Sunday, October 17, 2010

With my sleeping disorder syndrome..

Malam ni Ayen ku syg tido di rumahku. Tapi takde aktiviti apa pun yg kami lakukan kerana dia seawal jam 10 lagi sudah tido. Bole tahan awal mek ni tido. Dah macam panda sorang lg tu dah (Sorang lagi sahabat sy yg kuat tido. Zurina namanya. Kalau tido mesti kena cukup 8 jam. Haih..pelik camne mereka ni bole tido lama-lama). Hmm..sy? Ntah la..lately ni memang sgt susah utk tido malam. Normally lepas subuh baru bole tido. Itu pun sy akan terjaga balik dalam jam 10. Haih..tak tahu la macam mana hari isnin ni nanti. Dah la nak mula berkerja di tempat baru. Normal working hours plak tu. Tak macam di MBB dulu yg mana ikut syif.

Dek kerana tak dapat melelapkan mata maka perlulah sy melakukan aktiviti lain selain online. Jadi alternatif terbaik adalah menjahit manik sementara menunggu tanaman farmville sy masak. Hahaha..jgn tak tahu, sy kini kembali menjadi petani maya yg tegar. jadi buat kalian yg mana adalah fb fren sy, jika bertani juga, maka sila-silalah add sy sbg neighbour ya. :p

Ok ok. Berbalik balik pada aktiviti menjahit manik, sy sememangnya mempunyai hobi yg satu ini. Sy amat gemar menjahit manik. Bagi sy, satu kepuasan sekiranya dpt memakai baju yg bermanik jahitan tangan sendiri. Kalau nak ke kedai untuk upah, mesti mahal. Jadi sementara diberi Allah bakat sebegini, lebih baik manfaatkan seadanya. Betul tak? Nanti bila-bila free sy upload pic antara baju bermanik sy ye. Ok la. Mahu sambung menjahit.. Selamat malam!



No comments:

Post a Comment