Tuesday, November 30, 2010

Kerana bulu mata, dia masuk ke syurga..



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. 

Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Wallahualam..

Monday, November 29, 2010

Dengki : Penyakit hati yg perlu dijauhi!

Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan dalam diri sendiri. Allah s.w.t. telah menjadikan  manusia dalam pelbagai rupa, kebolehan dan kurniaan rezeki yang patut disyukuri oleh kita. Namun kadangkala kelebihan yang kita ada boleh menyebabkan manusia yang lain timbul perasaan *dengki* terhadap kita. Hatta dari insan yg kita anggap sebagai sahabat baik kita sendiri.

"Aku tak dengki, aku cemburu je." Pernah tak dengar orang cakap macam tu? Bagi sy, daripada cemburu itulah wujudnya perasaan dengki. Kerana cemburu, kita akan buat sesuatu yang buruk kepada orang yang kita cemburu itu melalui perasaan *dengki* yg terbit selepasnya. Cemburu yang asalnya hanya perasaan *lahiriah* daripada hati akhirnya bertukar kepada perbuatan yang boleh merosakkan orang lain dan diri sendiri.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)


Tips-Tips Menghilangkan Perasaan Dengki

1. Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Contohnya orang tu baru melangsungkan perkahwinan. Kita belum lagi. Tengok pula suami dia kacak dan anak orang kaya. Siapa tak jeles? Heh. Jadi eloklah kita ucapkan *tahniah* dan bersalam dengannya. Mana tahu, ada keberkatan Allah Taa'la nak bagi kepada kita selepas ini untuk berkahwin pula?

2. Sanjung dan puji kebaikannya terutama di belakangnya.
Bila kawan kita naik pangkat dan dinaikkan gaji, kita mesti akan terasa. Lagi-lagi bila gaji kita yang berkelulusan tinggi juga ni cukup-cukup makan je. Seeloknya janganlah kita dengki dengan rezeki kawan kita itu. Bila kita bercerita tentangnya, kita seeloknya memuji dia kerana mungkin dialayak menerima anugerah itu kerana usahanya sendiri. Daripada sini, kita patut memperbaiki diri kita. Mungkin hari esok, rezeki kita pula?

3. Tutup kelemahan dan kesalahannya
Walaupun dia ada buat salah kepada kita atau orang lain, janganlah kerana perasaan dengki yang menebal, kita berkata buruk pasal dia pula. Memang akan timbul rasa tak puas hati, bila dia dapat apa yang kita takde, lagi-lagi bila dia dapat benda tersebut dengan cara yang salah atau tidak baik. Tapi siapa kita untuk menilai dia? Dia hanya manusia yang tak terlepas daripada kesalahan. Jadi apa kata, daripada kita gosip pasal dia kat belakang, kita cuba nasihatkan dia dengan cara yang baik? (Kalau tak makan saman tu, biarlah. Moga Allah s.w.t. bukakan hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.)

4. Ziarahilah dia dengan membawa hadiah
Kawan kita baru dapat anak yang comel. Kita yang dah berapa tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata. Seeloknya kita ziarah dia dan beri dia hadiah. Kita kongsi kegembiraan yang dia peroleh itu bersama. Bukan dengan rasa dengki. Tak elok ok.

5. Hormati dan sayangi orang-orang di sekelilingnya seperti ibu bapanya, ahli keluarganya dan anak-anaknya.
Kadang-kadang perasaan dengki itu lahir, kerana kurangnya perasaan kasih sayang kita sebagai manusia. Kalau kita benci dan dengki kepada orang itu, kadang-kadang kita patut melihat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin mereka ada buat baik kepada kita. Jadi kita cuba hilangkan perasaan dengki itu sambil mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingnya supaya perasaan hasad dengki itu tertutup kembali. Insya-Allah.

6. Bela dia kalau ada orang yang memburuk-burukkannya.
Bila dah dengki, semua di mata ini nampak yang buruk saja. Dia buat air rasa tawar, dia masak rasa masin. Kalau orang lain sibuk mengata buruk, kita sepatutnya cuba baiki hati kita dengan mengelakkan diri daripada *tambah saham* mengata orang itu juga. Kadang-kadang kita perlu berfikiran positif terhadap orang yang kita dengki itu dengan memandang benda-benda baik yang ada dalam dirinya. Daripada situ, insya-Allah kita terhindar daripada perasaan dengki dan terlepas daripada *dosa* mengata orang di belakang.

