Thursday, December 2, 2010

Tidur tengahari: Sunnah Rasulallah SAW

It's 1.00 pm and of cos it's lunch hour time! I'm sure each and everyone of u has your own favourite spot for lunch.. Either kat cafe ke, pantry ke, stalls ke or cud be in the surau too! Yang gemar membawa bekal demi utk berjimat cermat atau tapau, sure pantry jadi pilihan. Yang suka makan bersama officemate yg lain, sure ade gerai atau restoran kegemaran sendiri. As for me, sy lebih suka menghabiskan masa lunch time sy ni dgn merehatkan diri di surau atau dlm erti kata lain Zzzz.. Hehe..itulah kegemaran sy since di Mgcc dulu. Haih, teringat those sweet memories bersama chael, dona, lily, mimi and dayah.. 


Tidur sebentar pada waktu tengahari ni bagus tau. Ianya salah satu dari amalan Rasulallah SAW. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih'  disebutkan: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Mahadi juga menyebutkan di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' sebagaimana: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa
di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.




Mengikut satu kajian yg telah dijalankan selama 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri, telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).


Nahh..masih tak percaya lagi? Kalau tak percaya jugak, sila cuba sendiri. Tapi jgn pulak sampai terlajak tidur berjam-jam. Tak pasal-pasal dpt show cause letter nanti.. So fwens, let us increase our productivity in this interesting way. Bila produktiviti meningkat, by end of the financial year, sure KPI meletup-letup. Bila KPI meletup-letup, sure BONUS atau rezeki bertambah! See, indahnya sunnah Rasulallah SAW kan? Ok la, selamat mengamalkannya!

No comments:

Post a Comment