Saturday, January 1, 2011

Coret Coret 2010



Officially today, we have left behind the year of 2010 with full of memories. Alhamdulillah.. seribu kesyukuran dipanjatkan kepadaNya krn masih lg diberi kesempatan utk melangkah ke tahun baru 2011. Kepada semua, Selamat Tahun Baru diucapkan. Semoga segala apa yg direncanakan termakbul hendakNya. InsyaAllah. 


2010 has left we with so much of stories. There's successiveness, happiness and not to except, tears of sorrow too. Namun, sy sangat bersyukur pd Allah atas segala apa yg telah sy lalui. Segalanya Alhamdulillah menjadikan sy cukup kuat utk meniti jatuh bangun kehidupan yg penuh dgn mehnah ujian. Sesungguhnya ujian kegembiraan dan kedukaan dalam sesebuah kehidupan membuktikan bahawa kita sentiasa dalam perhatianNya. Let me share some of the stories happened in my life along the blissful year of 2010..


Kehidupan




  • Alhamdulillah. Syukur yg teramat sgt krn masih diberi kesempatan utk hidup dan menikmati segala suka duka, pahit manis sehingga ke hari ini. 
  • Namun, sesuatu yg menyedihkan bilamana diri ini seringkali jauh dariNya di saat terlalu dekat kasih sayangNya. Ibadahku sekecil zarah cuma berbanding nikmat dan kurniaan yg melangit luasNya. Astarghfirullah. 
  • Sy masih leka, masih leka sehingga sering mengabaikan kalamNya. Waktu gembira, sy habiskan masa berjam lamanya namun waktu utk berkhalwat dgnNya di atas sejadah, boleh dikira sejauh mana. :'(
  • Mudah-mudahan dgn kedatangan tahun baru 2011 ini, sy bisa menjadi insan yg jauh lebih baik dari tahun yg sebelumnya. InsyaAllah.


Keluarga



  • Alhamdulillah. Keharmonian dan kasih sayang keluarga kami masih utuh malah bertambah ceria dari tahun yg sebelumnya.  :)
  • Adik mendapat keputusan SPM yg agak membanggakan kami sekeluarga. Juga kejayaannya menjejakkan kaki ke universiti menambah senyuman di wajah mama dan papa. *Alhamdulillah, akhirnya kesemua adik beradik kami berjaya ke menara gading*.
  • Tahun ini papa genap berumur 60 tahun. Semoga papa dikurniakan dgn kesihatan yg baik & sentiasa berada di dalam rahmat Allah selalu. Kami anak-anak akan sentiasa sayangkan papa. 

Cinta


  • Agak sedih kala membicarakan perihal yg ini. Kerana jika diikutkan perancangan, hari ini, 01-01-2011 sepatutnya sy sudah pun sah bergelar seorang isteri. :'(
  • Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Siapa menduga, perhubungan yg di bina lebih 6 tahun lamanya akhirnya kecundang juga.
  • 25 November 2010, menjadi saksi berakhirnya sebuah ikatan secara rasmi. Alhamdulillah, Allah memberikan sy kekuatan hati dan jiwa utk menempuhi ujian yg Maha besar buat sy.

Kerjaya


  • 24 September 2010, merupakan hari terakhir sy di Maybank setelah lebih 2 tahun menabur bakti dan mencari rezeki di sana. Sedih di hati kala itu hanya Allah sahaja yg tahu. Namun demi sinar kerjaya yg lebih gemilang, hidup harus di teruskan juga.
  • Terlalu banyak pengalaman yg ditimba sepanjang berada di sana. Di Maybank, sy mula belajar apa itu erti sabar dan mengenali setiap inci ragam manusia. Yang baik, tersangatlah baik. Yang macam hantu, nauzubillah. Main maki je. Ish-ish..
  • Perkara paling berat yg perlu sy ambil kira sebelum membuat keputusan tersebut adalah sahabat rapat sy di sana yg kami gelar sbg Wonderpets. Sedihnya rasa since we are so close to each other. I will definitely won't forget u guys.


  • 13 December 2010, I reported my duty to RHB. Tawaran semakin baik diterima. Alhamdulillah. Keputusan ini dibuat begitu singkat dan drastik setelah cuma 1 bulan lebih berada di Ambank. Tak tahu mengapa gerak hati sy sgt kuat utk ke RHB. Rahsia Allah, mungkin rezeki sy lebih baik di sana. InsyaAllah. Amin~

Cita-Cita


  • Alhamdulillah. Cita-cita sy utk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana tercapai juga akhirnya. Sangat bersyukur pada Allah di atas keizinanNya yg satu ini. Mudah-mudahan dengan kemasukan pengajian ke peringkat Sarjana ini, sy selangkah utk menjadi seorang pensyarah. InsyaAllah.
  • Belajar dan berkerja dalam waktu yg sama. Walaupun agak sukar memikul tanggungjawab tersebut, namun sy berdoa semoga perjuangan sy dipermudahkan Allah. Moga dgn pencapaian sy ini juga bisa menjadi pembakar semangat buat perjuangan adik tersayang.

Sahabat


  • Sahabat bertambah ramai. Alhamdulillah. Mengenali mereka merupakan satu rahmat dari Yang Maha Esa. Ukhuwah fillah abadan abada. Syukur.
  • Sesuatu yg amat menggembirakan juga bila mana sy dapat menjejaki sahabat sedari kecil saya kembali. Sekian lama mencari, akhirnya bertemu juga. Alhamdulillah, Anek masih seperti yg sy kenali dulu. :)
  • Namun masih juga sy kehilangan seorang dua sahabat yg pada waktu sekolah berjanji utk menjadi teman sejati. Kehilangannya bukan apa, hanya kerana salah faham yg sebetulnya boleh diperbaiki *kurang kasih sayang bak kata Zai*. I admit, terlalu ramai yg perlu sy berikan perhatian dan mana mungkin utk sy penuhinya dalam masa yg serentak. Tak mengapalah, semoga Allah merahmati hidup mereka.
  • Sangat berterima kasih dan bersyukur pdNya atas anugerah sahabat karib yg sentiasa di sisi lebih-lebih lagi tatkala waktu sukar yg menyebabkan sy hampir tersungkur.
  • Tahun 2010 juga menyaksikan ramai sahabat membina masjid, mengikat pertunangan dan melahirkan cahaya mata. Tahniah buat semuanya. Semoga berbahagia ke hendakNya. Amin~

"Ahlan Wasahlan 2011. Selamat Tinggal 2010. Semoga Dirahmati Allah selalu!"


4 comments:

  1. ^_^
    Happy for you.
    Alla da best new year.
    Slmt study! (sgt suka tgk kad matrik itu ya.)

    ReplyDelete
  2. Thank u darling..
    Wishing u best of luck throughout the year!
    **penat la..huhu~

    ReplyDelete
  3. iye..kau yg suke sgt sebut perkataan *kurang kasih syg* tu.. :p

    ReplyDelete