Sunday, October 31, 2010

Pengapit Ni Bila Lagi?!


Kahwin.. Satu topik yg amat sensitif bagi sy. Bet to all folks out there yg belum berumah tangga too. At the age of 26 now, siapa yg tak nak kahwin, married, nikah atau berumah tangga betul tak? Especially for those yg sudah punya partner, tunang, couple, boyfriend, girlfriend semua tu kan.. Dalam hati sure dah meronta-ronta dan dah ada macam-macam perancangan. Preparations sana sini. Time-time ni la semua benda serba tak kena. Masa yg sikit punya panjang pun rasa macam tak cukup. Itu buat yg dah di 'booking' atau yg 'tunggu masa'. Yang belum berpunya, takde boyfriend, girlfriend, atau dalam kata yg lebih sedih, takde siapa yg nak tu lagi la kan? Sure lagi hebat rasa resah gelisah dlm jiwa masing-masing. Maklum la, umur dah makin meningkat tapi in a relationship pun belum. Haihh..

Begitu la juga apa yg sy rasa. Last Saturday, 30 Oct 2010 sy diberi penghargaan utk menjadi pengapit a.k.a bridesmen orang buat kali yg ke 7. Kali ni for my housemate at UMT dulu. Ma namanye. Ntah apa la yg ada pd sy ni yg sahabat-sahabat sy ni dok suka sgt suruh sy jd pengapit. Apapun, terima kasih la buat semua yg mempercayai sy. Sy tahu ianya satu amanah besar dr si pengantin. =)

Memang best perasaannya jadi pengapit ni. Dapat kain free (sponsored by pengantin), makan sesama pengantin di meja beradab dan dapat enterframe lebih dalam gambar. Hahaha.. Tapi yg paling tak bestnye ialah bilamana si pengapit diajukan soalan cepumas. "Ni pengapitnya bila lagi? Pengantinnya dah sudah..". Buat si pengantin yg kebanyakannya tahu status si pengapit tetapi tidak tahu akan perkara sebenar akan menjawab, "Owh..dia dah tunang dah. Tak lama lagi tu." Si pengapit dgn tenang dan tersimpul malu akan menjawab persis statement artist, "InsyaAllah. Bila tiba masanya. Doakan ye."

Haih.. dalam kes sy, tak ikhlas sebenarnya jawapan yg sy berikan. Mmg betul tak ikhlas. Rasa macam nak beritahu je semua org akan hal sebenar. "Pelamin anganku musnah makcik.." Tapi, demi tidak mahu merosakkan mood majlis, itu lah jawapan yg terbaik yg boleh sy beri. Apapun mmg betul, semua tu ketentuan Allah. InsyaAllah ada jodoh, kahwin la sy. Bukan sy tidak pernah merancang, namun soal jodoh, Dia Yg Maha Menentukan segalanya. Sy tetap sabar dan redha. 

Haih Fara, rasanya kalau tak mahu ditanya macam-macam lg, buat-buat bersara la dr dunia pengapit ni ye. Hee~ Ok la. Tak mahu rosakkan mood. Let's check it out d pictures..

Saat lafaz sakinah.. Jojo rileks je. Syabas Jo!
Alhamdulillah. Halal sudah.
Ecece.. Jeling menjeling..
Masa utk bersanding & menepung tawar
 

No comments:

Post a Comment