Tuesday, November 16, 2010

La Tahzan Fara!

Ntah kenapa sejak dua menjak ni hati jadi fragile sangat. Cepat sgt tersentuh dgn segala macam hal. Kekuatan yg ada selama ini semacam berlari jauh dari diri. Perkara biasa dah jadi sensitif..dan sy pasti ia bukan disebabkan oleh PMS syndrome atau apa. Fara, fara..what had actually happen to u?!

Past two days, terasa hati dgn gurauan 'kawan baru'. Sudahnya semalam sy ignore msg dia dan tersound dia semasa chatting, "I guess u should learn how to understand women's feeling more..". Sudahnya hari ni the whole day dia tak online dan sms sy.. *walaupun dalam hati terasa rindu juga*. Sy tahu dia berniat utk sekadar bergurau, tapi ntah kenapa sy take it serious sy pun tak tahu. 'Kawan baru' ni pulak kinda straight, ckp main lepas je. Ikut suka dia. Semacam tak pandai menjaga hati. Sungguh sy tak faham dgn dia ni. Tak semena-mena, sy teringatkan bekas tunangan sy. Betapa jauh karakter 'kwn baru' ni dgn bekas tunangan sy dulu. Suddenly..I cried as I started to make comparisons between them. Sy tahu setiap hamba yg diciptakanNya punya karakter yg berbeza. 'Kwn baru' adalah 'kwn baru' dan si bekas tunang adalah si bekas tunang. Namun apa yg pasti, si dia sebenarnya yg Allah telah izinkan utk membuka pintu hati sy. Adoi..Istighfar Fara! Bersyukurlah! :'(

Tadi semasa duduk-duduk menonton tv, hati tersentuh dek rancangan Khabar Haji @ Astro Oasis. Tiba-tiba hati jadi sayu mengenangkan hajat yg pastinya tidak kesampaian pada Februari tahun depan. Dek kerana tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat MBA, sy terpaksa melepaskan niat utk mengerjakan umrah demi cita-cita ini dahulu. Sy pasti Allah mengerti apa yg terbenam di hati sy krn sesungguhnya menuntut ilmu itu juga merupakan satu ibadah. InsyaAllah, bila semua urusan pendaftaran pengajian telah selesai dan sy kembali dpt mengumpul simpanan sy, sy pasti akan ke sana! Itu azam sy Ya Allah.. Semoga bisa dipermudahkan.. *sejauh mana sy mahu sembunyikan perasaan ini, sy tetap sedih sebenarnya..* :'(

Satu demi satu dugaan datang menimpa. Kadang rasa tak larat nak harungi semuanya seorang diri. Nak bercerita pada mama dan papa, tak terdaya nak buka mulut. Takut mereka susah hati pula. Ya Allah, semoga sy terus tabah. La tahzan Fara, dugaan itu bukti Dia menyayangi dirimu. Mungkin juga ianya adalah kafarah dosa mu yg lalu. Astarghfirullahalazim.. "Ampunkan segala dosaku Ya Allah.. Juga dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku masih kecil.." :'(

Ok ok, hapuskanlah air mata mu Fara. Asyik nangis je. U go girl! Be strong! Yakinlah, ada pelangi indah yg bakal menantimu sesudah hujan ini nanti. Teruskan perjuangan! I love U myself..

**Sebenarnya dah post td. Right after first post, suddenly received an sms from him at 2.20 am, "Gudnite awk. Minta maaf ye smlm. Sweetdream. Take care." *huhu..hati kembali berbunga riang..senyum juga sampai ke telinga.* Ya Allah, Kau Maha Mendengar rintihan hati hambaMu. Terima kasih Tuhan! :')

 

No comments:

Post a Comment