Thursday, December 16, 2010

Welcome to d world Batrisyia!

Lamanya tak update. About a week dah rasanya. Ikutkan, ada banyak yg nak di share. Tapi tak daya la nak cite semuanya. Ok ok. Satu, satu ya.. :)


Firstly, nak share perihal sahabat sy, Nur Aishah yg baru seminggu melahirkan seorang puteri. Sesuai dgn tajuk di atas, on 9 Disember 2010 bersamaan dgn 3 Muharram 1432 H, lahirlah cahaya mata kedua sahabat sy itu di Hospital Ampang jam 2.30 petang. Alhamdulillah, Sharifah an-Nur Batrisyia namanya. Sgt comel puterinya itu. Hmm..cepat sungguh masa berlalu.. Ecah kini dah beranak dua! Sy? Partner pun belum ade lg.. Huhu.. 


Excitednya sy bila dpt tau Ecah dah selamat melahirkan puterinya yg comel itu. Terasa seperti baru  semalam sy menemani Ecah saat dia ingin melahirkan putera sulungnya dulu. Sekarang jikky pun dah setahun lebih! :) Ingat lagi, resahnya menunggu Ecah di luar labor room. Dari jam 12 tengah malam hingga hampir ke jam 3 pagi ibu ecah, makciknya dan sy menunggu di luar bilik. Alhamdulillah, segalanya selamat. Demi seorang sahabat yg sgt sy sayangi, sy tak kisah mengorbankan waktu tidur sy sungguhpun esoknya sy bekerja. Indahnya saat itu. Naluri keibuan sy kuat merasakan bahawa saat melahirkan itu merupakan momen yg terindah dalam hidup seorang wanita yg bergelar ibu. Bak kata Ecah, sakit melahirkan itu mmg tak boleh nak digambarkan. Namun sejurus selepas menatap wajah bayi yg dilahirkan, hilang segala perit jerih kesakitan tersebut. Adoii..Bestnye! Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur sy utk menjadi seorang ibu juga. Aminn~


Comelnyer dia tido..


Petang tadi sy menemani Ecah ke klinik utk pemeriksaan tahap 'kuning' an-Nur. Alhamdulillah dah surut. Something yg sy baru tahu dr Ecah, kalau nk prevent baby dr kena penyakit kuning, jgn pakaikan & dekatkan baby dgn baju atau apa-apa yg berwarna kuning. Ye ke? Maknanya di sini, jenuh la anak-anak raja kita sume kena penyakit kuning yek..Hiks~ :p

No comments:

Post a Comment