Saturday, October 16, 2010

Interview vs Reporting

"Fara, ada terima surat dari UiTM tak?", suara sahabatku Mira kedengaran separuh menjerit di hujung talian.
"Surat dari UiTM? Surat apa Mira?", tanyaku seakan bingung. 
"Surat interview untuk sambung master.", tambah Mira lagi.
"Ntah la Mira, aku belum check post box lagi. Kau ada dapat ke?", tanyaku lagi.
"Sebab aku dapat la aku tanya. Pergi check post box kau cepat. Nanti sms aku balik. Beritahu dapat ataupun tak ye. Interview tu dah la hari Isnin ni. Tapi kan fara, Isnin ni bukan ke first day kau start keje kat tempat baru?", panjang lebar penerangan Mira.
"Hah..apa?! Isnin ni Mira?! MasyaAllah. Macam mana ni? Ok ok. Aku check post box dulu. Nanti apa-apa hal aku call kau balik ye Mira.", kataku mengakhiri perbualan.

"Biar betul hari Isnin. Mati lah aku. Kenapa la hari Isnin. Sepanjang aku cuti dekat sebulan itu hari takde la pulak UiTM ni nak wat interview. Haih..", omelku pada Ayen yg kebetulan menemani ku utk makan malam. Sepulangnya ke rumah, dengan segera aku mengintai peti suratku yg berhabuk itu. Benar ada surat. Tepat sekali dari UiTM. Sah, temuduga tersebut akan dijalankan pada hari Isnin ini, 19 Oktober 2010. Subhanallah.. Pening kepalaku dibuatnya. Benar kata Mira. Isnin ni la reporting day aku kat tempat baru, Isnin ni jugak la interview MBA tu. Dugaan, dugaan.. Menyambung pengajian ke peringkat sarjana sememangnya adalah cita-citaku dan ianya amat penting buatku. Aku tak nak tertangguh lagi. Hal inilah yg mendorongku utk meninggalkan tempat kerja lama kerana mana bisa aku menyambung pengajianku jika berkerja syif. Hmm..nampaknya aku harus juga menghubungi majikan baru ku mohon pengecualian utk melapor diri pada hari Isnin ni. Kalau mereka tidak benarkan, nampaknya terpaksalah aku melepaskan jawatan tersebut dan berusaha mencari pekerjaan lain. Namun utk menangguhkan pengajian lagi, tidak sekali. InsyaAllah niat yg baik akan diberkati. "Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Amin.."

No comments:

Post a Comment