Sunday, October 31, 2010

Mainan Hati

Kau hadir kembali. 
Kembali menagih cinta mu yg dulu. 
Kau begitu setia. 
Sesetia pantai yg dipukul ombak.
Tetap di situ walau badai dtg menjelma.

Kau tulus.
Tak dinafikan kau pernah mengusik hati ini.
Pernah bertahkta seketika.
Kala hatiku dilanda gelora.

Kau beriku harapan. 
Juga sebuah janji.
Janji utk setia menanti.
Selagi aku belum sah dimiliki.

Kini kau kembali.
Tepat. Saat hatiku rapuh.
Aku resah.
Bimbang hatiku kembali disembuh.
Dan aku kembali lentur.

Ya Rabb.
Aku takut. Aku keliru. 
Bersungguhnya dia hingga menghadapMu di Tanah Suci. 
Bertemunya kami kembali atas kudratMu.
Andai benar ini ketentuanMu.
Aku pasrah. 
Aku redha.

Satu pintaku Tuhan.
Agar tiada lagi mainan hati.
Selepas ketetapan ini nanti kau beri.
Kerna cinta itu anugerahMu.
Anugerah terindah buat sepasang hati.
Aminn.

No comments:

Post a Comment