"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya." ~(al-Baqarah: 216)
Sunday, January 9, 2011
Petua Mengurangkan Masalah Angin dalam Badan
Kalian selalu tak sendawa tak semena-mena? Maksudnya, sendawa atau keluarkan angin melalui mulut bukan disebabkan oleh faktor kekenyangan *bukan kentut tau!*. Kalau kalian mengalami simptom sebegitu, jelaslah bahawa kalian sama spesis dgn sy. Banyak angin dalam badan. Kadang boleh sendawa 4-5 kali tanpa henti. Hehe.. :p
Di sini sy ada satu petua yg ingin dikongsi. Petua ini diforwardkan oleh sahabat sy, Erni. Thank u Erni. Nampak sgt sy selalu sendawa depan dia. :p Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Thalib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata;
“ Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap. ”
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan. Senang jer.. Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan tau. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahuwajhah. InsyaAllah membantu. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment