Wednesday, February 9, 2011

Surat Buat Si Kuma-Kuma.



Kehadapan diariku Si Kuma-kuma,


Apa khabar lamanmu kini? Semoga semuanya berada dalam keadaan teratur hendaknya. Sy pula..sedikit penat kuma-kuma. Tidak, teramat penat sebenarnya. Penat dgn segala perkara yg berlaku dlm hidup sy. Ujian demi ujian datang bertamu, bersilih ganti tanpa henti. Sy tak kuat utk menghadapi semuanya dlm masa yg sama. Terkadang diri ini rasa seperti ingin pergi jauh, jauh dr segala apa yg menghimpit diri. Menghentikan pengajian yg baru bermula dan meninggalkan segala perjuangan yg belum selesai. 


Sy letih kuma-kuma. Letih berpura-pura seolah-olah diri ini tidak ada apa-apa. Bermanis muka pd semua, sedangkan tangisan itu peneman setia. Sy serik berkongsi kisah duka. Mengenangkan adakalanya tidak semua seikhlas mungkin mendengar. 


Namun sy bersyukur kuma-kuma. Kerana Ya Rabbi itu sentiasa di sisi menemani. Menghulurkan sifat ar-Rahman dan ar-RahimNya tanpa henti. Memapah sy penuh kasih agar segera kembali.


Alhamdulillah.. lega rasanya bila gelora di hati dapat di luah. Hatta dgn hanya bertinta. Terima kasih Tuhan. Terima kasih utk kehadiran kamu sebagai diari. Setidaknya sy tidak perlu merasa terhutang budi. 


Doakan yg terbaik buat sy ya Si Kuma-kuma. Semoga mendung yg berarak kan segera berlalu pergi dan sy bisa menulis kepadamu lagi. Jaga diri, hiasi peribadi.


Salam sayang,
Fara.

2 comments:

  1. Bertabahlah wahai tuan *kuma-kuma*.Bila mahu menangis, menangislah...Doa Allah sentiasa dekat dgn kita..Insya-Allah

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. tq syg krn sentiasa memberikan sokongan & kekuatan pd ku.. syg kamu! :)

    ReplyDelete