Friday, November 12, 2010

MBA ~a one step further..

Syukur Alhamdulillah. Impian sy untuk menggenggam segulung ijazah sarjana sebelum sy berumur 30 tahun nampaknya semakin jelas di mata. Hari ni keputusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UiTM diumumkan.. dan Alhamdulillah permohonan sy berjaya. Maka dgn ini bermulalah episod 'kesibukan' seorang yg bernama Fara. InsyaAllah kelas akan di mulakan pada bulan Januari ini. Syabas Fara, inilah yg kamu inginkan. Semoga segala urusan dipermudahkanNya. Amin..

Master in Business Administration (MBA), itulah kursus yg bakal sy ambil. Saya ambil mod separuh masa je. Tak dapat la nak ambil full time. Siapa pulak nak contribute fund nyer nanti. Takpe, sy nekad to work on my own! Risau jugak ambil part time ni. Takut tak dpt nak catch up. Dengan kerjanya lagi yg kadang tak tentu masa baliknya.. Apapun sy berserah je pd Allah.. InsyaAllah Fara, u can do it! 

I always wanted to further my study up to the highest level. Instead of making it as a self satisfaction to myself, I also wanna make both my parents proud of me. I believe that this is one of the way that we as a child can do to make them feel worth in raising us up. Indeed it's true. My mom congratulate me happily right after i notify her on this. Mama, papa..this is for u. And of cos, it is another way for me to express my biggest THANK YOU to both of u.. =) Doakan sy ya semua!

"Syukur padaMu Ya Rabbul Izzati.. Ku pohon padaMu agar dipermudahkan segalanya. Terima kasih Tuhanku. Aminn.."


Thursday, November 11, 2010

s.k.e.m.a.?

Know what? Someone did comment dat I'm using kinda 'skema' words for my blog?! Sgt kicik ati tau. *sob sob* .In d first place, dia jgk yg sebok nak baca.. (Jgn marah ye org itu. Saja nak emosi manja sikit dgn kamu. Huhu..). Tapi takpe, sbg seorang blogger yg tegar, sy harus mengambil kritikan itu sbg cabaran. Apapun, sy tetap akan menggunakan bahasa-bahasa skema a.k.a novel ini dalam setiap tinta penulisan sy kerana itu adalah cara sy. Bukankah bahasa itu melambangkan peribadi dan jati diri sesorang. Nama pun 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Tak kiralah gaya bahasa bagaimana sekalipun yg kita gunakan asalkan mesej yg cuba disampaikan itu dapat diterima oleh audiens semua. Betul tak kawan-kawan..? =)

Tuesday, November 9, 2010

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan. Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa. Ketika nabi Adam tinggal di syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan. Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."

Berkahwin Kerana Ibadah
Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.
Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali. Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah. Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh. Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah SAW. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku".

Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas. Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan. Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta Dan Kasih Sayang
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam. Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti. Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan. Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerna firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 :

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."

Tarbiyah Dan Pendidikan
Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali. Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa. Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga. Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti. Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung Al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya. Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan iman dan akhlak anak-anak mereka. Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang. Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 34 bermaksud:

Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan). Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.
Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang. Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali. Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak. Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri. Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.

Ibu Bapa Mithali
Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali. Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan. Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan Al-Quran yang betul. Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam. Keindahan perkahwinan Baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain. Kehadiran putera dan puteri serta cucu Baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah. Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.

Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.
Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan. Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya. Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan. Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan iman.

**Artikel ini diambil dari laman web www.iluvislam.com. Let's share!

Ikhlas

Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas :
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.
Khususul Nafs :
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
" Inilah masanya nak jadi popular. "
" Aku akan jadi terkenal. "
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket. "
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
" Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis. "
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
" Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis. "
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

**Artikel ini diambil dari laman web www.iluvislam.com. Let's share!

Monday, November 8, 2010

Adab Bersahabat

Sesuatu yg menarik utk dikongsi bersama. Semoga bisa menambahkan kasih sayang diantara kita. Buat sahabat yg sedia mengenali sy, terima kasih krn menerima sy seadanya. Sy sayang kamu semua! =)


Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri.

