Thursday, November 4, 2010

Lambaian Tanah Suci


Pernahkah terdetik di hati kalian hasrat utk ke Tanah Suci? Sy pasti setiap dari kita yg beragama Islam semestinya punya keinginan utk ke sana sama ada bagi menunaikan umrah mahupun menunaikan fardhu haji. Subhanallah.. siapa pulak yg tak teringinkan? Menunaikan fardhu haji bagi yg mampu merupakan rukun Islam yg kelima. Mengapa sy menyebut berkaitan dgn ibadah haji ini? Ini kerana sy baru sahaja pulang dari menghantar ibu dan bapa kawan serumah sy ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Alhamdulillah, nampaknya mereka telah dipilih oleh Allah SWT utk menjadi salah seorang dari ribuan tetamuNya dalam menyempurnakan ibadah tersebut bagi tahun 1431 Hijrah ini. Semoga kita semua juga bisa diberikan kesempatan untuk menjadi tetamuNya juga suatu hari nanti. Aminn..

Bercerita mengenai Tanah Suci ini, ingin juga sy kongsikan sedikit pengalaman sy tika diizinkan Allah menjadi tetamuNya 9 tahun yg lalu. 9 September 2001 merupakan detik yg penuh bersejarah buat sy dimana sy berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama dgn mama dan beberapa org saudara mara sy yg lain. Ketika itu sy di tingkatan 5. Peluang utk sy mengerjakan umrah tersebut awalnya merupakan janji mama utk membawa sy ke USA sekiranya sy memperolehi keputusan yg cemerlang dlm UPSR. Namun, dek kerana krisis dan kegawatan ekonomi dunia yg teruk pd tahun 1997, janji tersebut dibekukan sementara sehinggalah pd suatu petang di awal bulan Mei 2001, mama bertanyakan pd sy, "Ila, ingat tak janji mama dulu. Kalau result Ila cemerlang, mama nak bawa Ila ke Disneyland. Tapi bulan sembilan ni, mama ingat nk pergi umrah. Dengan Wan dan aunty Nana sekali. Ila still nak pergi Disneyland ke atau nak pergi umrah?". Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, sy separuh menjerit, "Nak ikut! Mesti la nak pergi umrah!". Alhamdulillah, begitulah sedikit sebanyak rentetan bagaimana sy dipilih olehNya utk ke Tanah Suci. Misteri Allah, Dia membukakan pintu hati sy utk memilih mengerjakan umrah lebih dari ke negara berkuasa veto itu.

Sy ke Tanah Suci menaiki Saudi Arabia Airlines. Masih segar diingatan sy, sewaktu di KLIA, sy dihantar oleh beberapa org sahabat sy seperti Ecah, Miza, Jannah, Along juga Filza. Menurut arwah Pak Man sy, itu lah hikmah dan uniknya ke Tanah Suci. Pasti ramai saudara dan sahabat handai yg akan menghantar jemaah di lapangan terbang. Mereka menghantar jemaah seolah-olah jemaah tersebut akan meninggal dunia di sana dan tidak akan berjumpa lagi dgn mereka smpai bila-bila. Satu situasi yg amat berbeza dari menghantar rombongan ke negara lain.

Dalam penerbangan, Tuhan sahaja yg tahu betapa excitednya sy utk sampai kesana. Perjalanan melebihi 6 jam terasa sungguh lama. Namun, sebaik tiba di Jeddah, hati sy mula berbunga riang! Rombongan kami kemudiannya terus dibawa ke Madinah menaiki bas. Sesampainya sy di Madinah, Masjid Nabawi yg tersergam indah kelihatan jelas di mata sy. Dalam hati separuh menjerit, "Subhanallah.. Ya Allah, Alhamdulillah, aku dah sampai di  Madinah! Setelah check-in di hotel, kami ke Masjid Nabawi. Di dalam Masjid Nabawi ini terdapatnya satu tempat yg dinamakan Raudhah yang mana ianya merupakan satu daripada taman syurga juga makam junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Di Madinah, rombongan kami di bawa menziarah ke beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba, masjid pertama yg dibina oleh Rasulallah SAW dan umat Islam semasa berhijrah dari Makkah dan sebelum tiba di Madinah. Kemudian ke Masjid Qiblatain atau  dipanggil juga Masjid Dua Kiblat. Masjid ini dinamakan sedemikian kerana pada permulaan Islam, umat Islam mendirikan solat dengan berkiblatkan kearah Baitul Maqdis (nama lain bagi Masjidil al-Aqsa) di Jerusalem atau Palestin. Namun sebaik turunnya wahyu yakni surah al-Baqarah ayat ke-144, Rasulallah SAW yg ketika itu sedang bersolat menghadap ke Masjidil al-Aqsa telah memindahkan arah kiblat baginda menghadap ke Masjidil Haram dan itulah kiblat kita umat Islam hinggalah ke hari ini. Itu lah sedikit sebanyak antara tempat yg berpeluang kami ziarahi di Madinah.

