pd diri sendiri juga*. Hmm Fara..itu utk org lain. Utk kamu bagaimana? Adoyai..stress blk!

Biru Itu Baik!

Hi semua! Tika ini sy sedang bersahur.. Makan maggi je. Jadi lah rezeki sy utk hari ini. Nama pun bujang. Stok barang dapur pun tak byk *sy tak suka simpan stok lama-lama*. Lain la kalau sy duduk ngn mama. Sebut apa saja, semua ada. Apapun, syukur saja. :D 

Ok ok. Berhenti merepek di subuh pagi ini. Just nak umumkan di sini *dgn sebutan ala-ala press conference* as for temporary, skin Life of Si Kuma Kuma ditukarkan sementara ke warna biru! Sengaja mahukan a fresh new look. Dats why I choose to have it BLUE! Biru itu Baik..dan harapan sy semoga sy dan anda semua bisa sentiasa lebih baik dari yg sebelumnya. Again, this is just for temporary basis je tau. Later I'll switch back to PINK. Of cos pink will always be my all time favourite! Till then, have a pleasant day u ols~

La Tahzan Fara!

Ntah kenapa sejak dua menjak ni hati jadi fragile sangat. Cepat sgt tersentuh dgn segala macam hal. Kekuatan yg ada selama ini semacam berlari jauh dari diri. Perkara biasa dah jadi sensitif..dan sy pasti ia bukan disebabkan oleh PMS syndrome atau apa. Fara, fara..what had actually happen to u?!

Past two days, terasa hati dgn gurauan 'kawan baru'. Sudahnya semalam sy ignore msg dia dan tersound dia semasa chatting, "I guess u should learn how to understand women's feeling more..". Sudahnya hari ni the whole day dia tak online dan sms sy.. *walaupun dalam hati terasa rindu juga*. Sy tahu dia berniat utk sekadar bergurau, tapi ntah kenapa sy take it serious sy pun tak tahu. 'Kawan baru' ni pulak kinda straight, ckp main lepas je. Ikut suka dia. Semacam tak pandai menjaga hati. Sungguh sy tak faham dgn dia ni. Tak semena-mena, sy teringatkan bekas tunangan sy. Betapa jauh karakter 'kwn baru' ni dgn bekas tunangan sy dulu. Suddenly..I cried as I started to make comparisons between them. Sy tahu setiap hamba yg diciptakanNya punya karakter yg berbeza. 'Kwn baru' adalah 'kwn baru' dan si bekas tunang adalah si bekas tunang. Namun apa yg pasti, si dia sebenarnya yg Allah telah izinkan utk membuka pintu hati sy. Adoi..Istighfar Fara! Bersyukurlah! :'(

Tadi semasa duduk-duduk menonton tv, hati tersentuh dek rancangan Khabar Haji @ Astro Oasis. Tiba-tiba hati jadi sayu mengenangkan hajat yg pastinya tidak kesampaian pada Februari tahun depan. Dek kerana tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat MBA, sy terpaksa melepaskan niat utk mengerjakan umrah demi cita-cita ini dahulu. Sy pasti Allah mengerti apa yg terbenam di hati sy krn sesungguhnya menuntut ilmu itu juga merupakan satu ibadah. InsyaAllah, bila semua urusan pendaftaran pengajian telah selesai dan sy kembali dpt mengumpul simpanan sy, sy pasti akan ke sana! Itu azam sy Ya Allah.. Semoga bisa dipermudahkan.. *sejauh mana sy mahu sembunyikan perasaan ini, sy tetap sedih sebenarnya..* :'(

Satu demi satu dugaan datang menimpa. Kadang rasa tak larat nak harungi semuanya seorang diri. Nak bercerita pada mama dan papa, tak terdaya nak buka mulut. Takut mereka susah hati pula. Ya Allah, semoga sy terus tabah. La tahzan Fara, dugaan itu bukti Dia menyayangi dirimu. Mungkin juga ianya adalah kafarah dosa mu yg lalu. Astarghfirullahalazim.. "Ampunkan segala dosaku Ya Allah.. Juga dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku masih kecil.." :'(

Ok ok, hapuskanlah air mata mu Fara. Asyik nangis je. U go girl! Be strong! Yakinlah, ada pelangi indah yg bakal menantimu sesudah hujan ini nanti. Teruskan perjuangan! I love U myself..

