Friday, November 5, 2010

Mai's Corner Seafood & Oblong Bukit Permai

"Haih.. makan lagi.." Sy pasti, kalian yg setia membaca blog sy ni mesti akan berkata begitu kan? Hehe.. untuk pengetahuan kalian, sy sememangnya selalu makan petang di luar bersama dgn buah hati sy ini. Boleh dikatakan dalam seminggu, mesti 3 atau 4 kali kami akan berjumpa, setidak-tidaknya utk makan petang bersama. Alhamdulillah, dari keakraban beginilah terbitnya kasih sayang di antara kami. =) 

Untuk post kali ini, saya sertakan antara 2 tempat makan yg kami gemar menikmatinya bersama. Dekat sahaja tempatnya dari rumah kami.

1. Mai's Corner Seafood, Lembah Maju, Ampang
Tempat ini memang kegemaran kami. Kami suka makan di sini sebab tempatnya cozy dan harganya sgt berpatutan. Kedai ini juga kami kenali sbg 'kedai romantik' sbb di kedai makan ini terdapat beberapa gazebo yg membolehkan pelanggan makan didalamnya sambil bersila. Antara menu yg ada disini adalah masakan panas ala-ala Thai, nasi lemak, nasi campur, sup-sup dan juga satay. Sgt sedap dan servisnya juga bagus dan pantas!

Sy dan nasi padprik berserta fresh orange gelas besau. Sedap!
Zai Sasai bersama nasi lemak telur matanya. *dia ni mmg hantu nasi lemak!*
Ini adalah kerana mereka berdua ni lambat, rasa nak tembak je.. *dah licin dah sy mkn masa ni*
Disebabkan mereka lambat, Bebear telah membelanja kami makan satay dan Pitone pula kami rasa seperti mahu sumbat-sumbat sahaja beliau dgn satay itu krn mulutnya tak henti-henti bercakap.

2. Oblong Bukit Permai, Ampang.

Kedai kegemaran kami yg seterusnya adalah Oblong Bukit Permai, Ampang. Kedai ini letaknya di puncak Bukit Permai. Bukit ini terkenal sbg tempat bg warga kota meninjau keseluruhan bandaraya Kuala Lumpur yg indah terutamanya di malam hari. Kami suka menikmati Oblong disini. Rasanya agak sedap! Tambahan pula dapat menikmatinya berlatarkan pemandangan bandaraya yg indah. Selain dari oblong, nasi lemak turut sama dijual disini.


Inilah oblong nyer.. taraaa!
Zai Sasai dgn nasi lemak parunya. Nyam nyam~

Pitone bersama nasi lemak sotong 'tak sengaja' nya. Apa tidaknya, yg dipesan nasi lemak kosong, yg diberi nasi lemak sotong.. Haih la pakcik~

No comments:

Post a Comment