Friday, October 15, 2010

Supper @ William's

Kalian pernah pergi William's tak? Kat Kelana Jaya punye? Kalau kalian pernah pergi, ape yg kalian suka makan? Sy tak pernah pegi pon. This is my very first time! Tu pun di bawa oleh Cik Dona dan Cik Yati. Pepagi buto plak tu. Jam 1 pagi.. Huhu..sangat tidak bagus corak pemakanan yg sebegitu! Boleh menyumbang ke arah kenaikan pound sterling. Asalnya kami mahu ke Murni di SS2. Tp Murni tutup plak. Naseb ada William's sbg option. Kalo tak sia2 je. Jauh plak tu dari pandan nak ke KJ. Tapi sgt berbaloi tau makan kat William's ni. Walaupun kedainye ala-ala warung mamak tepi jalan biasa, tapi makanan dia bole tahan sedap! Portion besar plak tu. Ice blended dia pon terbaek dr ladang. Pendek kata berbaloi-baloi. Kalo ase-ase macam tak berapa nak lapar, dinasihatkan utk tidak order byk. Nanti tak habis, membazir. Tak baik membazir tau. Membazir itu amalan syaitan.. Burpp~ Alhamdulillah. Kenyang..

Kami order:

1. Chicken Kip   RM20.00
2. Meatball Marinara   RM15.00
3. Ice blended Mango Lychee   RM4.00
4. Ice blended Mango Nata de Coco   RM4.00
5. Ice blended Avocado Stoberi   RM6.00



Ice blended from left: Mango Lychee, Avocado Stoberi  (sy punye! terbaik weh. highly recommended!), Mango Nata de Coco.


Yg ini ialah Chicken Kip. Sedapp giler okeh! Dalam ayam ni ade cheese (mcm Chicken Cordon Bleu yg kita mkn kt Secret Recipe tu). Then siders dia ialah mashed potato and fried pita. Topped with mushroom marinara sauce!


No comments:

Post a Comment