Saturday, November 20, 2010

Let's cook: Ketam Masak Telur Masin!

Happy lunch hour semua! Tengahari-tengahari gini sure perut sume orang tengah berkeroncong kan? Anda semua dah lunch ke? Makan ape hari ni? Ok ok, talking about dishes, sy skrng ini adalah sgt teringin nak makan ketam.. *walaupun sebenarnya in d first place tak berapa gemar..* Ketam skrng ni dah la tengah mahal. Mahu sekilo dalam belas-belas ringgit. Keinginan ni semua gara-gara baru lepas membantu seorang sahabat ni mencari resepi 'Ketam Masak Telur Masin' ni. All this while kalau masak ketam selalunya resipi bercili, masak lemak, kari atau sweet sour. Tp yg ni nampak menarik! Chinese style. Terliur sgt. Nak cuba la nanti! On mama & papa's anniversary. Jom tgk resipinya.

Wuuu.. sedapnye nampak! nyum nyum~
Bahan-Bahan
 
Beberapa ekor ketam. Kalau besar, 4 ekor (apa-apa jenis pun bole)

7 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Potongan capsicum pelbagai warna (merah, hijau n kuning)
2 biji telur masin
2 sudu butter
1/2 tin susu cair
1/2 cwn stok ayam (kiub ayam pun bole kalau takde)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

 
Cara memasak

 
1. Bersihkan ketam dan goreng dlm minyak secara deep-fry. Asingkan bila sudah masak.

2. Panaskan butter. Tumis daun kari dan cili padi sehingga naik bau. kemudian masukkan capsicum.

3. Pecahkan telur masin dan lenyek bahagian kuning telur yang keras itu...kalau tak, nanti ia berketul-ketul.

4. Masukkan susu cair, telur masin serta stok ayam. Perasakan dengan gula dan garam.

5.Letakkan air dan biar sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ketam yang telah
digoreng. Biarkan seketika sehingga ketam dan kuah tadi mesra alam.

6.Masak sehingga kuah pekat dan kelihatan bersalut di dada ketam.

Ok..siap! Selamat mencuba! Nanti sy post resipi lain lagi ya! *ikut rasa teringin sy..* hehehe~

4 comments:

  1. sila sediakan ketam kalau mahu aku msk! lama kita tak men masak2 sesama zai. jom..take 1 day time utk gegarkan dapur umah aku..hahaha~

    ReplyDelete
  2. oke..nnti ak suh pit cari ketam kt port klang..hahaha..

    ReplyDelete
  3. beria smpi port klang. pasar pudu pun ade kot..

    ReplyDelete