7. Berdoalah kepada Allah s.w.t agar dihilangkan rasa dengki itu.
Selemah-lemah hati, kita haruslah kembali kepada DIA juga. Banyakkan mengucapkan Astagfirullah (Memohon Ampun padaMU Ya Allah) supaya terhindar daripada dosa hasad dengki terhadap orang lain. Kita cermin diri kita. Lihat kelebihan yang kita ada. Kita hayati hidup kita, lihat rezeki yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepada kita. Berdoalah, semoga Allah s.w.t. pelihara hati kita daripada perasaan dengki itu.


"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka ma`afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al-Baqarah : 109)

**artikel dikongsi dari laman web sahabat waktu kecil sy: www.airaniezlife.blogspot.com

Sunday, November 28, 2010

Interview Again

Ok. Interview lagi hari ni. Sokmo nye la pergi interview fara ni.. Bukan ape, saje je nak cari peluang yg lebih baik. Work and study in the same time really forces me to have some extra fund. This time for RHB for the post of Team Leader. Wah team leader! Ada hati tu apply post camtu! The interview was held at Melia Hotel, Kuala Lumpur. I reached there at  8.45 am tapi jenuh la kena tunggu smpi 3 jam. At last about 12.45pm baru kena panggil. Soalan yg ditanya macam biasa la. Tapi yg leceh nye ade 1 self assesment test and another 2 additional calculation test. About 2.00pm baru habis. Ok fine. Tak mengharap sgt pun. Kalau ada rezeki dapat lah, kalau takde, takde la. Keep on praying for the best.. Okie, dats all for today. Nanti update lg,k..

Wednesday, November 24, 2010

Hina nya Orang Yang Meninggalkan Solat Itu

Mahu tahu sehina mana tarafnya seseorang tidak mengerjakan rukun Allah ini? Ikuti kisah dibawah..

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu".

Monday, November 22, 2010

Let's settle this!

Last night while i'm doing my beads work, R****'s brother gave a call to my dad to enquire on our status. After they having some chit chatting, both of us are advised to meet up, sit down to have a calm heart-to-heart conversation and settle off our conflict eyes-to-eyes. The best part is, I heard they said, "kalau boleh janganlah..". What the the?! Plus, d decision need to be made before this Sunday! Owh my God, I'm stressed!


Tuhan..what should I do?! Do I really need to see him, just for the sake of fulfilling parent's hope and wash away my own feelings?! Tidak! Sy tidak mahu istilah simpati itu berlaku lagi di sini.. But then..what if sy kalah?! Kalah dgn kelemahan sy yg satu itu? Harapan papa serta riak wajahnya yg sayu.. Sungguh sy tak sanggup! :'(


What ever it is, I still need to settle this once and for all! Kalau tak, sampai bila nak tergantung. Betul tak? Secara lafaz, betul..it's over. Tapi secara adat? Entah la. Doa dan tawakal je yg bisa menjadi kekuatan sy sekarang. Apapun kata putus kami nanti, sy redha. I'll take it as d best decision decided by Allah for me. Rahsia Allah itu maha luas and I believe in it! Kadang rasa, almost give up.. Tapi bila muhasabah balik, mungkin ini benar utk sy:


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya." ~(al-Baqarah: 216)


It's true..there's no use for u to wait for something which is actually nothing. Empty recitation doesn't mean anything. So, forget about it! Wish me luck everyone. Annual leave taken and I'm gonna meet him this Thursday! Will update later. InsyaAllah. 

Sunday, November 21, 2010

I'm 26! HaPpy BirthDay FaRa!

Alhamdulillah.. I'm 26 today! Syukur pada Ya Rabbul Izzati atas kesempatan yg diberikan untuk terus hidup lagi. Jutaan terima kasih buat keluarga dan sahabat handai atas doa dan ucapan yg disampaikan melalui sms, panggilan telefon, mesej FB, kad ucapan, hadiah dan sambutan. Really appreciate it! Nampaknya, tanggungjawab semakin berat. Semakin meningkatnya umur si anak adam, semakin berkuranglah usia hayatnya.

To all the important person of my life, thank u so much for the celebrations.. Anda semua kekuatan sy!

Family celebration on 21st Nov @ home. Thank u mama for the nyummy handmade choc moist cake!


Celebration on 23rd Nov @ McD. Thank u ecah for the cake! Sgt terharu u've bought
the cake even kamu tak sihat.

Gff surprise advanced bash on 7th Nov @ my apartment & Seoul Garden! Thank u Gffs for d surprise!

Bff advanced bash on 14th Nov @ Istana Bambu for 3 November Babies! Bebear: 15th Nov,
Zai: 20th Nov, Me: 21st Nov. Thank u Bffs for d celebration!


