Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432!




Salam Maal Hijrah semua! Subhanallah, it's been 1432 years after our beloved prophet, Rasulallah SAW's glorious steps of making hijrah from Makkah to Madinah. Peristiwa hijrah ini memberikan lembaran baru kepada seluruh umat Islam bukan sekadar melalui perkiraan kalendar yg dimulai dgn 1 Muharram, tetapi juga dgn pengajaran yg sarat didalamnya. Hijrah Rasulullah saw dan para sahabat ke Madinah Al-Munawwarah telah menjadikan dakwah Islam berpindah ke satu tahap dakwah yang baru di mana kaum muslimin bebas beribadah dengan lebih selamat dan terbuka.


Semalam, sy berkesempatan meniti detik-detik countdown awal Muharram 1432 H di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Seronok nyer rasa lebih-lebih lagi apabila ianya dapat disambut bersama-sama dgn mama, papa, adik dan nyanya. 


Me and my beautiful mama. :)
Antara jemaah yg hadir..

Ok lah, bersempena dgn kedatangan bulan Muharram ini, mari kita berkongsi secara ringkas serba sedikit tentang rentetan peristiwa hijrah baginda Rasulallah SAW.
  • Kafir Quraisy berazam utk membunuh Nabi Muhammad SAW
  • Malaikat Jibril memberitahu kpd Nabi Muhammad SAW berkenaan dgn rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah SWT kpd Nabi utk berhijrah ke Madinah.
  • Nabi Muhammad SAW memberitahu Saidina Abu Bakar tentang rancangan hijrah ini.
  • Mereka keluar dan Makkah dan pergi ke Gua Thur.
  • Orang-orang Quraisy mencari Nabi Muhammad SAW sehingga sampai ke gua.
  • Abu Bakar gelisah dan takut dgn keselamatan Nabi ketika di gua.
  • Turunnya ayat al-Quran surah at-Taubah: 40.
  • Mereka keluar dari gua setelah bersembunyi selama 3 hari.
  • Suraqah mengejar Nabi Muhammad SAW dan janji baginda kpd Suraqah.
  • Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah.
  • Pembinaan Masjid Nabawi.
  • Mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar.
    Nah, bagaimana kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW yg terkemudian sekali ini dapat mengambil iktibar dari peristiwa hijrah baginda seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan kita? Hmm..Lazimnya kita sering mendengar azam-azam baru yg sering kali diwar-warkan pada setiap kali menjelangnya tahun baru. Justeru sbg umat Islam, 1 Muharram merupakan permulaan yg terbaik utk kita memulakan lembaran hidup. Azam sy? Hmm..


    1. Tekad pada diri sendiri & pada Tuhan:
        - Berusaha menjadi insan yg lebih kuat, sabar dan bersyukur dlm meniti liku-liku hidup.
        - Istiqamah utk solat di awal waktu.
        - Istiqamah membaca at least sehari selembar al-Quran.
        - Mesti khatam al-Quran sekurang kurangnya 3 kali dalam setahun.
        - Mahu membiasakan diri mengucap dan menyebarkan salam. 
        - Kurangkan another 10kgs. Biar rajin cket.


    2. Tekad pada keluarga:
        - Spend more time with family. *Open table dgn family at least once in a month*
        - Bawa keluarga bercuti pada akhir tahun 2011. Sy mahu bawa mereka ke Sabah! 
        - Tanggung separuh dari perbelanjaan pengajian adik. *biar mama dan papa beristirehat je*


    3. Tekad pada sahabat:
        - Belajar utk lebih menghormati, memaafkan dan menerima mereka seadanya.
        - Sentiasa ada dgn mereka saat mereka memerlukan.


    4. Tekad pada kerjaya:
        - Met all the targets assigned to my team.


    5. Tekad sy pada pengajian:
        - Cemerlang dalam pengajian sy. At least CGPA 3.30 every semester. *tak nak set target tinggi-tinggi sebab tahu setakat mana kemampuan dgn keje nyer lg.*


    InsyaAllah. Hopefully terlaksanalah semuanya. Sebelum ni asyik pending aje. Tahun baru 1432H ini benar-benar membawa satu makna baru dalam hidup sy. Di mana bermulalah kehidupan sy dgn status yg baru serta kerjaya dan tahap pengajian yg baru. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkanNya. Sama-samalah kita berdoa ye. Aminn~


    Senaskah yassin dan buku doa-doa yg diterima sbg cenderahati.
    Mama di pintu masuk Masjid Negara.

    No comments:

    Post a Comment