Thursday, October 28, 2010

Kisah YBB di sebuah Parlimen Nasi Kandar

Al-kisah, pada satu malam yg agak-agak sejuk hingga menyebabkan krisis kelaparan negara, sy telah bertemu dengan 2 orang ahli dewan undangan negeri sy yakni YBB (Yg Byk Bunyik) Zai Sasai dan YBB (Yg Byk Bantah) Piton Pitbull di sebuah Parlimen nasi kandar kegemaran kami iaitu Restoran Kedah bagi membentangkan Bajet Majlis Sambutan Hari Lahir seorang lagi ahli dewan kami yakni YBB (Yg Bertambah Boncet) Ecah Si Mak Buyung. 

Selesai kami bersidang dan menggulung apa-apa yg patut tanpa kehadiran YBB (Yg Bz Bebenor) Fuang Bebearon, juga dalam keadaan mulut yg sedang rancak nyot nyet mengunyah jamuan masing-masing, tetiba di kepala sy teringatkan akan Rancangan Malaysia ke-26 kami berkenaan dgn Program Cuti-Cuti Cinta yg mungkin dilaksanakan lewat akhir tahun ini. Setelah mengambil kira pelbagai faktor-faktor ekonomi, politik dan sosial, gulungan yg berjaya dibuat adalah seperti berikut:


1. Pangkor, Perak
Ada potensi utk kesana since sy yakni YBB (Yg Baik Beautiful) Fara Comel sudah begitu expert dgn jalan menuju ke sana.. *konfiden itu penting!*
Keputusan: Dalam pertimbangan.

2. Terengganu
Satu lagi area of expertise sy yakni YBB Fara Comel lantaran pernah mengaji disana. Pun begitu, malangnya disaat akhir, ide ini ditolak lantaran terlalu jauh, bisa melibatkan kos yg byk (masing-masing tak sempat nak kumpul).
Keputusan: Ditolak mentah-mentah. 

3. Penang
Pernah dilawati bersama-sama oleh 3 YBB lain selain sy juga YBB Ecah Si Mak Buyung. Manjadi lokasi kegemaran 3 YBB tersebut lantaran di negeri ini mereka dapat menikmati rojak passembor smpi 20 hengget! *mencekik je tau!*
Keputusan: Dalam pertimbangan. 

4. Langkawi
Semua ahli sgt teringin tetapi ide ini tidak relevan krn teramat sgt lah melibatkan kos yg tinggi! Tambahan pula tabungan ahli semuanya berada pd tahap inflasi.
Keputusan: Ditolak mentah-mentah.  

5. Perlis
Mak aih jauhnya! 
Keputusan: Ditolak mentah-mentah 

6. Johor
Berhajat mahu shopping kain di Tangkak serta menghilangkan kejakunan YBB Piton Pitbull dgn melawat Danga Bay, JB.
Keputusan: Dalam pertimbangan. 

7. Cameron Highland
Owh yg ini adalah lokasi feveret kami. Cuaca ala-ala sejuk-sejuk bedi, panas plak suam-suam kuku. Tempat nk snap-snap pics pun mmg byk. Dulu masa kami pergi ade bajet hotel sebilik ada 2 katil besar baru rm88.00.
Keputusan: Dalam pertimbangan.

8. Bukit Tinggi 
Haa..yg ni silap sebenarnye ni. Yg ni sememangnye akan pergi 6hb November ni. yeay~ can't wait!
Keputusan: Mmg akan pergi.

9. Genting Highland 
Had ni mmg da lama bebenor teringin nk pergi. Yet still tak pergi2 jugak. Last sekali pergi masa darjah 2. Sedeh! Tp YBB Zai Sasai ckp on d way blk dr Bukit Tinggi nnt bole la singgah sana kalo sempat. yeay lagi~
Keputusan: Dalam pertimbangan.

10. Kelantan

Sama seperti Terengganu. ide ini ditolak lantaran terlalu jauh, bisa melibatkan kos yg byk (masing-masing tak sempat nak kumpul). Akan terpaksa pergi jika tiba-tiba YBB Piton Pitbull berkawen dgn Memeh tahun ini. hahahaha~
Keputusan: Ditolak mentah-mentah

11. Sarawak dan 12. Sabah
Abaikan. Itu sebabnya dah dipangkah siang-siang. Sgt tak relevan utk dilaksanakan tahun ni. Beli tiket last minute je mau makan ratus-ratus.
Keputusan: Ditolak mentah-mentah

13. Melaka
Yg ni mmg tak bole bla. Kerap nau gi melaka nyer. Dah mcm sebelah rumah dah. Sampai dah tahap muak! Jadi..
Keputusan: Ditolak mentah-mentah

14. Seri Menanti

Ni ide YBB Zai Sasai. Ntah sejak bila plak la dia jadi seorang pencinta sejarah. Teringin nak tengok istana lama katanya. Layankan aje la..
Keputusan: Dalam pertimbangan.

Ok. Ok. Selesai bersidang isu Program Cuti-Cuti Cinta, timbul pulak isu yg lebih menyayat hati.. Aku teringin Nak Makan.. Sedih nau bunyi nye kan. YBB Zai Sasai ni la yg selalu ngan ayat sedih dia ni. Tak padan ngn badan yg da semakin membulat. Hai..tekak bila dah dilayan dgn nafsu, segala benda nak makan. Amboi sedap je ngata org, kau pun sama fara.. Huhu.. Baiklah mari lihat gulungannya..