Cukup 3 hari kami di Madinah, kini tibalah masanya utk kami bertolak ke Makkah bagi menyempurnakan ibadah umrah kami. Ketika kami sedang bersiap-siap utk ke Makkah, dunia digemparkan dgn tragedi runtuhnya WTC di Washington pd 11 September 2001. Kami juga ketika itu turut merasakan tempiasnya lantaran khuatir jika perjalanan kami terganggu. Alhamdulillah, Allah melindungi segalanya.

Beberapa jam perjalanan kami menaiki bas dan selesai bermiqat di Jaranah, akhirnya kami memasuki juga ke kawasan Tanah Haram. Degup jantung sy ketika itu semakin kencang. Segala perasaan bercampur baur. Semakin lama semakin dekat pandangan sy pd Masjidil Haram, Makkah. Sebaik bas berhenti, kami segera check in di hotel, *tak ingat apa namanya*, mengangkat barang-barang kami masuk ke bilik, lalu segera turun kembali untuk ke Masjidil Haram. Sungguh tidak sabar lagi sy ketika itu utk memasuki ke masjid paling suci bagi umat Islam. Selesai kasut disimpan dan kami diperiksa oleh petugas masjid, sy dan mama memasuki ke masjid melalui pintu Bir Ali *kalau tak silap sy*. Sebaik melangkah masuk ke dalam masjid, MasyaAllah.. lidah bagaikan kelu, jantung bagai berhenti berdegup, air mata merembes laju tanda kesyukuran yg tidak terhingga kpd Tuhan. Ya Allah, Kaabah yg selama ini hanya ditonton melalui televisyen atau gambar, kini tersergam indah di depan mata! Sungguh tidak tergambar sebenarnya perasaan sy ketika itu. Andai kata begitu perasaannya jika menerima wang sejumlah RM1 juta, sy rasa perasaan sy ketika itu lebih lg. Sebaik menyelesaikan solat tahiyatul masjid, kami bertawaf mengelilingi Kaabah. Selesai bertawaf, mama menarik saya demi mencuba nasib untuk mencium Hajaratul Aswad. Alhamdulillah, dalam keadaaan manusia yg sesendat itu, sy dan mama berjaya menciumnya. Air mata sy merembes lg. Syukur! Setelah itu, kami menyempurnakan pula rukun seterusnya yakni saie iaitu berlari-lari anak dari Safa ke Marwah. Hikmahnya adalah bagi memperingati peristiwa Siti Hajar yg berlari-lari anak dalam mencari air utk anaknya Nabi Ismail A.S. Setelah itu aktiviti kami di Makkah diteruskan dgn mengerjakan umrah 2 kali lg serta menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti menziarahi kaki bukit Gua Hira' di Jabal Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Mina, Arafah dan sebagainya. Genap 11 hari 13 malam rombongan kami di Tanah Suci, kami bersiap utk pulang semula ke Malaysia. Di ketika melakukan Tawaf Wida' yakni tawaf bagi mengucapkan selamat tinggal, air mata sy mengalir laju lg. Sebak utk meninggalkan Tanah Suci kian terasa. Didalam hati, tidak putus-putus berdoa moga diberi kesempatan untuk berkunjung lagi ke bumi yg penuh barakah ini.

Begitulah sedikit sebanyak catatan kenangan yg masih kukuh diingatan sy biarpun hampir 10 tahun meninggalkan Tanah Suci tersebut. Ikutkan memang banyak lagi rasanya boleh sy kongsikan namun apakan daya, masa tidak mengizinkan. Jam pun sudah hampir ke angka 5.45 pagi. Dah nak subuh pun. Tak tidur lg rupanya sy. Tak mengapalah, demi tinta tersayang. Apapun, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan kita semua bisa diizinkan Allah untuk menjadi tetamuNya jika kita benar-benar ikhlas menginginkannya. InsyaAllah. Aminn..
Ini lah mak dan ayah housemate sy, Zulaiha
Zulaiha bersama mak dan ayahnya. Kegembiraan jelas terpancar di wajah emaknya.
Ambil berkat bergambar dgn mak Zulaiha. Doakan rezeki sy pula selepas ini ya makcik. =)
Pintu masuk / check-in jemaah di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya
Lambaian para jemaah ke arah keluarga masing-masing. Sayunya rasa. Semoga mereka semua memperoleh haji yg mabrur.

No comments:

Post a Comment