Antaranya ialah :-

1 . Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. Jika kita merasakan yg kita mungkin telah terlebih gurau, jgn pernah teragak utk memohon maaf.

2 . Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3 . Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya. Tetapi jika sahabat kita itu sendiri rela bercerita, dengarkan sahaja. Itu tandanya dia benar-benar memerlukan kita.

4 . Usah ditanya perihal perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya.

5 . Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6 . Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7 . Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8 . Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9 . Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
menyekat perhubungan dgn insan lain.

10 . Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11 . Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12 . Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.

Saturday, November 6, 2010

Broga Hills!

Do u like hiking? Me, I like it very much! One of my favourite spot for hiking will definetely be Broga Hills. Broga Hills letaknya di daerah Semenyih, Selangor. One of the good reason kenapa sy suka hiking di sini is because of the location which is about 10 mins away from my parent's residence in Bandar Tasik Kesuma. Today (5th Nov-Deepavali Public Hols) is my 8th time hiking there. I went there this time with my darling Zainariah. Only two of us..*coz she insisted as this is her very first time!*. We woke up quite early today. Somewhere at 5.30am. Right after subuh prayers, we went out from home in Pandan Indah and reach there about 7.00am. Immediate we arrived, kebanjiran kereta telah pun berlaku! Ramai sungguh orang pada hari ini! *untung nyonya parking tu..*

Our hiking up there took about 45 mins. We managed to reach the first peak at 8.00am. Even sy selalu mendaki bukit ni, but each time mendaki tu still bole tahan semput coz the hills kinda steep. Since the first peak tu seems to be sgt sesak, so me and Zai decided to panjat lg till the 2nd peak. Kurang sikit orang. What a blessed feeling once I sat on one of the big rock there and having a moment to take a look around. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah! 

Jumlah pengunjung kat sini sekarang dah agak berbeza ngan masa my first time here dulu. Masa tu Broga Hills ni tak feymes lg. Bukan mcm sekarang ni. Ever since dia jadi location utk movie shot, Lagenda Budak Setan and pre-wedding Dr.Sheikh Muszaphar and Dr.Harlina, terus tempat ni meletup-letup. Huh..
Since dah smpi on the peak and pemandangannya pun cantik, so apa lg..let's click click for d piccas~
See those cars.. Maknanya manusia ialah sgt ramai di sana..
Ada sapa-sapa nk try panjat Gunung Tok Wan plak? :p
Peace! Menuju puncak! See..sangat jammed!
Me & my darling Zai
Huhu..bole tahan semput okeh~

Subhanallah.. Cantik kan?
My darling Za za
At d 2nd peak!
Mcm dlm semak je nie..Hehehe~
Chak!
Amek berkat dr buaian pre-wedding Dr.Sheikh Muszaphar and Dr.Harlina
Ok, ok..enough with d piccas. So for those yg tak pergi lg. I strongly recommended for u to go. Check it out for yourself. Memang best! Kalau nak tgk sunrise, it is advisable for u to be there as early as 5.30 am. *Tp for the Muslims, be sure to pray for Subuh prayers first before u get there.* Habis panjat nanti, kalau rasa nk tgk rabbit ke, boleh la singgah sebentar ke 'Rabbit Farm'. Just opposite the main entrance there. Okie pals.. Happy Hiking!

Friday, November 5, 2010

Mai's Corner Seafood & Oblong Bukit Permai

"Haih.. makan lagi.." Sy pasti, kalian yg setia membaca blog sy ni mesti akan berkata begitu kan? Hehe.. untuk pengetahuan kalian, sy sememangnya selalu makan petang di luar bersama dgn buah hati sy ini. Boleh dikatakan dalam seminggu, mesti 3 atau 4 kali kami akan berjumpa, setidak-tidaknya utk makan petang bersama. Alhamdulillah, dari keakraban beginilah terbitnya kasih sayang di antara kami. =) 

Untuk post kali ini, saya sertakan antara 2 tempat makan yg kami gemar menikmatinya bersama. Dekat sahaja tempatnya dari rumah kami.