1. Steamboat MAEPS
Teringin nak makan steamboat ni sebabnya ade kisah disebaliknya yg mana pada satu hari tu tekak sy terasa kepingin sgt nak makan steamboat. Jadi sy pun mengajak la jemaah YBB-YBB ni semua utk mencuba cawangan baru Flamming Steamboat ni di Danau Kota. Sebaik sahaja sy masuk ke dalam kereta, si YBB Zai Sasai yg bijak bestari ni tiba-tiba mahu mengubah haluan dgn mengajak kami ke Steamboat MAEPS di Serdang. Jenuh gaduh dgn YBB yg sorang sbb dia insist jugak nak kesana. Lalu sy yg baik ni pun beralah la walhal jam ketika itu hampir menunjukkan ke angka 10 malam. Sesampai je di sekitar MAEPS tu lebih kurang jam 10.30, tak semena-mena si YBB Zai Sasai ni berterus-terang dgn wajah yg tanpa rasa bersalah mengatakan yg dia sebenarnya tak pasti pun lokasi kedai steamboat itu di mana. Boleh tak?! Dengan segera beliau menghubungi rakannya utk bertanyakan lokasi yg sebenar. Tahu apa kata kawannya? "Kedai tu bukak sampai pukul 10.30 malam je.." Sy yg bagaikan singa lapar ketika itu rasa macam nak sekeh-sekeh, tempeleng-tempeleng dan belasah-belasah je beliau on d spot. Geramm! Sudahnya steamboat ntah kemana, tempat yg dituju akhirnya ke Parlimen Nasi Kandar Kedah ni juga. grrrr~ 

2. Restoran di Bangi

Yg ini YBB Piton Pitbull ni punya ide. Ide ni tercetus sebaik sahaja mendapat tahu bahawa kedai steamboat MAEPS tersebut telah pun di tutup operasinya pd hari yg sama. Tapi yg lagi buat sy rasa nak sembelih beliau adalah bila ditanya kedai tu kat mana, beliau boleh jawab, "Ntah doh. Tak tau ar kedai tu kat mana. Yg aku tau kat Bangi je.." Adoyai. Lagi sy rasa mcm nak bunuh je kedua-dua YBB ni. Geramm!! 

3. Restoran Makanan Arab di Cyberjaya
YBB Zai Sasai yg teringin ni..gara-gara tak sudah-sudah mendengar cerita dongeng dr ofismate dia ttg keenakan makanan arab ni.. 

4. Seafood Terminal Bangsar
Haa..yg ni sy yg betul-betul teringin! Dari bulan puasa tahun lepas lagi. Semenjak usaha sy menjejaki restoran ini di Bukit Antarabangsa menemui kegagalan. Rupa-rupanya dah berpindah ke Bangsar restoran ni. Makan kat sini best giler. For RM39.00++, kita boleh enjoy any seafood e.g Ikan. Semua jenis ikan ada. Kerapu, siakap, bawal, kembong. Nak masak ape? Cakap je, nnti org tu akan masak. Then makan la sampai kenyang. Jadi, harus pergi! 

5. Brothers, Damansara
I've no idea on this. Yg ni YBB Zai Sasai yg teringin nak pergi. Apa yg menarik kat tempat ni pun sy tak tahu. 

6. Nasi Kandar Kedah
Abaikan. Ni la lokasi persidangan ini dijalankan. 

7. Pasemboq Penang
Mengikut YBB Zai Sasai, ada kemungkinan yg teringin utk menikmati pasemboq ini adalah YBB Beberon kerana beliau pernah membayar amaun sebanyak RM20 semata-mata utk menikmati pasemboq ini. Wallahualam. 

8. Ikan Bakar, Umbai, Melaka
Hahaha..walaupun in the first place tadi ada mention yg kami sudah muak utk ke Melaka namun jika ke sana semata-mata utk menikmati ikan bakarnya, kami sanggup! Sebabnya, walaupun dah beberapa kali ke sana, namun tak pernah sekali pun kami bersama-sama menikmati keenakan ikan bakarnya. 

9. Buffet Durian SS2 dan Williams, Kelana Jaya
D first person who introduce me to this buffet durian was my darling Erni Isfahani. Ingat lagi, first time datang sini adalah bersama dgn cik Maryam. Sakan makan durian masa tu. Punya teruja nak makan sbb buffet. Bayar RM10 then makan la sampai kenyang. Sy mmg hantu durian. Begitu juga dgn YBB-YBB yg lain except for YBB Zai Sasai yg bole la layan tp tak la segila YBB Piton Pitbull. Williams tu ala-ala Murni. Selalu sgt dah makan. Just tak pernah bawa YBB-YBB ni pergi je. 

10. Manhattan Fish Market
Sedaaaaaaaaappnye kalau dapat makan Clamp Chowder with garlic sauce dia.. Haih. Kali terakhir kami makan bersama-sama ialah pada tahun lepas ketika menyambut Hari Lahir YBB yg lahir pd bulan November. *benci! sgt jimat kos!* Nak pergi lagi~!



 

1 comment:

  1. poyo..hahaha...jom ar g negeri 9...kite cr cendol sedap tu skali...haha...ya..kamu pn same fara..byk nau teringin..saya ialah tidak besalah oke..hahahahahaha...

    ReplyDelete