Friday, October 29, 2010

Happy 26th Birthday Ecah!

It's Ecah's 26th Birthday Bash! ..and together with her hubby, we managed to make a surprise for her! Glad to see her happy faces. Let's check it out!~

 Date: 23rd October 2010
Time: 9.30 pm
Venue: Renjana Condominium, Taman Dagang Jaya, Ampang
Theme: Red & Black

Rancangan Birthday Bash Ecah ini originally adalah ide sy. Sengaja sy pilih utk buat surprise buat Ecah krn rasanya dah 2 tahun kami tak dapat menyambut hari lahirnya bersama semenjak dia berkahwin. Tahun lepas bila kami nak sambut, dia da admited dah sbb nak bersalin. Alhamdulillah, rezeki dia tahun ini. :)

 Ecah's Birthday Cake.. Her favourite Chocolate Indulgence. 
With love from us and her hubby.

Sambutan hari lahir ecah kali ini mendapat full co-operation dari hubbynya, Syed. Thanks Syed! U've been a great actor. Rancangan awal sambutan adalah konon-kononnya Syed perlu memberitahu Ecah bahawa dia mahu membawa Ecah makan malam sempena hari lahirnya. Sementara Ecah bersiap, Syed akan turun ke bawah sebentar utk berjumpa jirannya (tapi sebenarnya berjumpa dgn kami dan naik semula bersama-sama ke rumahnya dalam jam 9.00 malam). Malangnya sehingga jam 9.00 malam, jemaah terakhir yakni Bebear masih lg belum tiba. Resah kami dibuatnya sehingga tiba-tiba Ecah menghubungi Syed bertanyakan mengapakah dia berjumpa dgn kawan sebegitu lama. Syed yg ketika itu juga sudah panik dgn segera naik semula ke atas. Rancangan ditukar. Syed memberitahu Ecah kononnya dia mahu ke tandas sebentar. 

 Tema adalah merah & hitam. Kek, hidangan dan hadiah 
juga berwarna merah. Kebetulan!

Org kuat ni merangkap dalang terbesar disebalik
rancangan sambutan. Terima kasih Syed!

5 min kemudian Bebear tiba dan kami segera naik ke rumah Ecah dan menyalakan lilin dlm kadar segera. Usai lilin dipasang, kami segera menghubungi Syed menyuruhnya membuka pintu. Sebaik pintu dibuka, rupa-rupanya kali ni giliran Ecah pula ke tandas. Hai..macam-macam. Kami masuk dan menunggu di ruang tamu dengan sabar sambil memegang kek yg mana lilinnya makin mencair. Sebentar kemudian, Ecah keluar dari bilik air dan..

 SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ECAH!!

"Wei..ape ni?!" kata Ecah dalam nada terkejut.

 Jelas kelihatan Ecah masih terkejut dgn surprise ini.. 

Kami bersama dgn birthday mommy ini.

Ecah sangat gembira dgn cara sambutan hari lahirnya kali ini dan tak putus-putus mengucapkan terima kasih pada kami. Kami juga begitu. Disebalik sambutan hari lahirnya, jauh di sudut hati sy memanjatkan kesyukuran yg tidak terhingga kepada Allah SWT atas nikmat persahabatan yg dikurniakanNya pd kami. Sungguhpun status Ecah dan kami telah berbeza, namun itu tidak menghalang kami untuk terus bersahabat. Semoga ianya berkekalan selamanya. "Selamat Hari Lahir Ecah. Semoga dirimu dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu. Amin.. Kami sygkan kamu Ecah!" :)

 Kartu comel

 BFF forever! Semoga persahabatan kita diredhai & kekal selamanya.

2 comments: