Thursday, October 14, 2010

Nil Itu Menjadi Kering Oleh Mesirku Yang Berubah



Hmm..sukar utk ku nyatakan gelora di hati ku ini. Since semalam kepala ku ligat memikirkan tentang suratan yg menimpa hubungan 'kami'. "Salah kah aku? Aku kah yg bersalah atas semua ni? Tolonglah daku Ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan. Berikan aku kekuatan!". 

Tersentak aku dari menung yg panjang bila suddenly kat kedai makan kelmarin, salah seorang dari sahabatku berkata, "Nah,dengar lagu ni. Aku tujukan utk kau." Sambil mengambil telefon bimbit dari tangan nya. Aku melihat skrin telefonnya. "Kris Dayanti. Lagu ape ni?", lantas jariku menekan butang 'play'. Satu-satu liriknya ku amati. Tiba-tiba hati ini dirundung sayu. Hampir-hampir aku menghamburkan air mata yg mulai bertakung. Lalu aku bertanya pada sahabatku itu, "Apa motif kau soh aku dengar lagu ni?". Dengan selambanya sahabatku itu menjawab, "Sebab aku rasa kau kejam. Kau tak rasa bersalah ke pada dia?". Aku terdiam. Dalam hatiku aku beristighfar panjang dan berulang-ulang. 

Sepanjang perjalanan pulang, aku menangis semahu-mahunya. Bukan kerana kecewa. Bukan kerana marah pada sahabatku itu. Sebaliknya kerana aku merasakan bahawa diriku benar-benar bersalah dan akulah punca mengapa perpisahan ini terjadi. Ya, memang betul aku yg memutuskannya. Aku yg memutuskan tali pertunangan ini. Namun tahukah semua orang mengapa aku mengambil keputusan sedemikian?! Aku memutuskannya bukan kerana dia mempermainkan aku. Juga bukan kerana aku punyai calon yg lain di hatiku. No! Tidak sama sekali. 6 tahun kami bersama sekali pun belum pernah kami curangi perhubungan kami. Dia lelaki terbaik yg pernah aku temui. Sekali pun selama 6 tahun ini, dia tidak pernah meninggikan suara terhadapku. Sanggup bersusah payah kerana ku serta sanggup mengenepikan segala kepentingannya sendiri demi membahagiakan ku. Tuhan! cintanya pada ku terlalu tulus.. Ya, mendengarkan ini kalian pasti akan mengatakan, "Kalau begitu, mengapa kau memutuskannya? Bodohnya kau!" Walau apa pun andaian kalian padaku, aku terima.. Namun bagiku hanya satu. Bahawasanya hanya Allah SWT itu yang lebih berkuasa dalam menentukan segalanya. 

Sama juganya dengan cinta. Cinta itu milikNya. Hanya Dia yg berhak menentukan pada siapa perasaan itu bisa diberikan. Benar, hubungan kami telah terjalin sekian lama. Namun selama itu aku sejujurnya merasakan bahawa aku tidak pernah menyintai dia sebaliknya cuma menyayanginya sahaja. Responku padanya samar juga tawar. Sama seperti di awal perkenalan kami. Bukan aku tidak pernah cuba utk menyemai rasa cinta itu. Tapi apa sangatlah dayaku berbanding izinNya. Tambahan lagi sesudah ikatan pertunangan itu dipateri, aku merasakan diriku semakin menjauhinya. Puas sudah aku bertakafur, berdoa pada Ya Rabb, "Tuhanku, andai dia telah dicatatkan utk ku, tercipta utk ku, satukan lah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan". Namun yg jelas hanya: perasaan cintaku padanya tiada!! MasyaAllah, aku lemah. Aku rapuh dengan perasaan ku sendiri. Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu apakah yg telah berlaku pada diriku namun aku pasti Allah SWT telah menyediakan sebuah rencana yg terbaik utk ku. Misteri Allah sgt luas dan hanya Dia sahaja yg mengetahuinya. Justeru, demi untuk tidak menzalimi dia, aku memutuskan utk melepaskan ikatan ini. Aku tidak mahu dia terus-terusan ditipu dgn perasaan ku yg tidak jujur membalas cintanya. He don't deserve that! Dia terlalu baik utk dikecewakan. "Abg, maafkan syg.. Maafkan syg utk segalanya. Andai buat masa ini kita tidak pantas utk bersama, pinta syg, jangan pernah kita bermusuhan sesama kita. Teruskan berdoa padaNya. Andai ini satu ujian buat kita, percayalah, pengakhirannya pasti bahagia!"

"Ya Allah, terlalu berat utk aku tanggung semua ini. Namun aku pasrah. Jika cinta ini bukan milikku. Cukuplah hanya Engkau bagiku. Pemilik cintaku Yang Teragung. Sesungguhnya tiada yg kekal didunia ini melainkanMu, Ya Allah.."

No comments:

Post a Comment