1. Mai's Corner Seafood, Lembah Maju, Ampang
Tempat ini memang kegemaran kami. Kami suka makan di sini sebab tempatnya cozy dan harganya sgt berpatutan. Kedai ini juga kami kenali sbg 'kedai romantik' sbb di kedai makan ini terdapat beberapa gazebo yg membolehkan pelanggan makan didalamnya sambil bersila. Antara menu yg ada disini adalah masakan panas ala-ala Thai, nasi lemak, nasi campur, sup-sup dan juga satay. Sgt sedap dan servisnya juga bagus dan pantas!

Sy dan nasi padprik berserta fresh orange gelas besau. Sedap!
Zai Sasai bersama nasi lemak telur matanya. *dia ni mmg hantu nasi lemak!*
Ini adalah kerana mereka berdua ni lambat, rasa nak tembak je.. *dah licin dah sy mkn masa ni*
Disebabkan mereka lambat, Bebear telah membelanja kami makan satay dan Pitone pula kami rasa seperti mahu sumbat-sumbat sahaja beliau dgn satay itu krn mulutnya tak henti-henti bercakap.

2. Oblong Bukit Permai, Ampang.

Kedai kegemaran kami yg seterusnya adalah Oblong Bukit Permai, Ampang. Kedai ini letaknya di puncak Bukit Permai. Bukit ini terkenal sbg tempat bg warga kota meninjau keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur yg indah terutamanya di malam hari. Kami suka menikmati Oblong disini. Rasanya agak sedap! Tambahan pula dapat menikmatinya berlatarkan pemandangan bandaraya yg indah. Selain dari oblong, nasi lemak turut sama dijual disini.


Inilah oblong nyer.. taraaa!
Zai Sasai dgn nasi lemak parunya. Nyam nyam~

Pitone bersama nasi lemak sotong 'tak sengaja' nya. Apa tidaknya, yg dipesan nasi lemak kosong, yg diberi nasi lemak sotong.. Haih la pakcik~

Thursday, November 4, 2010

Lambaian Tanah Suci


Pernahkah terdetik di hati kalian hasrat utk ke Tanah Suci? Sy pasti setiap dari kita yg beragama Islam semestinya punya keinginan utk ke sana sama ada bagi menunaikan umrah mahupun menunaikan fardhu haji. Subhanallah.. siapa pulak yg tak teringinkan? Menunaikan fardhu haji bagi yg mampu merupakan rukun Islam yg kelima. Mengapa sy menyebut berkaitan dgn ibadah haji ini? Ini kerana sy baru sahaja pulang dari menghantar ibu dan bapa kawan serumah sy ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Alhamdulillah, nampaknya mereka telah dipilih oleh Allah SWT utk menjadi salah seorang dari ribuan tetamuNya dalam menyempurnakan ibadah tersebut bagi tahun 1431 Hijrah ini. Semoga kita semua juga bisa diberikan kesempatan untuk menjadi tetamuNya juga suatu hari nanti. Aminn..

Bercerita mengenai Tanah Suci ini, ingin juga sy kongsikan sedikit pengalaman sy tika diizinkan Allah menjadi tetamuNya 9 tahun yg lalu. 9 September 2001 merupakan detik yg penuh bersejarah buat sy dimana sy berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama dgn mama dan beberapa org saudara mara sy yg lain. Ketika itu sy di tingkatan 5. Peluang utk sy mengerjakan umrah tersebut awalnya merupakan janji mama utk membawa sy ke USA sekiranya sy memperolehi keputusan yg cemerlang dlm UPSR. Namun, dek kerana krisis dan kegawatan ekonomi dunia yg teruk pd tahun 1997, janji tersebut dibekukan sementara sehinggalah pd suatu petang di awal bulan Mei 2001, mama bertanyakan pd sy, "Ila, ingat tak janji mama dulu. Kalau result Ila cemerlang, mama nak bawa Ila ke Disneyland. Tapi bulan sembilan ni, mama ingat nk pergi umrah. Dengan Wan dan aunty Nana sekali. Ila still nak pergi Disneyland ke atau nak pergi umrah?". Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, sy separuh menjerit, "Nak ikut! Mesti la nak pergi umrah!". Alhamdulillah, begitulah sedikit sebanyak rentetan bagaimana sy dipilih olehNya utk ke Tanah Suci. Misteri Allah, Dia membukakan pintu hati sy utk memilih mengerjakan umrah lebih dari ke negara berkuasa veto itu.