**Sebenarnya dah post td. Right after first post, suddenly received an sms from him at 2.20 am, "Gudnite awk. Minta maaf ye smlm. Sweetdream. Take care." *huhu..hati kembali berbunga riang..senyum juga sampai ke telinga.* Ya Allah, Kau Maha Mendengar rintihan hati hambaMu. Terima kasih Tuhan! :')

 

Saturday, November 13, 2010

Al-Quran Miracle 15 in 1

Muhasabah diri sebentar.. Bilakah kali terakhir kita membaca kalam Allah? Minggu lepas? Bulan lepas? atau pun tahun lepas?! Sesuatu yg amat menyedihkan jika al-Quran yg sebetulnya harus kita amalkan pembacaannya hanya dipandang sepi atau dibiarkan berhabuk di atas almari. 

Mengapakah wujudnya rasa MALAS membaca al-Quran itu? Adakah kerana ketebalannya membuatkan kita rasa terbeban? Atau kita tidak punya cukup masa utk membacanya dek krn sibuk dgn urusan dunia? Atau mungkin juga kerana ketidak lancaran kita dalam mengalunkannya? Atau pun paling sedih, mungkin juga krn kita tidak langsung mengenal hurufnya? Walau apapun alasannya, semua itu ada penyelesaiannya jika kita nekad dan mahu mempelajari, memperbaiki atau menghidupkan amalannya. Tepuk dada tanya iman.. *Bak kata Ustaz Zamri dlm slot Fardhu Ain TV9*

Jgn risau kawan-kawan, insyaAllah di ruangan kali ini, ada sesuatu yg sy mahu kongsikan dgn kalian semua. Something good that will definetely help u to LOVE and enjoy reading al-Quran! Ever heard of Al-Quran Miracle 15 in 1? This Al-Quran 15 in 1 is not like an ordirary naskah yg normally kita ada. This is because naskah Al-Quran yg ini selain mempunyai tafsiran biasa, ianya juga mempunyai terjemahan utk setiap huruf, penekanan kepada tajwid, doa-doa yg terkandung di dlm Al-Quran serta sejarah Islam berserta petanya sekali. Jom kita lihat apakah intipati yg 15 itu..

Ini lah dia rupa bentuk al-Quran The Miracle 15 in 1 yg sy maksudkan. Naskah ini berkulit keras. Selain kulit berwarna perang kehitaman, ada juga yg berwarna merah.
Kelebihan 1: Dalam naskah al-Quran ini terdapat terjemahan per kata yg menampilkan erti setiap kata dalam al-Quran. Dgn ini ia dapat membimbing kita dalam mempelajari dan menguasai bahasa al-Quran.
Kelebihan 2: Terjemahan ayat menggunakan versi terbaru terjemah Al-Quran dari Departmen Agama Indonesia.
Kelebihan 3: Metode pewarnaan tajwid. Dengan keserdehanaan 4 jenis warna yg berbeza, memudahkan dalam aplikasi pembacaan dgn ilmu tajwid.
Kelebihan 4: Panduan Hukum Tajwid. Ianya diletakkan di setiap halaman bg mempermudahkan kita menyemak kembali aturan tajwid.
Kelebihan 5: Di sertakan bersama VCD Tutorial Sistem QRQ. Metode ini bisa mengajar kita kaedah melatunkan ayat al-Quran agar konsisten dalam pembacaan mad dan ghunnah.
Kelebihan 6: Tafsir al-Muyassar yakni menggunakan penafsiran bil ma'sur dgn memilih riwayat yg sahih.
Kelebihan 7: Asbabunnuzul. Penyusunan disusun berdasarkan lembar dari salah satu ayat atau beberapa ayat yg terkait. Ianya mengutamakan periwayatan yg lbh tepat dgn memperhatikan matan dari kandungan riwayat-riwayat tersebut.
Kelebihan 8: Al-Quran adalah kalam Allah yg bertindak sbg pedoman kpd manusia. Di dalamnya mengandungi doa-doa yg diajarkan secara langsung oleh Allah utk kita. Justeru Al-Quran The Miracle ini menandainya bagi membantu kita agar mudah mengamalkannya.
Kelebihan 9: Saqafah Islamiyah berisi penjelasan khusus mengenai ayat-ayat tentang ibadah, hukum-hukum, tanda-tanda kebesaran Allah, tempat bersejarah, tokoh dan wawasan keislaman.
Kelebihan 10: Indeks al-Quran Alfabetik. Susunan indeks menggunakan metode penyusunan kamus bahasa Indonesia.
Kelebihan 11: Atlas al-Quran. Atlas ini merupakan kumpulan peta atau tempat-tempat bersejarah yg disebutkan dalam al-Quran. Tujuan disertakan adalah bagi memberi gambaran mengenai kebenaran al-Quran.

