Friday, October 15, 2010

Pelangi Ini Menduga ku

Subhanallah.. Belum pun surut gelora di hati ini, aku di duga lagi olehMu Ya Allah. Mengapa sebegitu cepat Kau terbitkan rasa suka atau keinginan pada hambaMu yg lain terhadapku wahai Tuhanku? Sungguh aku belum bersedia lg Ya Allah. Benar-benar belum bersedia. Sementalahan 'dia' itu teman ku. Mana bisa dan mana mungkin aku boleh menerimanya. Aduh, runsing hatiku kini. Tidak senang duduk aku jadinya. 

"Aku dah lama sukakan kau. Tak keterlaluan kalau aku katakan, aku dah mula sayangkan kau. Aku serius ni". Itu adalah antara msg yg dihantar olehnya padaku. Mudahnya dia. Tidak kah dia tahu bahawa ungkapan tersebut begitu mahal. Takut pula aku.

"Sorry. Terus terang aku belum bersedia utk semua ini buat masa ini. Jika kau percaya pd ketentuan Allah, maka berserah shj pdNya. InsyaAllah dengan izinNya, jodoh itu tak kemana. Again, sorry".  Ringkas jawapanku. Berharap semoga dia mengerti akan maksudku. 

"Ampuni aku Ya Allah. Bukan maksudku utk menolak hikmahMu. Namun benar aku belum bersedia. Begitu pun, suatu hari nanti, jika benar tiba jodohku, sungguh aku tidak menolaknya Ya Allah. Hanya Engkau sahaja yg mengerti isi hatiku."

Benar kata pujangga,

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi."





No comments:

Post a Comment