Harapan dan doa utk diri sendiri, semoga:

1. Bisa berusaha utk memperbaiki diri hari demi hari dan istiqamah dalam melaksanakannya baik dari segi amal ibadah dan kehidupan seharian.. 

2. Diberikan kekuatan, ketabahan dah ketetapan hati agar dapat menempuhi setiap ujian yg silih berganti.

3. Bisa membahagiakan insan-insan terpenting di sekelilingku. Family and besties especially.

4. Dijauhi dari sikap boros yg sekian lama beraja dlm diri. *Ini la culprit yg paling sy nak buang jauh-jauh! Need to save more fara!*

5. Ditemukan jodoh dgn insan yg bisa menjadi imamku yg terbaik..


That's it.. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. "Happy 26th Birthday Fara!". I LOVE u so much myself~

Saturday, November 20, 2010

HaPpy BiRthDay ZAiNaRiah!

It's 20th November today & it's my darling Zainariah's birthday! Zainariah is one of the bestest treasure that Allah ever gave to me. We get to know each other over the past 7 years during our schooldays in SMK Taman Tasik and since then we became so close macam adik beradik.. She's kinda talkative and a bit emotional type. Walau di luar dia nampak kerek but deep inside she's a very lovely and caring friend of mine. She's always there whenever I need her and never failed to include me in most of her activities even when she clearly knows that I'm not around.. *except bila dia dah balik rumah dia atau mandi la..hehe*. Life feels so incomplete without her. She's a good reporter undisputely. That's why every day she will at least call me once from her office..just to keep me update on what she faced and feels and also her current plans and activities. Seriously! *dats why if I failed to pickup her call, dia akan merajuk..adoii, kalah loving couple..* Itu pun sometimes boleh jadi issue utk gado-gado syg. Hehehe.. About secrets, we shared most of em together. Regardless whether it is something nice or bad things to be heard and of cos, our laugh and tears either.  

"HAPPY BIRTHDAY sayang! Sweet 26th. Sy doakan semoga kamu dirahmati Allah dgn kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman serta berbahagia selalu hendakNya. Sempena ulangtahun kelahiran kamu, I wanted u to know that u are among the most IMPORTANT person in my life! *instead of the another 3 mangkuk tingkats*. Kamu sahabat sy, dunia dan akhirat.. Sy syg kamu sangat-sangat Zai! Semoga persahabatan kita diredhai Allah dan kekal selamanya. Amin.." :)

Here's the Birthday Girl!

**Sahabat yg lain don't feel offended ya. Of cos each one of u has your own speciality to me.. Demi Allah, sy sayang semuanya. This is just one of my way to express my deepest gratitute to the people I care, cherish and love. :)

Let's cook: Ketam Masak Telur Masin!

Happy lunch hour semua! Tengahari-tengahari gini sure perut sume orang tengah berkeroncong kan? Anda semua dah lunch ke? Makan ape hari ni? Ok ok, talking about dishes, sy skrng ini adalah sgt teringin nak makan ketam.. *walaupun sebenarnya in d first place tak berapa gemar..* Ketam skrng ni dah la tengah mahal. Mahu sekilo dalam belas-belas ringgit. Keinginan ni semua gara-gara baru lepas membantu seorang sahabat ni mencari resepi 'Ketam Masak Telur Masin' ni. All this while kalau masak ketam selalunya resipi bercili, masak lemak, kari atau sweet sour. Tp yg ni nampak menarik! Chinese style. Terliur sgt. Nak cuba la nanti! On mama & papa's anniversary. Jom tgk resipinya.

Wuuu.. sedapnye nampak! nyum nyum~
Bahan-Bahan
 
Beberapa ekor ketam. Kalau besar, 4 ekor (apa-apa jenis pun bole)

7 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Potongan capsicum pelbagai warna (merah, hijau n kuning)
2 biji telur masin
2 sudu butter
1/2 tin susu cair
1/2 cwn stok ayam (kiub ayam pun bole kalau takde)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

 
Cara memasak

 
1. Bersihkan ketam dan goreng dlm minyak secara deep-fry. Asingkan bila sudah masak.

2. Panaskan butter. Tumis daun kari dan cili padi sehingga naik bau. kemudian masukkan capsicum.

3. Pecahkan telur masin dan lenyek bahagian kuning telur yang keras itu...kalau tak, nanti ia berketul-ketul.

4. Masukkan susu cair, telur masin serta stok ayam. Perasakan dengan gula dan garam.

5.Letakkan air dan biar sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ketam yang telah
digoreng. Biarkan seketika sehingga ketam dan kuah tadi mesra alam.

6.Masak sehingga kuah pekat dan kelihatan bersalut di dada ketam.

