Thursday, February 3, 2011

Bila Azreen pun bertunang..

Salam semua! Lama dah rasanya sy tak update blog ni. Dah bersawang sana sini dah rupanya. Maaf sangat-sangat si kuma-kuma. Kesibukan yg melanda sangat tidak boleh dielakkan. Ini pun sy cuba utk curi sedikit masa sebentar setelah penat bersengkang mata.




Ok, kali ini sy mahu bercerita perihal majlis pertunangan salah seorang daripada sahabat terapat sy iaitu Azreen. Hari ini 3 Februari 2011 (CNY u ols), maka selamatlah Azreen mengikat tali pertunangan bersama tunangnya, Fathi setelah hampir 2 tahun berkenalan. *Berkurangan la seorang lagi anak kapal Gff*. Azreen sgt cantik mengenakan busana berwarna krim keemasan. Hantarannya 5 berbalas 7. Sy sangat gembira dapat meraikan hari yg agak bersejarah buatnya itu. Juga bertambah gembira kerana dapat menyumbangkan kreativiti membuat sirih junjung untuknya..sungguh pun terlupa utk meletakkan tembakau, gambir dan kulit kayu manis bersama. *aiyakkk*




Gembira, gembira juga. Namun jauh di sudut hati agak terasa juga dgn pertunangannya. Sy memang akan terasa bila sahabat yg rapat dgn sy punya komitmen sebegini. Masakan tidak, dengan terikatnya pertunangan beliau, maka sy sejengkal bakal kehilangannya. Azreen is one of my best friend & my biggest secret keeper since high school. Dah 11 tahun dah kami berkawan. Bagi yg kurang mengenalinya, akan merasakan yg she's kinda soft, ala-ala ayu gitu..tapi sebenarnya, ish-ish..sgt kerek. Haha.. Seingat sy selama sy bersahabat baik dgn dia, tak pernah sekali pun sy bergaduh dgnnya as dia merupakan seorang yg sgt tolerate. Dia sentiasa ada saat sy memerlukan. Temankan sy makan bila sy lapar, assistant sy kala shopping, partner sy bila tgk wayang & selalu jd mangsa culik sy bila suddenly sy terasa nak kidnap org.. *Kami selalu kena sound ngn emaknya sbb selalu merayap when I came to fetch her.haha..* Sy ingat lg, kami berdua pernah keluar di tengah-tengah jam 2.30 pagi ke downtown hanya kerana kebosanan. Hmm..lepas ni, things will surely be different. Azreen pun dah tak boleh nakal-nakal dah.. Ok.ok. The sense of lost has started to interrupt here.. :'(




Apa pun, terima kasih kpd encik tunangnya krn awal-awal lagi telah memberi keizinan serta berjanji utk tidak menghalangi Azreen dari keluar bersama dgn sy lagi..sungguhpun bila titlenya telah berubah menjadi 'Puan'. 21 Mei ni Azreen bakal melangsungkan perkahwinannya. Sy doakan semoga masjid yg bakal dibina disulami dgn mawaddah dan hasanah. Sy sayangkan kamu Azreen! Selamanya kamu sahabat sy, dunia dan akhirat. Aminn.. :)

No comments:

Post a Comment