Kelebihan 12: Kisah para nabi dalam al-Quran. Kisah-kisah penuh hikmah dalam al-Quran dijelaskan secara sederhana utk kemudahan kita.

Kelebihan 13: Zikir al-Ma'surat disertakan terpisah sbg suplemen bonus. Dilakarkan secara ekslusif utk kemudahan amalan zikir kita.
Kelebihan 14: Intisari ayat berisi penekanan penting salah satu ayat dari tiap halaman yg dibaca. 
Kelebihan 15: Links to related articles merupakan petunjuk utk mempelajari dgn lebih mendalam tema pembahasan dalam laman yg dibaca.
Haa.. Menarik bukan Al-Quran The Miracle 15 in 1 ni? InsyaAllah jika kita gigih berusaha dalam mempelajari kalam Allah ni, pasti Allah permudahkan segala urusan. Jika berminat, kalian boleh dapatkannya di kedai-kedai buku utama seperti Pustaka Mukmin atau Minerva di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di Wisma Yakin Jalan Masjid India pun ada. Harganya dalam RM180.00 sahaja. Tak luak pun jika kita guna kan sebahagian kecil dari pendapatan dunia ni untuk pelaburan akhirat kita. InsyaAllah barakah. Semoga kita sama-sama bisa menjadi penyambung generasi al-Quran di zaman moden ini ya. Aminn~
 

Friday, November 12, 2010

MBA ~a one step further..

Syukur Alhamdulillah. Impian sy untuk menggenggam segulung ijazah sarjana sebelum sy berumur 30 tahun nampaknya semakin jelas di mata. Hari ni keputusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UiTM diumumkan.. dan Alhamdulillah permohonan sy berjaya. Maka dgn ini bermulalah episod 'kesibukan' seorang yg bernama Fara. InsyaAllah kelas akan di mulakan pada bulan Januari ini. Syabas Fara, inilah yg kamu inginkan. Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin..

Master in Business Administration (MBA), itulah kursus yg bakal sy ambil. Saya ambil mod separuh masa je. Tak dapat la nak ambil full time. Siapa pulak nak contribute fund nyer nanti. Takpe, sy nekad to work on my own! Risau jugak ambil part time ni. Takut tak dpt nak catch up. Dengan kerjanya lagi yg kadang tak tentu masa baliknya.. Apapun sy berserah je pd Allah.. InsyaAllah Fara, u can do it! 

I always wanted to further my study up to the highest level. Instead of making it as a self satisfaction to myself, I also wanna make both my parents proud of me. I believe that this is one of the way that we as a child can do to make them feel worth in raising us up. Indeed it's true. My mom congratulate me happily right after i notify her on this. Mama, papa..this is for u. And of cos, it is another way for me to express my biggest THANK YOU to both of u.. =) Doakan sy ya semua!

"Syukur padaMu Ya Rabbul Izzati.. Ku pohon padaMu agar dipermudahkan segalanya. Terima kasih Tuhanku. Aminn.."


Thursday, November 11, 2010

s.k.e.m.a.?

Know what? Someone did comment dat I'm using kinda 'skema' words for my blog?! Sgt kicik ati tau. *sob sob* .In d first place, dia jgk yg sebok nak baca.. (Jgn marah ye org itu. Saja nak emosi manja sikit dgn kamu. Huhu..). Tapi takpe, sbg seorang blogger yg tegar, sy harus mengambil kritikan itu sbg cabaran. Apapun, sy tetap akan menggunakan bahasa-bahasa skema a.k.a novel ini dalam setiap tinta penulisan sy kerana itu adalah cara sy. Bukankah bahasa itu melambangkan peribadi dan jati diri sesorang. Nama pun 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Tak kiralah gaya bahasa bagaimana sekalipun yg kita gunakan asalkan mesej yg cuba disampaikan itu dapat diterima oleh audiens semua. Betul tak kawan-kawan..? =)