Ok..siap! Selamat mencuba! Nanti sy post resipi lain lagi ya! *ikut rasa teringin sy..* hehehe~

Friday, November 19, 2010

Tanda-tanda Hati Kita Keras!

Sukar melakukan amar maruf nahi munkar? Mungkin salah satu dari tanda berikut ada pada kita. Jom kita tengok!
 Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.
Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

**artikel diambil dari iluvislam.com

Wednesday, November 17, 2010

Triple Happiness.. :) :) :)

Salam semua! Malam ini adalah malam raya. Malam aidiladha yg penuh keberkatan..dan malam ini juga sebenarnya telah membawa tiga kali ganda kegembiraan buat sy! Alhamdulillah. Jom sy cerita..
 
At last..back home in Semenyih! About a month time rasanya dah tak balik. Since pakatan merajuk dgn mama perihal issue malas-nak-sebut dah tu.. Sy sampai rumah mama about 10.30 pm. Saing dgn nyanya. Cuak rasanya nak melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah. Macam mana la reaction mama agaknya. Marah lagi ke dia? Papa sy tahu dia tak ada. Sure dia pergi takbir raya punya. 

Setibanya di muka pintu, saya memberikan salam. Mama tengah tgk tv dgn adik rupanya. Mama pandang sy, ada segaris senyuman di wajahnya. Lega hati sy. Lantas sy segera bersalaman dgn mama dan mencium pipinya. Owh, rindunya pada mama.. Tp sy tahu mama lebih lagi merindui sy. Thank you Allah! Usai melepaskan rindu, sy terus ke bilik utk meletakkan bagasi. Terkejut sy sejurus membuka pintu bilik bila mana sy lihat ianya dlm keadaan kemas dan bersih. Cadar juga telah diganti baru. Rangka katil dan drawer yg tertanggal sisinya juga telah dibaiki. Seingat sy, sy meninggalkan bilik ini dulu dalam keadaan huru hara. Tilam terbogel, rak solek berhabuk *tanda protes kononnya*. Hmm..ini mesti kerja papa. Tetiba sy merasa sebak. Sungguh kedua ibu bapa sy ini sebenarnya sgt sayangkan sy walau bagaimana marah sekalipun mereka. Alangkah berdosanya sy. "Mama, papa..ila mintak maaf.." Apapun, syukur mrk sudah tidak marahkan sy lagi.. :)

Dats my mama.. Sgt syg padanya!
Selesai mandi dan isyak, sy duduk di ruang tamu belakang utk menonton tv. Tiba-tiba adik memberitahu sy yg dia berjaya mendapat tawaran dari UiTM utk menyambung pengajian di peringkat Diploma dalam jurusan Pentadbiran Awam. Syukur Alhamdulillah. Gembira sungguh sy mendengarnya. Sememangnya itu minat adik dr sekolah. Segala subjek yg berkaitan dgn hafalan ni dia suka. Nampaknya sy dan adik sama-sama dapat melanjutkan pelajaran serentak di universiti yg sama walaupun pd peringkat yg berbeza. Patutlah mama nampak gembira je. Terima kasih Allah! Terima kasih di atas kurniaanMu.. InsyaAllah sy akan berusaha dgn tekun sekali supaya bisa menjadi inspirasi serta tauladan yg baik buat adik kesayangan sy itu. :)
Introducing..my lil brother bear. Comel kan? Ade sesape nk jadi adik ipar sy? Sila submit borang ye..

Jam 1.45 pagi, sy kembali ke bilik sesudah selesai menggosok baju..*maklumla, esok pagi nak raya..* Sebelum nak bertinta ni, sy berguling-guling sebentar di atas katil. Tup tup.. Sy menerima satu sms dari seorang sahabat yg telah berlaku sedikit salah faham di antara kami. Sungguh sy terkejut menerima sms drpdnya sbb slps isyak td ada juga terdetik dihati sy utk melakukan perkara yg sama. *malunya rasa bila mana sahabat sy itu terlebih dahulu memohon maaf..* Apapun sy sgt bersyukur! Kini kekeruhan itu telah dijernihkan kembali dan ukhuwah juga telah kembali bertaut. Alhamdulillah. Terima kasih sekali lg Ya Allah! Moga semakin bertambah kasih syg antara kami.. :)

Dats the triple happiness yg sy maksudkan. Alhamdulillah..terasa bahagia sangat malam ni. Mudah-mudahan kebahagiaan ini berpanjangan. :) Nampaknya sang pelangi sudah kembali menyemarakkan warnanya. Membawa pergi sang hujan dgn hikmahNya. Aminn~ Ok la. Selamat Hari Raya Aidiladha semua!