Saturday, December 18, 2010

Kelip Kelip + Seafood Jeram + I-City!

Salam & Hi to all.. Ok, hari ni sy nak share about my ONE nite fantastic trip to Kuala Selangor, Jeram & I-City, Shah Alam last week with my nyanya and my other 3 bffs. Percaya tak? Only ONE night requires for a FUN and FULFILLING adventure.. *iyo iyo jek*



Ingat lg, masa kecik kecik, bila balik kampung, sy suka tunggu kelip-kelip memunculkan dirinya di celahan pokok depan rumah opah. Masa tu, kalau nasib sy baik, dapat la sy tengok. Muncul 2-3 ekor pun da cukup utk buat sy teruja. Yela, kalau nak tunggu jumpa kelip-kelip kat KL, hmm..mmg takkan ade la.

Kelip-kelip merupakan makhluk ciptaan Allah yg sgt unik. Terfikir juga macam mana kelip-kelip boleh ada lampu di buntut nya yek. Berkelip-kelip pulak tu..dah macam lampu kelip-kelip yg kita selalu pasang masa dah nak dekat raya tu kan? Hehehe.. Apapun, itulah salah satu bukti kekuasaanNya. Dia Maha Menciptakan apa sahaja. Subhanallah.. :)

Bercerita tentang kelip-kelip ni.. Our journey starts to Kuala Selangor. Kami bertolak ke sana ngam-ngam lepas maghrib dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih dari Ampang (kami ikut jalan lama). Kat Kuala Selangor ni ada dua tempat yg common nya orang datang utk tgk kelip-kelip ni. Satu di Kampung Kuantan dan satu lagi di Firefly Resort. Bezanya disini cuma dari segi pengangkutan yg digunakan utk melihat kelip-kelip tersebut. Kalau di Kampung Kuantan, pengangkutan yg digunakan adalah sampan manakala di Firefly Resort, pengangkutan yg digunakan adalah bot. Kami memilih utk ke Firefly Resort walaupun pd asalnya bercadang ke Kampung Kuantan. Bukan apa, bila dgr je nyanya mention perkataan sampan, tiba-tiba kami jadi cuak dan seram sejuk. Tambahan lagi bila dikatakan sungainya berbuaya! *wallahualam* Eee..takot!~ 




Sesampainya di sana, bot dah get ready menunggu kami. Seriously teruja! Rasa macam nak terlompat-lompat pun ada. Hehehe.. Tp bila dah masuk bot, perasaan seram sejuk tu dtg balik. Apa tidaknya, keadaan gelap gelita & air sungai pun nampak tenang je *org kata don't sangka clear wata no boya!*. However, right after sampai di seberang, I'm..speechles! Cantiknya kelip-kelip Tuhan je yg tau! Memang teramat sangat banyaknya kelip-kelip yg muncul. Siapa-siapa yg perasan sure boleh tgk mulut sy terlopong seketika. Haha.. Sayangnyer tak dapat nak tangkap gambar sbg bukti coz no flash camera allowed. About 20 mins, we get back to shore. Kesimpulannya, memang berbaloi bayaran RM15 seorang yg dikenakan dgn pengalaman yg diperolehi. Lepas ni sy sure datang balik! This time might be with my gffs pulak. 




Puas tengok kelip-kelip, our journey continues to Jeram pulak. Makan besar. Nyam nyam. Seafood..yeay~ Yg ni pun another best part nyer. Total kami makan just RM113 je. Nak tau apa yg kami makan? Nasi putih utk 5 org, ketam masak cili, siakap 3 rasa, udang besar masak sweet sour, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, satay 20 cucuk & fresh juices. Murahkan?! Sgt recommended utk pergi lg!



Ok,ok.. Dah kenyang masing-masing, now it's time for us to go home. Utk blk ni, kami ikut federal highway. Tup, tup.. Masa lalu tepi highway ni, tetiba terpandangkan I-City on our left. Ntah macam mana, kami automatically membelok, maka singgah la kami ke I-City. *Lagipun zai, piton & bebear tak pernah pergi lg*. Sekarang ni nak masuk ke I-City pun dah kena bayar. RM10 per car. Huh..dulu free je. Macam biasa la, apa lagi yg ada kat I-City tu selain tempat utk bergambar. 'click..click..click..' tak sedar jam dah nak dekat 3 pagi. Nasib baik esoknya sabtu. 

Orait, that's all about our ONE day trip with One word to describe..BEST! Okie..nanti sy update plak cerita perihal my first day in RHB ya. Catch u later..


No comments:

Post a Comment