Sy ke Tanah Suci menaiki Saudi Arabia Airlines. Masih segar diingatan sy, sewaktu di KLIA, sy dihantar oleh beberapa org sahabat sy seperti Ecah, Miza, Jannah, Along juga Filza. Menurut arwah Pak Man sy, itu lah hikmah dan uniknya ke Tanah Suci. Pasti ramai saudara dan sahabat handai yg akan menghantar jemaah di lapangan terbang. Mereka menghantar jemaah seolah-olah jemaah tersebut akan meninggal dunia di sana dan tidak akan berjumpa lagi dgn mereka smpai bila-bila. Satu situasi yg amat berbeza dari menghantar rombongan ke negara lain.

Dalam penerbangan, Tuhan sahaja yg tahu betapa excitednya sy utk sampai kesana. Perjalanan melebihi 6 jam terasa sungguh lama. Namun, sebaik tiba di Jeddah, hati sy mula berbunga riang! Rombongan kami kemudiannya terus dibawa ke Madinah menaiki bas. Sesampainya sy di Madinah, Masjid Nabawi yg tersergam indah kelihatan jelas di mata sy. Dalam hati separuh menjerit, "Subhanallah.. Ya Allah, Alhamdulillah, aku dah sampai di  Madinah! Setelah check-in di hotel, kami ke Masjid Nabawi. Di dalam Masjid Nabawi ini terdapatnya satu tempat yg dinamakan Raudhah yang mana ianya merupakan satu daripada taman syurga juga makam junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Di Madinah, rombongan kami di bawa menziarah ke beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba, masjid pertama yg dibina oleh Rasulallah SAW dan umat Islam semasa berhijrah dari Makkah dan sebelum tiba di Madinah. Kemudian ke Masjid Qiblatain atau  dipanggil juga Masjid Dua Kiblat. Masjid ini dinamakan sedemikian kerana pada permulaan Islam, umat Islam mendirikan solat dengan berkiblatkan kearah Baitul Maqdis (nama lain bagi Masjidil al-Aqsa) di Jerusalem atau Palestin. Namun sebaik turunnya wahyu yakni surah al-Baqarah ayat ke-144, Rasulallah SAW yg ketika itu sedang bersolat menghadap ke Masjidil al-Aqsa telah memindahkan arah kiblat baginda menghadap ke Masjidil Haram dan itulah kiblat kita umat Islam hinggalah ke hari ini. Itu lah sedikit sebanyak antara tempat yg berpeluang kami ziarahi di Madinah.

Cukup 3 hari kami di Madinah, kini tibalah masanya utk kami bertolak ke Makkah bagi menyempurnakan ibadah umrah kami. Ketika kami sedang bersiap-siap utk ke Makkah, dunia digemparkan dgn tragedi runtuhnya WTC di Washington pd 11 September 2001. Kami juga ketika itu turut merasakan tempiasnya lantaran khuatir jika perjalanan kami terganggu. Alhamdulillah, Allah melindungi segalanya.

