Wednesday, January 4, 2012

Dan Bila Saat Itu Semakin Tiba.. :)


"3 perkara yg menjadi rahsia Allah pd hamba-Nya adalah kematian, rezeki & jodoh." 

Jika ditanya pd sy, jawapan sy, pastinya sy sgt mempercayainya! Subhanallah. Memang tidak disangkal lagi. Siapa sangka, siapa menduga, setahun yg lalu, awan mendung menyelimuti kehidupan sy lantaran rancangan mendirikan mahligai bahagia kecundang di tengah jalan. Namun tahun ini, Alhamdulillah, mentari kembali mengembalikan sinarnya. InsyaAllah, kurang dari 3 bulan lagi, sy bakal mendirikan rumahtangga bersama seorang jejaka yg telah diutuskan Allah buat sy. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah, atas limpahan nikmat & karunia-Mu padaku. :)

Masih segar diingatan sy, usai bersolat terawikh pada Ramadhan yg lalu, sy berkata pd salah seorang sahabat sy, "Aku harap tahun ini (tahun lepas) akan menjadi tahun terakhir aku berterawikh sbg seorang single. Mudah-mudahan tahun depan aku bisa berterawikh bersama seseorang yg akan ku panggil suami pula.". MasyaAllah, sungguh benar sy tidak menyangka, kata-kata berbaur gurauan itu dulu kini semakin menghampiri kenyataan akhirnya. Alhamdulilah Ya Allah.

Sedikit info yg dpt sy perkenalkan berkenaan bakal suami sy ini ialah, beliau merupakan rakan sepejabat sy di pejabat lama yg tidak pernah langsung sy kenali hatta bersua muka. Namun, sejurus sy menamatkan perkhidmatan sy di sana, beliau merupakan satu-satunya insan yg menghantar ucapan Good luck ke e-mel peribadi sy. Sungguh sy terkejut tatkala itu dan mula terkebil-kebil memikirkan siapakah gerangannya si dia ini? Bermula dari situ, beliau mula meminta sy membantunya mencari kerja krn banking line tiada kena mengena langsung dgn kelayakannya. Sekeping resume di hantar ke e-mel sy dan sejurus membacanya, timbul sedikit kekaguman, lantas diri ini mula tertarik dengannya. Namun rasa hati ini hanya dipendamkan saja. *Iyalah, siapalah sy ini.* Dari situ kami mula berkawan. Cuma sekadar teman biasa. Bersua di alam maya hanya sekali sekala. Sebulan dua hanya sekali dua bertanya khabar.

Namun benarlah bilamana jodoh itu telah sampai, ianya tidak akan dipercepatkan hatta dilewatkan walau sesaat cuma. Setelah agak lama masing-masing menyepikan diri, pada malam Aidilfitri kelima tahun lalu beliau melamar sy melalui pesanan ringkasnya yg berbunyi, "I think I wanna marry u." Demi Allah sy sangat terkejut menerima sms itu. Sungguhpun gelora di jiwa tatkala itu hanya Rabbul Izzati yg tahu, sy gagahkn diri juga membalasnya dgn jawapan yg sy kira agak bermaruah namun punya maksud yg tersirat, "Kalau benar ikhlas, datanglah berjumpa kedua orang tua sy & masuk meminang." Alhamdulillah, hasrat hatinya ikhlas dan pada 16 September lalu beliau mengotakan hasratnya lalu datang menemui kedua orang tua sy.. dan saat itulah merupakan kali pertama kami bersua muka. :)

Jika niat kita ikhlas utk mengerjakan ibadah pada-Nya, InsyaAllah, Allah pasti akan mempermudahkannya. Kurang dua bulan selepas beliau bertandang ke rumah sy, beliau menyuarakan hasrat hatinya utk ke peringkat yg seterusnya yakni menjadikan sy suri hidupnya. Tiada yg lebih menggembirakan hati ini ketika itu lantas sy hanya mampu sujud syukur pada setitis cinta-Nya diberi. 

Menghitung hari. Counting days. Itulah perkara yg kini ligat sy lakukan dgn memangkah kalendar setiap hari membilang hari-hari yg tinggal utk ke detik yg penuh bersejarah buat setiap pengantin baru. InsyaAllah, dua bulan lg bakal menyaksikan termeterainya ikatan dua hati pada lafaz sakinah yg sangat dinanti. Tiada apa yg lebih membahagiakan seorang wanita itu selain bergelar isteri yg bisa mengabdikan diri sepenuhnya berbakti pada suami dan keluarga yg bakal dibina nanti. Doa sy, moga sy bisa menjadi seorang isteri yg solehah pada suaminya, ibu yg mithali pd anak-anaknya dan penyeri rumah tangga yg bakal dibina hingga ke syurga. InsyaAllah. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya urusan kami. Aminn Ya Rabbal Al-amin.

Mohon doakan semuanya! :)



1 comment:

  1. Hai Fara, Salam perkenalan. Aduh, bestnye baca cerita awak ni. Rasa macam baca novel, tapi yang sebenarnye adalah realiti kan? Tahniah, dan moga selamat semuanya hingga ke hari bahagia nanti! :)

    Uni recently posted : Hadiah Untuk Top Commentator Bulan April 2013 Sudah Dipos

    ReplyDelete