Beberapa jam perjalanan kami menaiki bas dan selesai bermiqat di Jaranah, akhirnya kami memasuki juga ke kawasan Tanah Haram. Degup jantung sy ketika itu semakin kencang. Segala perasaan bercampur baur. Semakin lama semakin dekat pandangan sy pd Masjidil Haram, Makkah. Sebaik bas berhenti, kami segera check in di hotel, *tak ingat apa namanya*, mengangkat barang-barang kami masuk ke bilik, lalu segera turun kembali untuk ke Masjidil Haram. Sungguh tidak sabar lagi sy ketika itu utk memasuki ke masjid paling suci bagi umat Islam. Selesai kasut disimpan dan kami diperiksa oleh petugas masjid, sy dan mama memasuki ke masjid melalui pintu Bir Ali *kalau tak silap sy*. Sebaik melangkah masuk ke dalam masjid, MasyaAllah.. lidah bagaikan kelu, jantung bagai berhenti berdegup, air mata merembes laju tanda kesyukuran yg tidak terhingga kpd Tuhan. Ya Allah, Kaabah yg selama ini hanya ditonton melalui televisyen atau gambar, kini tersergam indah di depan mata! Sungguh tidak tergambar sebenarnya perasaan sy ketika itu. Andai kata begitu perasaannya jika menerima wang sejumlah RM1 juta, sy rasa perasaan sy ketika itu lebih lg. Sebaik menyelesaikan solat tahiyatul masjid, kami bertawaf mengelilingi Kaabah. Selesai bertawaf, mama menarik saya demi mencuba nasib untuk mencium Hajaratul Aswad. Alhamdulillah, dalam keadaaan manusia yg sesendat itu, sy dan mama berjaya menciumnya. Air mata sy merembes lg. Syukur! Setelah itu, kami menyempurnakan pula rukun seterusnya yakni saie iaitu berlari-lari anak dari Safa ke Marwah. Hikmahnya adalah bagi memperingati peristiwa Siti Hajar yg berlari-lari anak dalam mencari air utk anaknya Nabi Ismail A.S. Setelah itu aktiviti kami di Makkah diteruskan dgn mengerjakan umrah 2 kali lg serta menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti menziarahi kaki bukit Gua Hira' di Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Mina, Arafah dan sebagainya. Genap 11 hari 13 malam rombongan kami di Tanah Suci, kami bersiap utk pulang semula ke Malaysia. Di ketika melakukan Tawaf Wida' yakni tawaf bagi mengucapkan selamat tinggal, air mata sy mengalir laju lg. Sebak utk meninggalkan Tanah Suci kian terasa. Didalam hati, tidak putus-putus berdoa moga diberi kesempatan untuk berkunjung lagi ke bumi yg penuh barakah ini.

Begitulah sedikit sebanyak catatan kenangan yg masih kukuh diingatan sy biarpun hampir 10 tahun meninggalkan Tanah Suci tersebut. Ikutkan memang banyak lagi rasanya boleh sy kongsikan namun apakan daya, masa tidak mengizinkan. Jam pun sudah hampir ke angka 5.45 pagi. Dah nak subuh pun. Tak tidur lg rupanya sy. Tak mengapalah, demi tinta tersayang. Apapun, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan kita semua bisa diizinkan Allah untuk menjadi tetamuNya jika kita benar-benar ikhlas menginginkannya. InsyaAllah. Aminn..
Ini lah mak dan ayah housemate sy, Zulaiha
Zulaiha bersama mak dan ayahnya. Kegembiraan jelas terpancar di wajah emaknya.
Ambil berkat bergambar dgn mak Zulaiha. Doakan rezeki sy pula selepas ini ya makcik. =)
Pintu masuk / check-in jemaah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya
Lambaian para jemaah ke arah keluarga masing-masing. Sayunya rasa. Semoga mereka semua memperoleh haji yg mabrur.

When U Believe

Alhamdulillah.. Hari ni sy sedikit tenang dari hari-hari yg sebelumnya. Selepas kembali suci, dpt lah sy kembali membaca kalam Allah yg lebih seminggu lebih tidak disentuh. Benarlah, bila mana kita dlm keadaan uzur, sgt mudah kita beremosi serta dipengaruhi makhluk yg dijadikanNya dr api itu.. Astarghfirullahhalazim, mudah-mudahan Allah mengampuni sy..

Hari ni sy bangun dr tidur seperti biasa. Namun begitu, sesuatu yg aneh sy rasakan bilamana sy bangun dgn satu semangat yg entah dr mana datangnya. Pantas sy ke bilik air utk mandi, solat dan mengaji. Usai mengaji, sy bersiap ke ofis dan melangkahkan kaki penuh keyakinan. *Perasaan luar biasa yg seolah-olah spt org yg mendapat kenaikan pangkat*. Sesampai sy di ofis, sy melemparkan senyuman pd semua org sehinggakan rakan se'batch' dgn sy menegur, "Kau ni knp? Tersengih-sengih ni..".

Di tempat duduk, sy terus membuka pc. Malas mahu bersarapan rasanya. Memandangkan masih awal, sy online dan membaca e-mail yahoo sy seperti biasa. *Mujur di ofis baru ni tiada kekangan utk berinternet*. Tiba-tiba mata sy tertancap pada e-mail yg diberikan oleh seorang sahabat di tempat kerja lama. Dia mengirimkan sy such a motivational thoughts. Tersenyum lebar sy membacanya. Semakin sy membaca, tiba-tiba hati menjadi sebak pula. Terharu sy dgn kata-kata hikmah dan sokongan darinya, seorang sahabat. Jauh di sudut hati, sy memanjatkan kesyukuran pd Ya Rabb atas kurniaan sahabat yg begitu byk di sekeliling sy. Syukran Ya Allah. Di akhir e-mail kirimannya, disertakan sekali klip mp3 berserta lirik lagu nyanyian Whitney Houston & Mariah Carey yg begitu memberi perangsang for me to move forward.


 When You Believe

Many nights we pray
With no proof anyone could hear
And our hearts a hopeful song
We barely understand
Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains long
Before we know we could

There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who know what miracle
You can achieve
When you believe
Somehow you will
You will when you believe

In this time of fear
When prayer so often proves in vain
Hope seems like the summer birds
Too swiftly flown away
And now I am standing here
My heart's so full I can't explain
Seeking faith and speaking words
I never thought I'd say

There can be miracles
When you believe (When you believe)
Though hope is frail
It's hard to kill
Who know what miracle
You can achieve (You can achieve)
When you believe
Somehow you will
You will when you believe

They don't always happen when you ask
And it's easy to give in to your fear
But when you're blinded by your pain
Can't see you way safe through the rain
Thought of a still resilient voice
Says love is very near

There can be miracles (miracles)
When you believe (When you believe)
Though hope is frail
It's hard to kill
Who know what miracles
You can achieve (You can achieve)
When you believe
Somehow you will
You will when you believe
You will when you believe
You will when you believe
Just believe
You will when you believe 


Benar,hidup ini ibarat lautan. Ada pasang surutnya. Namun tetap teguh memberikan manfaat yg byk dgn hikmah yg Allah turunkan didalamnya. Semoga aku juga begitu. Ok fara, let's move! Keep it strong! Andai rebah, bangkitlah semula. Andai terluka, ingatlah janjiNya! InsyaAllah, keajaiban yg ditunggu itu pastikan tiba jua!

Alhamdulillah.. Urusan hari ini dipermudahkanNya. Sy berjaya melaksanakan kerja sy dgn tenang & paling penting tanpa diganggu sedikit pun oleh segala apa yg pernah berlaku. Subhanallah. Thank you Allah! Thank you for everything. =)

Wednesday, November 3, 2010

Nasi Lemak BEST!

Kalian suka makan nasi lemak tak? Kalau kalian suka, di sini sy nk syorkan anda satu tempat yg best utk makan nasi lemak. Lokasi kedai nasi lemak ni terletak di Taman Saraya, Ampang. Actually yg membuatkan nasi lemak kat sini bertambah sedap adalah ayam goreng dia. Memang best la.. Instead of nasi lemak, hidangan lain yg ditawarkan adalah seperti char kuey teow dan burger. Konsep kedai nasi lemak ni tak ubah macam yg kat Mali's, Danau Kota tu which was used to be my fav spot. Walaupun dari segi hidangannya memang best, tapi dari segi servisnya, err.. sedikit mengecewakan kerana slow. Krew dia plak sedikit loyar buruk. Nyampah betul part yg ni. Apapun kalau nak try, boleh la ke sana ye.. :)

Ni la nasi lemak nyer..nyam nyam.
Jemput makan! *selebet betol muka*
Org 'kuat makan' sy.